Mendedahkan kebobrokan dalam institusi kerajaan yang telah berlaku pada masa lalu bukanlah satu tindakan yang menjerumuskan masa depan institusi tersebut. Ia malah memberikan keyakinan baru kepada rakyat bahawa jenayah masa lalu itu tidak lagi akan berulang. Berterus terang dengan rakyat adalah lebih baik daripada menyembunyikannya.
Para pemimpin UMNO selalu menunjukkan sifat prihatin mereka dalam perkara menyembunyikan kejahatan. Alasan mereka takut rakyat bimbang. Dalam kes TH, Ketua Pemuda UMNO menyifatkan pendedahan Datuk Mujahid sebagai tindakan yang boleh menjahanamkan TH. Apa akan jadi kalau pendeposit hilang kepercayaan kepada TH dan keluarkan duit mereka?
Ini merupakan helah untuk menakut-nakutkan kerajaan agar kejahatan masa lalu terhadap TH disenyapkan. Kehendak majoriti rakyat adalah membongkar segala kebejatan pengendali TH masa lalu biar telanjang habis. Wang amanah rakyat jangan dibuat main-main. Kehormatan maruah tiada bagi ornag mengkhianati amanah awam.
Dalam sebuah peperangan, dalam perjalanan nabi pulang, seorang lelaki sahabat nabi yang menarik tali unta nabi terkena panah sesat. Dia mati. Sahabat lain memujinya dan memanggilnya Syuhada'. Namun, nabi nafikan kemuliaan itu untuknya. Kerana perbuatannya mencuri sedirham harta ghanimah, dia tidak layak disanjung sebagai syahid. Kalau tidak, apalah salahnya nabi pejamkan mata. Lagipun dia telah mati. Apalah guna yang sudah mati diungkit lagi. Tentu dia juga ada jasa.
Namun, khianat harta awam tidak bisa dimaafkan!
Rujuk permasalahan:
https://www.malaysiakini.com/news/455562
Rujuk permasalahan:
https://www.malaysiakini.com/news/455562
No comments:
Post a Comment