Apabila TV memaparkan sesuatu laporan eksklusif mengenai sesuatu perkara, aku tidak mudah percaya. Aku beranggapan TV adalah seperti seorang fasiq. Kalau orang fasiq ialah orang yang melakukan dosa besar dan berkekalan di atas dosa kecil, maka saluran TV milik kerajaan dan Swasta di Malaysia ini memiliki ciri tersebut. Baik TV1. TV2, TV3 serta beberapa saluran di bawah media prima dan juga saluran Astro semuanya memaparkan banyak perkara dosa. Justeru, khabar berita yang dibawa oleh TV tersebut hendaklah diselidiki dengan membandingkan pelbagai sumber lain.
Allah memerintahkan "Tabbayun" terhadap berita orang fasiq. Maka segala berita TV fasiq itu hendaklah di'tabayyun'.
No comments:
Post a Comment