Rasul dahri menulis buku berjudul "Hukum Mengkafirkan Pemerintah Islam (Menurut al-Quran, As-Sunnah Dan Manhaj salaf As-Soleh)". Di dalamnya terdapat kesimpulan bahawa menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah negara yang diperintah oleh pemerintah Islam adalah haram.
Cuma nak soal satu buat Rasul Dahri itu. Parti yang memerintah itu ada sejak bila? Pernahkah parti yang memerintah itu jadi parti pembangkang? Sungguh tak aci sekali. Dulu mereka buat parti pembangkang, bila dah berkuasa dikatakan haram ada parti pembangkang. Kalau ikut teori Rasul Dahri itu, kerajaan Umayyah adalah haram sebab dia memerintah setelah membangkang pemerintahan Saidina Ali. Begitu pula, kerajaan Abbasiyyah itu haram sebab ia membangkang kerajaan Umayyah.
Maka, akan kekallah Mubarak memerintah Mesir selamanya. Demikian juga Muammar Gaddafi dan penguasa Islam seluruh negara Islam yang bertindak zalim dan pecah amanah.
Orang seperti rasul Dahri ini hanya menjilat parti penguasa.
No comments:
Post a Comment