BN mengalami perpecahan. Tidak dapat dipastikan sedahsyat mana perpecahan itu. Di bumi Sabah dan Sarawak, kedaan BN nampak kritikal Kesetiaan parti komponen BN berada pada landasan yang sangat rapuh. MP dan Adun UMNO-Bn sekarang ini dalam keadaan tak menentu. Alasan-alasan yang naif mula keluar untuk mendekati Pakatan Harapan.
"Kami masi BN tetapi menyokong Pakatan Harapan!".
Ayat ini merupakan tapak awal dalam rangkaian tapak memurtadkan diri. Ahli-ahli bawahan jangan ceritalah. Di kampung-kampung, orang UMNO mula bertempiaran panik. Mereka itu pada bila-bila masa akan lari meninggalkan Umno-BN.
"Kami masi BN tetapi menyokong Pakatan Harapan!".
Ayat ini merupakan tapak awal dalam rangkaian tapak memurtadkan diri. Ahli-ahli bawahan jangan ceritalah. Di kampung-kampung, orang UMNO mula bertempiaran panik. Mereka itu pada bila-bila masa akan lari meninggalkan Umno-BN.
Kepada siapa mereka akan pergi? Siapa pula yang akan kekal istiqamah? Inilah persoalan-persoalan yang masih menjadi tandatanya pasca PRU14 ini. Sedikit masa lagi, sebahagian persoalan ini akan makin jelas.
Mari kita buat andaian liar. Andaian pertama ialah mereka akan lompat ke PH. Parti-parti dalam PH akan diuji integriti mereka. Apakah mereka akan terima bulat-bulat atau membuat tapisan ala tazkiyyah untuk menerima mereka? Ini tergantung kepada sikap dan cara parti masing-masing. Antara yang bakal meyusup itu ada yang merupakan koruptor, oppurunis dan sebagainya.
Andaian lain yang boleh dibuat ialah, mereka akan semakin mendekati PAS. Sebagai pembangkang kerajaan PH dengan pegangan kecil atas sisa kerajaan negeri yang masih memilih BN, rakan kongsi yang kuat diperlukan. Para pemimpin UMNO-BN mungkin tidak nampak yang lain kecuali Pas. Dengan itu, mereka akan menawarkan permuafakatan dengan Pas bagi membentuk barisan pembangkang baru atau sekadar menambahkan lagi kekuatan Gagasan Sejahtera yang dipimpin oleh Pas. Dengan kata lain, BN bubar dan UMNO akan menjadi komponen Gagasan Sejahtera.
Apakah ini mungkin terjadi? Ya..dalam politik serba mungkin.
Kebijaksanaan politik pimpinan Pas akan diuji di sini. Untung rugi percaturan politik akan dinilai sepenuhnya. Gagal membaca keadaan akan membuatkan sesebuah parti tercorot dan berdepan resiko hilang sokongan akar umbi.
Kita tidak tahu apa akan jadi dalam politik ini esok hari. Semua andaian adalah serba mungkin. Bijak politik sentiasa mempersiapkan akanl untuk berubah. Dari semasa ke semasa dan merujuk kepada tuntutan keadaan serta perubahan ijtihad. Dalam politik, kontennya adalah perkara-perkara ijtihadi dan bukan usuli. Ia terbuka kepada koreksi, anjakan dan pembetulan.
Sekianlah pandangan saya untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment