Hari-hari sebelum undang-undang ditegakkan, memang akan berlaku banyak pelanggaran undang-undang. Ketika Kerajaan Pakatan Harapan tertubuh dengan dilantiknya Perdana Menteri sahaja, ada beberapa pelanggaran undang-undnag dikesan. Jaminan pembebasan Anwar Ibrahim melalui pengampunan YDPA segera tanpa menanti bulan Jun sebagaimana yang dimaklumkan sebelum PRU, dilihat oleh sesetrngah orang sebagai pelanggaran terhadap Rule Of Law. Ucapan Tun Mahathir mengenai keduydukan Peguan Negara Apandi, juga dilihat sebagai melanggar Rule Of Law. Sekatan ke tas DS Najib daripada keluar negera bercuti juga satu pelanggaran menurut pendapat-pendapat kalangan tertentu.
Ramai yang terkejut dengan konsep Rule Of Law yang ditekankan oleh Tun Mahathir. Sudah tentu sekecil mana pelangaran, akan mengundang kritikan orang. Inilah keadaan sebuah negara yang baru ditegakkan.
Jika kita semak sejarah, sejarah Islam khusunya, banyak sekali pelanggaran rule of law yang terjadi, Bila tumbang kerajaan Umayyah, bertukar dengan kerajaan Abbasiyyah, khalifah pertamanya, Abbas As-Saffah menjalankan operasi pembersihan besar-besaran saki baki keturunan Bani Ummayyah. Ramai yang ditangkap dan dibunuh. Tahap kemelampauan itu hingga mereka menggali kubur-kubur khalifah-khalifah Bani Umayyah dan membakar tulang temulangnya.
Dalam episod pemerintahan kekhalifahan Othmaniyyah, disebutkan bahawa berlaku tradisi keji khalifah membunuh saudara-saudaranya yang berpotensi mengancam kekuasaannya. Tamak kepada kekuasaan yang dibayangi ketakutan ada pencabar, mendorong mereka menjalankan operasi pembersihan pembangkang dari kalangan keluarga sendiri.
Inilah rekod buruk dalam sejarah yang berlaku. Pun begitu, kerajaan-kerajaan telah tegak di dada sejarah dan menaburkan jasa yang bukan alang kepalang kepada ummah. Sisi gelap ada dalam mana-mana kerajaan, tetapi sinar cahaya cemerlang juga ada.
Rakyat yang rasional perlu memahami hal ini dan dan tidak boleh terlalu utopia.Untuk mendapat kestabilan, jangan terlalu kaku berdiri di jambatan gantung yang berhayun. Berayunlah bersama jambatan gantung, insya Allah nanti goyangan dan ayunannya akan serentak dan sederap dengan gerak badan kita. Tiada yang jatuh dan kemudiannya semua yang menyemberang selamat sampai ke semberang.
No comments:
Post a Comment