Sejak dua tiga hari ini, aku berjaya menangkap beberapa ekor tikus yang sering membuat kacau ganggu di dapur rumahku. Aku ingat tidak kurang dari empat ekor tikus telah berjaya aku perangkap dengan gam tikus. Ketika bangun pagi dan menjengah ke dapur, aku lihat ada tikus terkial-kial di atas getah perangkap tikus itu. Tikus itu aku bawa ke luar rumah dan di sanalah aku pukul ia bagi menamatkan riwayatnya. Aku masih berihsan kerana membunuhnya dengan pukulan. Kalau aku kejam, aku biarkan sahaja ia terkial-kial di atas gam itu sehingga mati sendiri. Mungkin akan berlangsunglah azab siksanya selama sehari dua sebelum mati dengan penuh siksaan.
Sekoyong-koyong aku teringat bagaimana nasib Muammar Ghadafi. Kematiannya tak ubah sebagaimana kematian tikus yang aku perangkap dengan gam tikus itu. Malah, kematiannya lebih sengsara dan lebih hina. Sekurang-kurangnya tikus itu mati di tanganku yang masih punya ehsan belas. Malangnya Ghadafi itu mati dikeronyok oleh pemuda-pemuda kebangkitan yang dibakar api kemarahan ke atasnya. Dia diserat keluar dari lubang tikus, dipukul, berlumuran darah dan kemudiannya ditembak di kepala dan badan. Matilah seornag yang mengaku raja yang menjulang kenagkuhan selama ini.
Video saat Gadhafi diseret berlumuran darah itu boleh ditonton dalam youtube. Sekali tengok terasa kasihan kepadanya. Namun, kita perlu memahami situasi dim Libya. Golongan yang bangkit menentang pemerintahan Muammar Ghadafi itu telah lama menanggung sengsara. Telah banyak pula nyawa yang terkorban kerana kezaliman dan gila kuasa Muammar Ghadafi.
Kematian Ghadafi itu hanyalah matinya seekor tikus.
No comments:
Post a Comment