Dewasa ini, ramai pula ilmuan yang hanya beradi berada di belakang tabir. Ilmuan jenis ini adalah yang tidak punya jatidiri dan tidak berkeyakinan. Lebih daripada itu, mereka adalah dari jenis yang hanya suka bercakap(atau menulis) tetapi tidak betah beramal. Kalau bercakap, memang mereka pintar. Kalau menulis, lancar sahaja dakwatnya yang tumpah. Tetapi, apabila disuruh beraksi dan berdepan dengan masalah masyarakat, mereka surut. Sudah tentu mereka ini tidak akan hanya dicukupkan Allah hanya melalui kata-kata dan tulisan mereka. Mereka akan dipersoalkan mengenai apa yang dilakukan.
Dalam facebook ramai manusia sebegini. Kekadang, mereka hanya menggunakan nama samaran dan tidak berani pula mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Ibarat pepatah Melayu, lempar batu sembunyi tangan.
No comments:
Post a Comment