Kita banyak hafal Quran. Tapi kita sedikit dalam mangambil faedah daripadanya. Ayat-ayat yang kita baca, jarang sekali kita boleh jadikan istidlal untuk sesuatu tindak tanduk. Sama ada tindak tanduk kita maupun orang lain.Nampaknya kita tidak dapat berta'amul dengan al-quran sebagaimana sepatutnnya. Dalam situasi yang kerap terjadi, kita tidak dapat manfaatkan Quran dan dapat pula manfaatkan intisari sesebuah hadis. Jika hadis itu Saheh, tidaklah berapa terkilan. Malangnya, hadis yang dilebihkan perhatiannya berbanding Al-Quran itu adalah Daif , bahkan mauduk.
Perkara ini ada disebutkan oleh Syeikh Muhamamd Al-Ghazali dalam bukunya " Sunnah Nabawiyyah, antara Ahli Feqah dan Ahli hadis". Keghairahan menjadikan hadis sebagai rujukan, membuatkan sebilangan ulama tidka dapat mengambil manfaat terbaik dan terbesar daripada ayat-ayat Al-Quran.
Cuba anda perhatikan. Antara kemelampauan mencitai ilmu hadis dengan kemelampauan anti ilmu hadis. Mereka yang didakwa umum sebagai anti hadis, seringkali memetik isi kandungan Al-Quran dan menjadikannya hujjah dan paku bicara mereka. Mereka yang tergolong kalangan ahli hadis pula tenggelam dalam perbahasan mengenai konten hadis sehingga Al-Quran hanya sekali sekala meniti di bibir mereka. Ada ketika, mereka kalah kepada golongan anti hadis.
Saya terfikir hal ini. Orang kata Kasim Ahmad itu anti hadis. Ya, memang begitulah. Sudah seperti kepercayaan ramai bahawa dia anti hadis. Penganut fahamannya, ( Samada seluruhnya atau bab-bab tertentu sahaja) adalah antaranya, Tun Dr. Mahathir. Tun Dr. Mahathir boleh dikatakan tidak pernah memetik kalam hadis nabi. Tapi dia sering pula memetik ayat Quran. Ada ketika, petikannya itu lebih jitu berbanding cara kita memetik.
Beliau selalu memetik ayat yang bermaksud "Allah tidak mengubah nasib seuatu kaum selama mana kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri". Dia baca aayat itu dan dia faham atas kapasitinya sebagai pemimpin bangsanya. Dia mengkritik bangsanya dalam sajaknya, tulisannya dan ucapannya. Ayat tersebut menjadi dalil pentingnya. Dia benar-benar ulas dan manfaatkan ayat itu. Lebih daripada kita yang banyak baca Quran, hafal dan mengerti maksudnya. Ayat yang sedikit daripada Quran, huraiannya boleh jadi merentas tema pelbagai. Boleh jadi dalil dalam tulisan yang jika dibukukan, jadi berjilid-jilid.
Saya bukan nak puji Dr. Mahathir pun. Tapi, saya tidak boleh benci dia. Bahkan, siapa pun saya tak mahu benci, lebih-lebih lagi kerana khilaf politik sebagai dasarnya. Cuma saya harap kita ambil pelajaran dan iktibar daripada kesungguhan orang yang dilihat jahil agama mengambil iktibar daripada Quran. Ayat sedikit yang dia dengar, jadi buah mulutnya. Ayat banyak yang kita ingat, apakah ia jadi buah mulut kita? Kalau jadi buah mulut, untuk tujuan apa pula? Jika sekadar menjadi hujjah menyucikan diri, itu bukan tujuan Al-Quran. Jika jadi hujjah melariskan barang niaga, Quran jauh sekali daripada maksud itu.
No comments:
Post a Comment