CARI BAHAN

Sunday, May 27, 2018

Perangai buruk rakyat

Para rakyat yang menuntut dengan gopoh agar segala manifesto ditunaikan dalam minggu-minggu awal pemerintahan PH memang keterlaluan. Sepatutnya mereka bertenang dang bersangka baik. Itu lebih baik untuk menjaga hati sendiri dan mengamalkan watak hamba yang bersyukur. Satu nikmat besar yang Allah berikan kepada rakyat Malaysia adalah bertukarnya pemerintahan yang sarat dengan kebobrokan. Puak yang kalah memang sangat kecewa dan menyimpan dendam. Mereka segera menebar racun prasangka dan mencela apa yang boleh dicela. Namun, kenapa ada puak yang mengharapkan tumbangnya kebobrokan penguasa lama ikut sama rentak para orang kecewa itu?

Setiap satu perkara ada sahaja salahnya. Inilah sikap puak yang kalah. Sikap buruk kayak budah-budak hilang duit dan tidak digantikan oleh ibu bapanya. 


Rakyat yang baik adalah rakyat yang peka dengan penyimpangan penguasa. Watak inilah yang dipuji oleh Amru bin Al-As dan dikatakan sebagai antara nilai baik dalam masyarakat Romawi yang perlu dipelajari oleh orang Islam. Kita, rakyat sebuah negara Malaysia telah menunjukkan bahawa kita ada sifat itu. Ketika kebobrokan penguasa terdahulu sudah tidak dapat ditanggung lagi, rakyat sepakat menumbangkannya.

Tapi, kenapa cepat sangat perangai buruk menghinggapi? Belum sempat pembentukan kerajaan sempurna dengan perlantikan keseluruhan menteri-menteri, suara bising menuntut itu dan ini sudah berbunyi. 

Jadilah rakyat yang berhemah. Bersykur setakat yang dicapai dan berikan ruang mereka yang diamanahkan untuk menjalankan tugas dengan cermat mencapai objektif bersama.

No comments: