CARI BAHAN

Tuesday, May 15, 2018

Empayar UMNO-BN akan lenyap selamanya.

Empayar yang jatuh akan hilang selama-lamanya. Inilah kata-kata bijaksana yang diucapkan oleh Dato Seri Salleh Keruak, pemimpin UMNO yang tewas dalam PRU 14 baru-baru ini. Kita boleh belajar sesuatu yang berharga daripada orang kalah. Kekadang, kebijaksanaan datang ketika kekalahan dan sesalan bertandang.

Benar...Apabila jatuhnya sebuah kekuasaan, tidak akan kembali lagi kekuasaan itu ke persada kuasa. Lumrah ini berlaku dalam sejarah. Jatuhnya kerajaan Parsi, tidak pernah kembali lagi kekuasaan Kaisar. Jatuhnya Dinasti Bani Ummayyah, tidak pernah bangkit lagi. Tumbangnya dinasti Abbasiyyah, juga tidak pernah bangkit lagi. Othmaniyyah pun begitu.

Kerajaan Majapahit tak bangkit semula. Kerajaan Acheh pun tidak bangkit semula. Kerajaan Melaka pun rebah tak kembali lagi.

Lihat di tanah Besar China. Berapa banyak dinasti. Satu dinasti rebah, tak akan kembali lagi. Itulah sunnatullah.

Allah gilirkan seorang sekali sahaja.

Kerajaan UMNO-BN ini macam itulah. Rebahnya dalam PRU kali ini, tidak akan ada "comeback" lagi. Masa depan nanti, UMNO-BN hanya akan jadi sejarah yang dikenang. Ini satu hal yang para pemimpin BN yang tewas hari ini perlu tahu.

Pemerintahan PH ini berapa lama, dalam ilmu Alah. Kita tidak tahu. Satu hari, ia akan tewas juga. Begitu, setelah tewas, tak akan kembali lagi.

Inilah pelajaran sejarah bagi semua empayar yang dibina.

No comments: