Apabila DS Najib Tun razak jadi perdana menteri Malaysia, beliau kemukakan selogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Antara utama dan dahulu, mana satu yang motif menjadi tandatanya. Dua terma itu seperti saling menangkis antara satu sama lain. Kalau pencapaian diutamakan, maka rakyat dkemudiankan. Jika rakyat didahulukan, maka semestinya pencapaian dikemudiankan. Untuk mencakup kedua-duanya adalah tidak mungkin.
Kerana itu, hari ini kita menyaksikan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak dan barangan utama lain. Tujuan kerana hendak meningkatkan pencapaian ekonomi. Tidak tahulah ekonomi siapa. Ekonomi rakyat atau ekonomi korperat dan konglomerat. Dalam banyak hal, kepentingan rakyat bukan didahulukan. Pencapaian yang diutamakan. Projek menara warisan 100 tingkat yang mahu dibina, bukan untuk rakyat. Ia adalah untuk melambangkan pencapaian, tetapi merugikan rakyat. Seperti menara Petronas yang tersergam dan Menara KL, rakyat hanya mampu mendongak memandang puncaknya yang melayut. Ramai yang tak mampu naik melancong ke atas pun, apatah lagi untuk memiliki lot-lot pejabat atau premis perniagaan di dalamnya.
Kerajaan banyak buat projek. Ada projek mega dan ada projek kecil. Projek mega adalah umpama membina menara pencakar langit, landasan MRT dan empangan Bakun. Projek kecil adalah seperti menurap jalan kampung dan menaiktarafnya, buat jambatan kayu atau konkrit di kampung air dan mebina rumah mesra rakyat di kampung.
Waktu kerajaan buat landasan LRT di Kuala Lumpur, rakyat terpegun dengan pembongkaran maklumat bahawa harga satu batang tiangnya adalah RM1 juta. Waktu projek membina jambatan di kampung air, penduduknya mengharapkan agar dibian jambatan konkrit. Dalam setiap projek, mega atau kecil, ada penangguk di air keruh. Kerajaan membela orang-orang ini untuk mengenyangkan perutnya dan mengembungkan poketnya. Harga sebatang tiang landasan LRT, masakan sampai RM1 juta. Mesti ada parasit yang dijamu atas nama membina projek landasan tersebut. Penduduk kampung nelayan mengharapkan agar dibina jambatan konkrit yang boleh tahan beberapa puluh tahun, tapi kontrakternya membina jambatan kayu. Kalau jambatan konkrit, mungkin itulah kali terakhir dia dapat projek bina jambatan di kampung itu, tapi kalau jambatan kayu, dua atau tiga tahun lagi akan ada projek baru. Jambatan kayu itu rosak dimakan serangga laut. Sekurang-kurangnya ada projek penyelenggaraan yang boleh dikautnya.
Kenapalah jalan yang diturap asyik pecah sahaja? Tidak bolehkah jalan yang dibina itu guna batu keras dan berlapisan tebal. Sekali buat jalan raya biar tahan 20 tahun lebih. Mana mereka mahu. Kalau buat begitu, alamat kecutlah kantong mereka. Nak dapat satu-satu projek bukannya mudah. Projek yang dibuat biat jangka hayatnya pendek. nanti akan ada penyelenggaraan atau projek baru menggantikan yang rosak.
Negara yang kaya tatapi infrastrukturnya kelas rendah. Kita kalah dengan Selatan Thailand kalau nak banding dari aspek keselesaan jalan raya. Semuanya menyebabkan berlakunya ketirisan. Sebuah tangki besar, sengaja ditebuk lubang agar airnya keluar dan mereka menadahnya di luar. Bila rakyat mahu menggunakan air tangki, air tangki telah kering. Demikianlah bandingannya.
Kononnya hendak bela rakyat. Rakyat didahulukan. Tidaklah....hanya telunjuk yang lurus tetapi kelinking berkait!
No comments:
Post a Comment