Sultan Pahang menitahkan penyokong pasukan negeri yang bakal masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia agar tidak menjadikan isu kenaikan harga tiket masuk menonton perlawanan sebagai Isu. FAM telah memutuskan harga tiket menyaksikan perlawanan adalah RM50.00. Kata Sultan Pahang, apa yang penting ialah sokongan yang ditunjukkan kepada pemain negri masing-masing.
RM50.00 hanya untuk menyaksikan permainan bola sepak bukanlah satu perbelanjaan yang bijak. Kalau sekadar hendak menyaksikan perlawanan, di dalam TV pun banyak. Kalau malas menonton seorang, pergilah sama-sama dengan pelanggan mana-mana kedai yang menyediakan skrin besar dan bersoraklah bersama mereka. Biarkan stadium lengang dan hanya orang yang tidak kisah taburkan wang ringgit sahaja yang pergi.
Bahasa rakyat tidak sama dengan bahasa raja. Bagi rakyat, yang penting adalah perbelanjaan. Bukan semangat. Memang pun aristokrat memerlukan semamngat kerana jika tiada semangat telah lama runtuh tahta kerajaan. Kerana semangat Melayu, orang Melayu mempertahankan sultan-sultan mereka. Jika hilang sudah semangat, mereka akan hilang rasa perlu kepada Sultan.
Tapi, para penyembah bola sepak tidak hirau sangat dengan RM50.00. Bila sampai masa bertanding, berduyun-duyun mnereka mentawafi stadium mencari pintu masuk. Bayar sahaja berapa, asalkan dapat masuk. Itupun akan ada masalah tiket habis dijual. Sungguh laku penjualan tiket bola sepak. Alangkah baiknya jika RM50.00 itu dibelanjakan fi sabilillah.
No comments:
Post a Comment