CARI BAHAN

Monday, October 31, 2011

Jadilah seperti Taliban!

فاصبر لحكم ربك ولا تكن كصاحب الحوت إذ نادى وهو مكظوم.


Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).
(Surah Al-Qalam: Ayat 48)
 
 
Sekurang-kurangnya Taliban itu ada maruah. Mereka mungkin pernah ditewaskan dalam peperangan dengan tentera US yang kini menjajah Afghanistan dan meletakkan antek-anteknya di sana. Namun, kekalahan  dalam peperangan bukan satu kehinaan kerana yang lebih hina lagi kekalahan dalam mempertahankan maruah. Pemerintah boneka Afghanistan hari ini sebenarnya kalah kerana tidak bermaruah.  Dari sebuah wilayah merdeka yang digeruni musuh, kini Afghanistan menjadi wilayah yang diperkosa penjajah yang memperkudakan kepimpinan presiden Hamid Karzai.


Berita terkini sekarang ini, hari-hari kemenangan semula Taliban di Afghanistan semakin menyerlah. Kedudukan tentera penjajah semakin goyah. Banyak wilayah strategik Afghanistan kembali ke tangan Taliban.

Taliban yang dimomokkan Islam konservatif, ortodok  sehingga dijenamakan sebagai talibanisme, kini kembali semula ke persada Afghanistan.

Sekoyong-koyong pula, Dr. Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis menasihati Pemuda Pas dengan katanya "jangan jadi Taliban!".  Ianya gara-gara bantahan terhadap rancangan konsert Elton John yang terkenal dengan kehidupan 'gay'nya yang dijadualkan akan berlangsung di Genting Highland hujung bukan ini. 

Jangan jadi Taliban!
Taliban itu manhaj keras. Taliban itu kejam. Taliban itu mengharamkan banyak perkara. Taliban itu serba tak boleh. Islam menjadi sukar kalau ikut Taliban. Islam itu sederhana, mudan dan penuh toleran. Mungkin itulah hujah-hujah yang mendorong peringatan Dr. Asri agar Pemuda Pas jangan jadi Taliban.

Jangan jadi seperti Taliban! 

Persoalanku hanya mengapa tidak boleh jadi Taliban? Benar-benar cemarkah Taliban sehingga jangan jadi sepertinya? Mengapa ayat "hazar" sedemikian dilontarkan? Dalam dunia Islam hari ini, yang macam mana lebih patut kita jangan jadi? Ada yang lebih bahaya dari Taliban. 

Kenapa tidak kata jangan jadi seperti Ba'ath!
Jangan jadi seperti Pancasila!
Jangan jadi seperti leberalis, nasionalis dan kapitalis!
Jangan jadi parti-parti pembawa ideologi tersebut.

Tapi....yang dilarang, jangan jadi Taliban. Nampaknya Taliban paling jahat dalam dunia hari ini. Kejahatan Taliban sama jahat dengan Al-Qaeda. Kalau dah sebut Al-Qaeda, maka lawannya adalah Amerika. Sama macam Taliban juga. Kalau sudah Taliban dan Al-Qaeda itu jahat, maka apa kita nak kita kepada Amerika. Orang yang kata Taliban dan Al-Qaeda jahat, jangan jadi sepertinya, macam mana mahu kata Ammerika juga jahat. Salah satunya mesti baik. 

Racun yang ditebarkan media musuh berjaya meresap ke dalam pemikiran orang Islam sehingga terpacul kalimat "jangan jadi Taliban!".

Mencegah kemungkaran adalah tradis Islam. ia bukan tradisi Taliban. Apakah kita tidak boleh menyetujui bahawa membenarkan konsert Elton John ( sekalipun di Genting Highland) adalah satu kemngkaran yang perlu dibantah. dalam keadaan para pemuda ummat ini lemah dan mudah dipesonakan oleh budaya asing, berdiam diri terhadap kemaraan konsert maksiat atau oleh pemuka maksiat hanya akan menambahkan keparahan iman para pemuda kita. Para pemuda kita bukan kuda liar yang mampu berlari tangkas di ladang Prairi yang luas saujana mata. Mereka perlu dipeliharan dan menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memelihara generasinya. 

Kalau membantah konsert Elton John dianggap sebagai Taliban, maka tentu Elton John itu boleh dianggap lebih baik daripada kelompok Taliban!  

Pemuda Pas telah mengambil jalan yang betul dengan membantah konsert tersebut. Pemuda pas bukan menghantar pasukan berani mati untuk bom diri sediri semasa konsert berjalan. Menyatakan bantahan adalah lambang kewibawaan diri dan sikap "ghurabaa".

Fa Tuuba lil Ghurabaa'.



Taliban tidak jahat

Dr. Asri kata dia bukan tuduh Pas Taliban sebagaimana ditempelak oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Ust Nasrudin Hasan. Dia kata jangan jadi macam Taliban. Sebab Pemuda Pas bantah konsert Elton John, Dr. Asri kata itu macam Taliban. Bila Pemuda Pas bantah konsert tersebut, maka tentulah Pemuda Pas itu dan jadi Taliban. Bantah Konsert Elton John jadi Talibanlah. Makalah samalah jangan jadi Taliban atau sudah jadi Taliban.

Buruk sangatkah Taliban.Ganaskah Taliban? Kenapa Taliban diangap negatif sedangkan US lagi ganas. Bila banding antara Taliban dengan US, orang kata jangan jadi Taliban. Sebab Taliban ganas. Ganas Taliban kepada siapa? Untuk apa Taliban keras.

Orang yang kata "jangan  jadi Taliban" itu sebenarnya fikirannya telah diracuni propoganda Barat.

Persatuan kerdil berasa besar

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) menuntut agar kerajaan memberi pilihan kepada murid-murid yang ingin mengikuti PPSMIdan bukannya memansuhkan terus sebagaimana yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini. Idea supaya pilihan diberi bagi mereka yang masih berminat adalah buah fikiran kumpulan bukan arus perdana kerana ramai yang menolak dasar PPSMI. Selain ia merosakkan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,ia juga menjahanamkan masa depan murid-murid khususnya yang berbangsa Melayu di luar bandar.

Dengan lagak yang tidak bertempat, persatuan itu memberi semacam kata dua kepada kerajaan. Wujudkan pilihan dan mereka akan berikan kemenangan 2/3 dalam pilihanraya kepada BN. Jika tidak, mereka tidak akan menyokong kerajaan BN dan dengan itu BN akan terus menderita kehilangan 2/3.

Macamlah persatuan tersebut besar sangat pengaruhnya. Hairan juga melihat pertubuhan NGO yang cakap berdegar-degar ini. Sebelum ini, kita pernah dengar bagaimana dengan angkuhnya Perkasa mendakwa ia adalah suara penentu untuk kemenangan mana-mana parti dalam pilihanraya. Macamlah Perkasa itu berpengarus sangat. Kini, tampil pula PAGE dengan nada bahasa yang sama. 

Pertubuhan NGO ini setahun jagung tapi perasaan kuatnya yang lebih. Berapalah kerat yang menyokong mereka. Kalau Perkasa itu, rata-ratanya ahlinya adalah UMNO juga. Potong lapan pun mereka berikat setia dengan UMNO. Apa guna lagi mendakwa mereka sebagai kuasa penentu kerana mereka bukan penentu undi yang bakal diperolehi Pakatan Rakyat. 

Inilah perkembangan lewat terakhir ini. Ada pertubuhan kecil tapi rasa dirinya besar dan hebat. Tunggulah nanti....kita lihat sekuat mana pertubuhan lalang seperti itu.

Dewan Pemuda bantah Konsert Elton John

Kenyataan Dewan Pemuda Pas Pusat yang membantah konsert Elton John di Genting Highland akhir bulan ini disifatkankan Dr. Asri Zainal Abidin sebagai ala-Taliban. Katanya, konsert tersebut diadakan di Genting Highland, tempat arak dan judi dan anggap sahaja ia akan dikunjungi oleh orang bukan Islam. Kenyataannya itu mungkin kerana bimbang Pas akan dilihat sebagai parti yang ala-Taliban. Teguran beliau itu harus dilihat positif oleh para pemuda Pas sungguhpun ia mungkin mengguriskan hati. Mengaitkan sayap parti itu sebagai ala-Taliban adalah pelebelan yang mungkin memburukkan reputasinya. 

Namun, perlu juga direnungi fungsi sebagai kumpulan mencegah kemungkaran. Beralasankan bahawa ia konsert yang hanya akan dihadiri oleh orang bukan Islam adalah sangat naif kerana sudah tebukti bahawa para pemuda Islam di Malaysia tidak punya kekuatan untuk menghalang diri mereka daripada menghadiri konsert maksiat seumpamanya sebelum ini. 

Atas segalanya, bantahan Dewan Pemuda Pas tersebut telah membuka mata ramai orang tentang siapa sebenarnya Elton John.

Sunday, October 30, 2011

mewarisi kedegilan kaum nuh

Pemuda itu duduk di atas tangga rumahnya ketika kami singgah bertandang dalam misi ziarah. Sehelai risalah kami hulurkan. Risalah mengandungi 10 janji Pakatan yang tertunai. Dia berwajah selamba. 

"Bagus juga ada pembangkang...boleh menyatakan ketidakpuasan hati rakyat", dia mengomen ketika perbualan berlangsung mengenai parti-parti yang ada.

Ketika telah berlalu meninggalkan tempatnya dia duduk beristirehat itu, aku menyatakan kepada sahabatku bahawa pemuda itu cenderung kepada parti pemerintah. Miskipun hidup bersalut kemiskinan dan persekitaran yang terancam oleh perobohan, dia masih bersangka baik dengan pemimpin yang telah merampas tanah kampung asalnya. Aku tidak tahulah apa yang membenjol dalam otak fikir orang sepertinya.

Apakah dia mewarisi kedegilan kaum nuh?

Tahlil lepas maghrib lagi

Jemputan ke majlis tahlil semalam aku abaikan. Ini kerana ia dibuat selepas solat maghrib dan ini tentunya mengganggu solat insya berjemaah. Kemujuran tidak ada pengisian di masjid sebagaimana biasa. Maka, kepergian sebahagian jemaah masjid ke majlis tersebut tidak dilihat sebagai ralat besar. Namun, ternyata akhirnya mereka kelewatan untuk solta insya berjemaah insya. Tetapi, kerana jumlah mereka agak ramai, dapatlah mereka berjemaah Insya sesudah usai jemaah yang utama.

Pihak yang menjemput ke majlis tahli tersebut bukanlah pula kalangan ahli masjid. Muncul sekali ini, buat jemputan. Hanya ketika berhajat dengan ahli masjid, dia muncul. Aku kurang betah melayani jemputan sebegini. Sementelahan pula di waktu yang tidak menyenangkan. Lagi pun, aku bersikap bahawa tahlil tidak punya kepentingan dalam agama untuk kita pertahankan sehingga mengenepikan apa yang pasti kewaridan dalam agama iaitu solat berjemaah.

Aku tidak merasa hormat buat majlis yang diadakan selepas maghrib ini. Aku juga merasa hilang tsiqah buat para imam dan asatizah yang menghadirinya sehingga menghilangkan peluang jemaah insya beramai-ramai.


Friday, October 28, 2011

Apakah agama panutan Rahim?

Kata Rahim Noor, bekas IGP, dalam ucapannya semasa perhimpunan agng Perkasa baru-baru ini, Gerakan Hak Asasi Manusia kini muncul sebagai agama baru. Ia mengingatkan tentang kemuculan sebagai gelombang sederet sesudah belalunya gelombang Maxisme dan Sosialisme. Gelombang agama baru ini muncul dalam bentuk tuntutan-tuntutan yang pelbagai termasuklah apa yang  diutarakan oleh Bersih 2.0 baru-baru ini. Gerakan Hak Asasi Manusia dikatakan berada di belakang kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hak-hak istimewa Melayu, kedudukan raja-raja dan bermacam-macam lagi. 

Kenyataan Rahim Noor ini seolah-olah melebelkan agama yang telah ada menafikan hak asasi manusia, terutamanya agama Islam. Dengan kata lain, hak asasi manusia bukan sebuah perjuangan yang didapati dalam Islam. Islam menurut Rahim Noor, mungkin sebuah agama yang penuh paksaan, tidak bebas dan menafikan keistemewaan untuk sekolompok orang dan memberikannya kepada sekelompok yang lain.

Kalau begitu tanggapan Rahim, dia belum menganut Islam seutuhnya. Maka, apa sebenarnya panutan Rahim Noor?

Mengenai dia...

Setahuku umurnya sudah lebih 80 tahun.
Pendiriannya terhadap hudud masih macam dulu.
Politik yang menjadi anutannya masih politik nasionalisme.
Walau sudah hilang kuasa, masih lagi main acah-acah dengan kuasa yang pernah menjadi miliknya satu masa dulu.
Pada hematku, dia bukan dimuliakan kalau orang tidak membalas kritikannnya.
Hanya kerana orang yang diam itu bersifat mulia kerana menghormatinya yang pernah menjadi amat berhormat.
Kalau begitu gayanya...tutup mata dengan cara itulah. 
Sangkaku, jalan yang akan dilalu setelah bersara ialah dengan memperbanyakkan amal dan mendamaikan kembali Islam yang ditabrak.
Lebih baik lagi kalau begitu bekas presiden US John F. Kennedy yang menguruskan yayasan kemanusiaan di negara-negara miskin setelah pencennya.
Aku tidak tahu memilih siapa yang hendak dimasukkan ke syurga. 
Allah maha tahu dan maha bijak dalam memilih.
Kenapa dia jadi begitu?

Tiket bola sepak naik.

Sultan Pahang menitahkan penyokong pasukan negeri yang bakal masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia agar tidak menjadikan isu kenaikan harga tiket masuk menonton perlawanan sebagai  Isu. FAM telah memutuskan harga tiket menyaksikan perlawanan adalah RM50.00. Kata Sultan Pahang, apa yang penting ialah sokongan yang ditunjukkan kepada pemain negri masing-masing.

RM50.00 hanya untuk menyaksikan permainan bola sepak bukanlah satu perbelanjaan yang bijak. Kalau sekadar hendak menyaksikan perlawanan, di dalam TV pun banyak. Kalau malas menonton seorang, pergilah sama-sama dengan pelanggan mana-mana kedai yang menyediakan skrin besar dan bersoraklah bersama mereka. Biarkan stadium lengang dan hanya orang yang tidak kisah taburkan wang ringgit sahaja yang pergi.

Bahasa rakyat tidak sama dengan bahasa raja. Bagi rakyat, yang penting adalah perbelanjaan. Bukan semangat. Memang pun aristokrat memerlukan semamngat kerana jika tiada semangat telah lama runtuh tahta kerajaan. Kerana semangat Melayu, orang Melayu mempertahankan sultan-sultan mereka. Jika hilang sudah semangat, mereka akan hilang rasa perlu kepada Sultan.

Tapi, para penyembah bola sepak tidak hirau sangat dengan RM50.00. Bila sampai masa bertanding, berduyun-duyun mnereka mentawafi stadium mencari pintu masuk. Bayar sahaja berapa, asalkan dapat masuk. Itupun akan ada masalah tiket habis dijual. Sungguh laku penjualan tiket bola sepak. Alangkah baiknya jika RM50.00 itu dibelanjakan fi sabilillah.

Wednesday, October 26, 2011

Dia jadi Naib Presiden

Dengar khabar Zul Noordin terpilih untuk menjawat jawatan Naib Presiden Perkasa. Begitulah dia melakar sejarahnya sendiri. Mungkin untuk menjadi pimpinan tertinggi mana-mana parti besar di Malaysia dia tidak akan berpeluang. Parti Pas telah tutup pintu untuknya. Dengan PKR, dia telah murtad. Dengan UMNO tidak ada tawaran dan rasanya tidak cocok untuknya. Untuk menubuhkan parti sendiri, dia bukan engineer politik yang mahir. Sememangnya dia dilahirkan sebagai pengikut sekalipun dalam banyak keadaan dia gagal menjadi pengikut yang baik.

Kini menjadi Naib Presiden Perkasa. Jawatan itu bukanlah hebat. Kewujudan Perkasa itu pun bukan hebat. Ia pertubuhan setahun jagung yang belum pernah diuji. Selengkar musim berputar, amat bertuah kalau Perkasa itu mampu bertahan. Bila Perkasa sudah nyawa-nyawa ikan, jadilah jawatan Naib Presiden itu seperti tikar mengkuang robek. Malah jawatan Presiden sekalipun akan jadi seperti permaidani hapak. Tidak ada orang yang akan bernafsu untuk duduk di atasnya.


Perkasa

"Siapa nama kamu?", aku tanya budak yang berhinggus itu. Pakaian nampak comot sekali. Barangkali baru lepas bermain dan berkubang lumpur sawah. 

"Perkasa". Jawabnya penuh bangga.

"Oh, dah berapa umur? ", tanyaku sambil duduk mencangkung agar ketinggianku sama dengannya. 

" Empat tahun", balasnya petah sambil hinggusnya keluar masuk dari lubang hidungnya mengikut nafasnya yang termengah-mengah.

"Siapa nama bapa?", tanyaku lagi.

Dia tidak menjawab. Mungkin dia keberatan memberitahu siapa nama bapanya.Aku menduga tentu bapanya bukan seorang ulama. Tiada ciri-ciri keturunan ulama pada wajahnya. Bukan juga anak bangsawan kerana kalau anak bangsawan masakan berkubang lumpur comot sebegitu sekali. 

"Mungkin anak lanun", dengus hatiku sendiri.

Budak bernama perkasa itu kelihatan membibit satu uncang. Di dalamnya seperti ada isi.

" Apa isinya tu?", aku bertanya.

"Katak!", jawabnya selamba sambil tersengeh menampakkan gigi yang ronggak.

Aku menggeleng kepala lucu dengan  telatah budak bernama Perkasa itu.


Tuesday, October 25, 2011

Bercuti kali ini: Cuti Depavali

Aku membuat catatan ini di balkoni sebuah hotel di Kundasang. Namanya Hotel Strawberry. Balkoni ini menghadap ke kawasan pergunungan dan lembah yang diselaputi awam. Di malam hari gelap gulita. Kalau di siang hari bolehlah nampak awan yang berarak di bawah. Terasa sejuk sekali angin pergunungan yang bertiup sepoi-sepoi.

Aku singgah bermalam di sini dalam perjalanan untuk pulang ke Sandakan. Sempena cuti seminggu, aku membawa keluarga melancong ke Kudat. Di sana bertemu dengan Affan dan bersamanya kami pergi melawat Simpang Mengayau. Sudah hampir lebih lapan tahun aku menjejaki bumi Sabah ini, belum pernah aku sampai ke sana. Kawan-kawan sering bercerita mengenai Simpang Mengayau. Seolah-olah tempat tersebut merupakan tempat yang sangat menarik.

Terus terang aku katakan, Simpang Mengayau bukan apa-apa. Hanya namanya yang di sebut sebagai "Tip Of Borneo" itu yang mengujakan ramai orang. Kalau sudah menjejaki ke sana, tiada apa-apa yang istemewa. Hanya sebuah pantai yang dihias cantik. Sepertinya ada di banyak tempat dalam negara kita. Simpang Mengayau sebenarnya seperti simpang merayau.

Perjalanan dari Sandakan ke Kudat amat meletihkan. Dari Jam 9.30 aku bertolak dari Sandakan, menjelang Maghrib barulah aku sampai di Kudat. Kudat hanya sebuah bandar kecil. Untuk penginapan, banyak hotel di sana. Murah-murah pula. Aku menginap di hotel Borneo. Hanya RM50.00 semalaman. Agak bagus. Biliknya luas dan selesa. Malangnya menjelang pagi, waktu bangun untuk solat Subuh, aku dapati air tiada. Mujur ada bekalan air dalam kereta. Boleh juga aku berwuduk untuk solat Subuh.

Aku meninggalkan Kudat menjelang jam 2 petang. Tujuanku adalah Kota Kinabalu. Perjalanan Kudat-Kota Kinabalu  juga meletihkan. Aku kira jaraknya sekitar 200 KM. Menjelang maghrib baru aku sampai di Hotel Tabung Haji. Namanya sekarang ialah Taha D'Balu. Mujur ada bilik di sana. RM80.00 harga semalaman. Memang di sanalah yang selalu aku dan keluarga menginap jika bertadang ke Kota Kinabalu.

Paginya aku ke Wisma Muis. Di sana terletaknya syarikat Rejoice Travel di mana tiket penerbanganku pulang ke kampung bulan November nanti diuruskannya.  Kerana kenaikan harga tiket dan aku perlu bayar tambahan sebanyak RM875.00, aku batalkan penerbangan Kl-Alor Setar. Malas berurusan dengan kaunter MAS yang masih lagi meminta bayaran cukai airport, aku mahu berjumpa dengan pihak Rejoice Travel. Dapatlah tiket yang telah disahkan dari Sdk-KK-KL tanpa perlu bayaran tambahan. Untuk ke Alor Setar, akan aku fikirkan caranya nanti.

Kemudian aku ke Moreasia Travel. Ia terletak di jalan Kepayan. Bukan aku tahu di mana jalan Kepayan itu. Setelah bertanya orang, kata mereka Moreasia Travel itu terletak di bangunan belakang Open University. Tidka susah untuk mencarinya. Rupanya syarikat travel ini milik Syarikat Sawit. Selesai, aku membawa keluarga ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Zamila Salsabila beriya-iya mahu melihat binatang dalam zoo. Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Lok Kawi. Untuk ke sana aku melintasi Putatan. Tiket masuk ke sana ialah RM10.00. Binatang tak banyak sangat. Ada gajah, harimau, orang utan, beruang, kuda, lembu (Tembadau) dan burung-burung. Aku cari-cari kalau ada zirafah, unta, badak dan lain-lain. Nampaknya banyak binatang belum ada.

Lepas selesai melawat mini zoo tersebut, kami pulang ke hotel dan selepas solat zohor kami check out. Singgah sekejap di Karamunting melihat banyaknya peralatan komputer. Kemudian perjalanan diteruskan menuju jalan pulang. Seperti biasa, ketika melepas Tamparuli, mendaki perbukitan menuju Kundasang, hujan turun. Seingatku, setiap kali melintasi kawasan itu, hujan pasti turun. Barangkali sebab itu kawasan ini penduduknya bercucuk tanam sayur. Tanama getah dan kelapa sawit tak sesuai sebab banyak hujan sangat.

Di Kudasang, kami mencari hotel penginapan. Jam sudah mencecah 4.30 petang. Kalau nak pulang terus ke Sandakan, aku bimbang gelap sebelum sampai Telupid. Jalan sebelum sampai Telupid sunyi dan berbukit bukau. Bukan bagus kalau bergerak di malam hari.

Singgah di Strawberry Hotel, sebuah penginapan pinggir jalan sebelum sampai ke pekan Kudasang, harga yang ditawarkannya sederhana. RM70.00 untuk hari-hari bisa. Kalau hari cuti  sekolah harganya RM80.00 dan jika hari cuti umum harganya ialah  RM130.00. Ada juga bilik yang lebih mahal.  bagi  kapasiti keluarga . Malah kalau sebuah rumah Bungalow, harganya melebihi RM380.00-RM500 untuk semalaman bergantung kepada masa sama ada hari biasa, cuti sekolah atau hari cuti umum.

Di strawberry hotel ini disediakan wifi. Sebab itu aku dapat melakar sedikit catanan perjalanan ini. Esok aku akan pulang ke Sandakan. Insya Allah, semoga selamat sepanjang jalan.

Tak berbaloi kuasa dunia

Muammar Gaddafi dikebumikan di lokasi rahsia di gurun terbuka. Sungguh tragis kesudahan seorang yang menjadi presiden berkuasa sebuah negara selama 42 tahun. Biasanya, seorang presiden yang mati, kuburnya di makam pahlawan dan pengkubumiannya disertai dengan upacara yang penuh kenegaraan. Malangnya Gaddafi tidak begitu. Matinya hina dan pengkubumiannya pun hina. Selepas ini, dia akan dilupakan.

Padanlah dengan apa yang dia lakukan selama memerintah. Allah maha penyaksi atas setiap kezaliman dan akan membalasnya. Kasihan lagi tentang nasib Gaddafi di akhirat kelak, tatkala terpaksa berdepan dengan pelbagai tuntutan. 

Tidak berbaloi kuasa dunia yang sementara ini!

Sunday, October 23, 2011

apa peduli matinya tikus

Telah menyapu awan
kalau hendak dihimpunkan
angkara murka seorang Gadhafi
telunjuknya lurus kelingkin berkait
berwajah darwis
dari singa lebih bengis
lebih 4 dekad
banyak sudah derita dan tangis
mereka yang senarai namanya tidak tertulis

Padanlah
apa yang Ghadafi dapat
kelak di hari akhirat
tuntutan ke atasnya akan berlipat
buat apa apa menaruh simpati
kekejamannya bukan lagi secebis

Aku katakan
Ghadafi itu seekor tikus cuma
tidak berani menjadi pembela agama Allah
jiwa kecut bersulam nifaq
matinya biarlah ditulis matinya tikus.


Siapa peduli matinya tikus!

Hidup perlukan perjuangan

Semua nabi yang diutuskan Allah akan mengalami pertembungan. Mereka mempunyai musuh dan ditentang. Walau ditentanng, tentulah ada yang akan menyanyangi dan mencintai mereka. Mereka yang menentang para nabi tersebut, merekalah orang kafir, manakala yang menyayangi dan mencintainya, mereka itulah orang yang beriman. Meneliti sirah dakwah nabi Nuh, begitulah yang kita temui. Demikian pula nabi Ibarhim, Musa, Isa dan nabi kita Muhammad SAW. 

Jika demikian sirah para nabi, maka apakah patut kita sebagai orang yang mengaku beriman dengan agama Islam yang menjadi agama para nabi tersebut mengambil jalan duduk sahaja tanpa berjuang untuk Islam. Apakah layak orang yang mengakui beriman untuk duduk istirehat pada hujung minggu setelah habis bekerja, habiskan masa bersama keluarga. Mana masa yang diperuntukkan untuk perjuangan Islam? 

Kalau hidup hanya untuk diri dan keluarga, tanyalah diri sendiri, apakah layak kita menghuni syurga Allah SWT.


Catatan Selepas Kuliah Subuh Oleh Anuar Ali


Matinya sang tikus

Sejak dua tiga hari ini, aku berjaya menangkap beberapa ekor tikus yang sering membuat kacau ganggu di dapur rumahku. Aku ingat tidak kurang dari empat ekor tikus telah berjaya aku perangkap dengan gam tikus. Ketika bangun pagi dan menjengah ke dapur, aku lihat ada tikus terkial-kial di atas getah perangkap tikus itu. Tikus itu aku bawa ke luar rumah dan di sanalah aku pukul ia bagi menamatkan riwayatnya. Aku masih berihsan kerana membunuhnya dengan pukulan. Kalau aku kejam, aku biarkan sahaja ia terkial-kial di atas gam itu sehingga mati sendiri. Mungkin akan berlangsunglah azab siksanya selama sehari dua sebelum mati dengan penuh siksaan.

Sekoyong-koyong aku teringat bagaimana nasib Muammar Ghadafi. Kematiannya tak ubah sebagaimana kematian tikus yang aku perangkap dengan gam tikus itu. Malah, kematiannya lebih sengsara dan lebih hina. Sekurang-kurangnya tikus itu mati di tanganku yang masih punya ehsan belas. Malangnya Ghadafi itu mati dikeronyok oleh pemuda-pemuda kebangkitan yang dibakar api kemarahan ke atasnya. Dia diserat keluar dari lubang tikus, dipukul, berlumuran darah dan kemudiannya ditembak di kepala dan badan. Matilah seornag yang mengaku raja yang menjulang kenagkuhan selama ini.

Video saat Gadhafi diseret berlumuran darah itu boleh ditonton dalam youtube.  Sekali tengok terasa kasihan kepadanya. Namun, kita perlu memahami situasi dim Libya. Golongan yang bangkit menentang pemerintahan Muammar Ghadafi itu telah lama menanggung sengsara. Telah banyak pula nyawa yang terkorban kerana kezaliman dan gila kuasa Muammar Ghadafi.

Kematian Ghadafi itu hanyalah matinya seekor tikus.

HIMPUN tidak ramai

HIMPUN, khabarnya akan mengumpulkan 100 ribu orang. Temanya jauh lebih hebat. Himpunan sejuta ummat. Ketika perhimpunan itu telah berlangsung petang tadi, dilaporkan bahawa jumlah hadirin dianggarkan antara 3000 hingga 5000 orang. Dikatakan juga acara sebagaimana ditentatifkan telah dilewatkan sebanyak 90 minit daripada masa asal kerana menunggu limpahan orang ramai. Namun, hanya sekadar itu sahajalah yang mampu dihimpunkan.

Sokongan terhadap himpun bukan alang kepalang. Kalau dinilai daripada sokongan tersebut, tentu jenuhlah manusia yang membanjiri stadium Shah Alam petang tadi. Tapi, sokongan itu rupanya tidak menjemput orang ramai. Ramai lagi himpunan BERSIH 2.0 yang ditentang oleh ramai orang dan ditambah dengan pelbagai laporan polis.

Aku boleh agak kerana apa himpun gagal menarik limpahan orang ramai. Pertamanya tiada sokongan daripada parti politik, khususnya PAS. Setakat beratus NGO Islam, tidak cukup. NGO ini nama sahaja ahlinya beratus ribu, tetapi yang menggerakkannya hanya berapa kerat sahaja. NGO tidak mampu meng'crowd' manusia.

Mungkin tidak boleh diketepikan juga ialah faktor PERKASA dan penglibatan ahli politik buangan seperti Zul Nordin dan Ezzam yang dikatakan akan hadir bersama.  Mereka ini memang membawa sial. Di mana mereka ada, orang ramai akan surut. Mereka ibarat asap nnyamuk. Malah mereka ini ibarat bau tikus mati. Sebab itu orang tak suka datang ke majlis HIMPUN.

Jalan sudah mati.

Saturday, October 22, 2011

Keluhan buat Bashar

Ya Bashar! Berita terbunuhnya Ghadafi bukanlah sebuah basyir buatmu. Awaslah....giliranmu akan sampai. Kekejamanmu membunuh rakyat Syria pasti akan dibalas. Tidak ada seorang diktator yang boleh bermegah untuk kekal berkuasa. Lebih-lebih lagi setelah angin kemarahan rakyat telah berubah menjadi ribut kegelisahan berbaur kebencian. 

Ya Bashar! Sayangi wajahmu yang hansome dan penampilan bergayamu. Berhati lembutlah dengan rakyat dan sekurang-kurang takutlah intipan malam dari takdir yang pasti berlaku. Tidak aa ruginya jika kamu berundur dari hilang nyawamu dan di akhirat  terhumban pula ke dalam neraka!

Ceramah di kampung Sundang Laut.

Semalam aku menyampaikan ceramah di kampung Sundang Laut. Aku ceramahkan pasal berjuang untuk Islam demi meraih cinta Allah SWT.  Aku ceritakan selembar sejarah Islam secara ringkas, jatuh bangunnya, untuk melihat bagaimana sunnatullah dalam perjuangan Islam. Pada akhirnya. aku menegaskan bahawa perjuangan Islam akan meraih kemenangan. Ini dapat dibuktikan dengan tumabangnya satu demi satu taghut dalam negara Islam. Terbaru adalah terbunuhnya Muammar Gadafi, pemimpin otokrasi Libya yang sekian lama diburu.

Alhamdulillah...semoga roh Islam akan marak di kampung Sundang Laut. Bukan sekadar roh beramal ibadat yang dituntut Islam, tetapi roh perjuangan Islam. Alahumma Ya Allah...tancapkan Islam perjuangan di dada warga Sundang Laut.

Friday, October 21, 2011

HIMPUN untuk Islam atau...

Aku rasa, penganjur HIMPUN adalah adik beradik Jais. Jais ini pula, sungguhpun sebuah institusi Islam, ia mewarisi watak otoritorian yang pernah menjadi perangai institusi gereja di Zaman Gelap dalam sejarah Eropah. Jais menolak ikhtilaf dan hujah. Apa yang menjadi ukurannya adalah kuasa. Dengan kuasa, Jais memaksakan orang lain agar mengikut kehendaknya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Jais sebagai institusi agama menjadi tunggangan orang politik untuk kepentingan politik ananiah mereka.

Aku tidak melihat agenda HIMPUN sebagai agenda Islam.  Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan Islam tidak menyuruh HIMPUN untuk berhimpun  buat memerangi murtad. Perhimpunan itu hanyalah topeng buat menutup wajah buruk di sebaliknya. Lebih-lebih lagi setelah melihat siapa yang beriya-iya mahu menjayakan HIMPUN. Ahli politik buangan dan Menteri UMNO sendiri berkempen untuknya. Apakah makna semua ini kalau ia bukan satu usaha melonjakkan diri sebagai pejuang Islam.

Di satu pihak yang lain, undang-undang murtad tidak pernah disebutkan biarpun sudah bertahun-tahun disarankan.  Apa yang utama tidak diutamakan. Masih bermain di awang-awangan.


Dr. Aziz Bari pohon tualang tinggi.

Aku tidak rasa Dr. Aziz Bari yang digantung tugas oleh pihak pengurusan UIA itu akan terhegeh-hegeh minta supaya dia tidak digantung tugas. Kalau dipecat sekalipun, aku tidak fikir dia akan terhenyak di kerusinya dalam bilik selesa di UIA itu. Apa nak hairan kalau orang dah jadi bijak pandai dan popular pula sepertinya. Kalau dipecat di sini, di sana berderet tawaran menantinya. Razeki Allah SWT bukan dipegang oleh UIA atau mana-mana universiti pun. Kerajaan BN sendiri pun bukan wali dalam soal razeki. Kerja di UIA itu hanya sebagai satu sumber kehidupan. Sumber kehidupan adalah hidup itu sendiri. Selagi hidup, adalah razekinya. 

Persetankan dengan UIA itu. Kalau aku nak nasihat, nasihatku buat Dr. Aziz Bari, tinggalkan UIA. Orang yang cerdik tak layak berada di UIA. Pokok tualang yang tinggi mencecah awan tak boleh tumbuh di UIA. Hanya kangkung parit yang sesuai di sana. Aku percaya Uiniversiti swasta lain berlumba-lumba mahu dapatkan khidmat Dr. Aziz Bari. Hal ini sudah tentu ada dalam pengetahuan Dr. Aziz Bari. Kalau tidak masakan dia berani berumah di tepi pantai.

Profesor di Malaysia ini bersepah. Tapi, bukan semua profesor itu bijak laksana. Dalam Majlis Profesor Negara pun beremut dengan profesor tetapi boleh panggil profesor sahaja. Akal dan minda tidak setara mana. Baru-baru ini MPN tersebut bersetuju bahawa negara ini tidak pernah dijajah. Adalah hujah-hujah yang digunapakainya. Tapi, budah darjah enam pun pening-pening dengar hujah si bocah melawak seperti itu.

Khabarnya rektor UIA itu ahli Majlis Agama Islam Selangor. Kalau sudah jadi ahli majlis, bersembah setia habislah kepada Sultan yang berada di atasnya. Ditambah pula kalau fikrahnya seperti fikrah pemerintah yang mencengkam organisasinya. Sebab itu, jadi ahli Majlis Agama Islam lebih dekat membawa diri menjadi ahli neraka. Bagaimana tidak kalau mempergunakan institusi agama itu untuk kepentingan dunia. Kepentingan dunialah kalau sanggup menafikan peranan ilmu dalam masyarakat dengan memaksa profesor yang berotak cemerlang untuk duduk diam.

Aku, kalau dengar kawan-kawan sudah dapat profesor, aku tak hairan. Akun tak takjub. Tidak juga cemburu. Itu gelaran dunia loka yang tidak memberi makna besar. Berapa banyak profesor yang hanya nama sahaja. Pengait kelapa di kampung nelayan tepi pantai di kuala Terengganu lebih cerdik berbanding dia. Lenbih berani dan berjiwa merdeka kalau nak dibandingkan dengan para profesor kangkung yang bersepah.

Minta maaflah kalau ada profesor yang terbaca tulisanku ini. Aku bukan kata kepada anda profesor kangkung tetapi aku marah kepada profesor yang menjahanamkan nama baik cendikiawan. Kalau anda bukan selengkar kangkung, anda adalah sepohon tualang menjulang awan. Maka, hendaklah dibuktikan dengan praktikal ilmu yang membujur lalu melintang patah.

Contohilah Dr. Aziz Bari!

Thursday, October 20, 2011

Ketakutan satu kenikmatan

Aku menegaskan di penghujung mesyuarat gerakerja pilihanraya semalam, bahawa membawa diri untuk turun ke lokasi di mana para pengundi berada merupakan satu kerja lapangan yang memberikan kenikmatan. Kenikmatan itu hanya dapat dirasai oleh mereka yang melaziminya. Mereka yang tidak sanggup untuk turun ke lapangan mungkin disebabkan beberapa alasan. Mungkin mereka tidak mahu terdedah kerana menyedari keberadaan dirinya sebagai kakitangan awam. Kerana itu timbul rasa takut dalam diri. Sebenarnya, ketakutan itu, bagi da'i adalah satu kenikmatan. Apalah maknanya sebuah kehidupan jika tidak bersulam ketakutan. Orang yang tidak merasa takut tentu tidak merasa nikmat ketika dalam keamanan.

Selain itu, yang tidak bersedia untuk terjun ke lapangan mungkin juga disebabkan merasakan masa hujung minggu adalah untuk keluarga. Setelah hari-hari bekerja disibukkan dengan rutin dalam kerjaya, maka hujung minggu dirasakan masa yang khusus buat keluarga. Jika demikian alasannya, kepadanya kita tegaskan bahawa berjuanglah untuk keluargamu dan hiduplah serta matilah demi keluargamu. Seharusnya, perjuangan demi agama tidak menafikan tanggungjawab kepada keluarga. Demikian pula, perhatian kepada keluarga tidak akan menjadikan kita alpa tentang peranan membangunkan agama.

Semoga Allah memberikan kita pengertian dan istiqamah!

Tuesday, October 18, 2011

Bahana dari anak perempuan.

Dulu, sewaktu anak perempuannya itu berusia 17 tahun, seorang ustaz telah masuk meminangnya. Kini, usia anak perempuannya telah mencecah 27 tahun. Ibu bapanya merasa risau dengan keadaan anak perempuannya itu. Dia telah bekerja di saloon sejak beberapa tahun terakhir ini. Semenjak itu, dia dikatakan berkawan dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Kehidupan sosialnya mencurigakan ramai adik beradik. Bila ditanya oleh ibu bapanya tentang apa sudahnya berkawan dengan lelaki Cina ini, dia menjawab bahawa dia belum lagi mahu kawin. Padahal, dia sering dihantar pulang lewat malam oleh lelaki Cina itu. Apa yang berlaku di sebaliknya, saat di luar kawalan ibu bapanya,wallahu a'lam.

Wajahnya bukan tidak cantik. Kalau nak dibandingkan, seiras macam watak bernama Mari Mar dalam telenovela Filipina bertajuk Mari Mar yang ditayangkan dalam TV3 setiap Isnin hingga Khamis. Malah, kata sahabat yang menceritakan kisah ini kepadaku, wajahnya lebih cantik daripada Mari Mar itu. Aku sendiri tidak tahu macam mana rupa Mari Mar kerana aku bukannya minat dengan telenovela itu atau mana-mana telenovela pun. Aku amat tak suka menonton drama bersiri kerana ia merampas banyak masaku.

Aku teringat apa yang nabi Muhammad SAW sabdakan sebagai peringatan buat ibu bapa.
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض

"Apabila datang meminang (anakmu) kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwinkannya dengan anakmu.Jika kamu tidak melakukannya,akan terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar".
(Hadis riwayat Turmizi dan Ibn Majah)

Kini, temanitu bercerita bahawa kehidupan anak gadis pasangan ibu bapa tersebut  menempa jalan berdosa. Dia bekerja di saloon. Pakaiannya jangan diceritakan lagilah.Tanapa segan silu, dia sudah membudayakan skirt. Bukan lagi pakaian wanita timur. Jauh sekali busana muslimah.  Rambutnya sentiasa berwarna. Berteman (mungkin bercinta) pula dengan lelaki bukan Islam berbangsa Cina. Sudah enam tahun mereka begitu.  Amal Islam seperti solat tidak payah ceritalah. Jauh panggang dari api.

Apa yang menimbulkan rasa kasihan, bapanya adalah seorang yang rajin mengerjakan solat. Bapa yang baik. Malangnya hilang kendali untuk membetulkan ketempangan anak gadisnya yang seorang ini. Maka, jadilah jalan yang diambil oleh si bapa dan si anak terpecah bagai dua cahaya yang tidak akan menemui titik yang sama. Kalauikut hukum agama, kesolehan seorang bapa tidak ada maknanya kalau dibiarkan anaknya bergelumang dengan dosa. Sementelahan anak gadis dan tidak pernah pula diberi teguran. Di akhirat, sekalipun si bapa sudah berada di ambang syurga, dengan sebab permasalahan anak, kemasukannya ke syurga akan terhalang.

Aku fikir fitnah telah menimpa ibu dan bapa perempuan itu. Fitnah juga terjadi dalam masyarakatnya. Entah apa lagi fitnah yang bakal terjadi seterusnya. Kerosakan yang besar sedang membiak. Menyelak sejarah silam, keengganan ibu bapa menerima pinangan sang ustaz untuk anak mereka dahulu adalah satu pelanggaran terhadap peringatan Nabi. Maka, beginilah akibatnya. 

Justeru, ibu bapa yang ada anak perempuan, perhatikan siapa yang datang meminang anak perempuanmu. Jika kamu lihat kebaikan pada agama dan akhlaknya, usah pedulikan tentang dunianya. Biarlah hartanya tiada, orangnya tiada rupa, semua itu dunia belaka. Kayu ukur Islam adalah agama. Jika lelaki itu baik budi bahasa, menegakkan solat..memadailah. Itulah harta yang tiada tolak bandingnya. Itulah secantik rupa dalam dunia.

Allahumma ameen...berikan pasangan lelaki yang baik agama dan akhlaknya buat anak perempuanku di satu masa kelak.

Monday, October 17, 2011

Umur yang menjadi istidraj

Telah masyhur riwayat yang menyebutkan bahawa semasa hayat Ust Fadhil Noor, presiden Pas yang terdahulu sebelum Tg. Hj. Hadi Awang, beliau mendoakan agar Tun Dr. Mahathir dipanjangkan umurnya. Demikian itu adalah supaya beliau dapat menyaksikan kesan daripada kebejatan yang dilakukannya sepanjang pemerintahannya. Termasuk juga mendapat karma atas apa yang telah dilakukannya.


Kini, umur Tun Dr. Mahathir itu sudan melewati 80 tahun. Dia masih sihat dan masih aktif dalam politik walaupun sudah tidak berjawatan dalam negara maupun parti yang dulunya dialah presidennya. Ada orang yang membencinya dan ada yang masih ta'sub kepadanya. Demikianlah ragam dunia. Setiap kebencian, adalah kesayangannya.

Namun, jika kita perhatikan, kepanjangan umur Tun Dr. Mahathir itu merupakan salah satu bentuk istidraj yang dikurniakan Allah SWT. Miski dia sudah tidak berada di atas tampuk pemerintahan, kebenciannya kepada tokoh-tokoh dalam perjuangan Islam masih terserlah. Sikapnya terhadap undang-undang hudud tidak berubah. Dia juga sudah lupa banyak perkara. Apa yang didendangkan dulu kini ditentangnya. Dia pernah menyerang raja-raja Melayu dan melancarkan kempen perlucutan kuasa prerogatif raja-raja Melayu. Kini, dia kembali marah kepada sesiapa yang mengkritik raja Melayu, seperti kejadian terbaru melibatkan Aziz Bari.


Ya Allah...Kau simpankan umur Dr. Mahathir itu untuk 50 tahun lagi...

Momokan derhaka sudah lapuk.

Prof Dr. Aziz Bari dilebelkan oleh Dr. Mahathir sebagai kurang ajar kerana mengkritik tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam kes yang melibatkan sebuah gereja Methodis di Damansara Utama baru-baru ini. Beberapa laporan polis juga dibuat oleh pihak tertentu ke atasnya. Beliau kemudiannya dianggap derhaka kepada raja.

Di zaman Tok Kaduk dulu,  kalau derhaka raja hukumannya sangat berat. Diriwayatkan dalam sejarah Melayu, Hang Jebat yang derhaka kepada Sultan Melaka, setelah kematiannya,rumahnya dicabut tiangnya dan dibuang ke laut. Termasuk juga tapak rumahnya dikorek dan dibuang ke laut. Begitu cemar dan najis kalau derhaka raja. Itulah tahap pemikiran orang Melayu di zaman itu. Sehingga apa sahaja yang raja buat, betul semua. Tun Biajid yang pulang dari misi khidmat buat negeri Melaka, ketika sampai di pintu pagar rumahnya, dilihatnya raja Melaka baru keluar dari rumahnya. Dia pun tahu bahawa raja tersebut telah bermukah dengan isterinya. Hanya sekadar mengisar ulu keris, dia disabarkan oleh khurafat pantang derhaka.

Hari ini, di zaman milineum,masih ada lagi Melayu yang bercakap dengan bahasa yang sama. Otak kemetot dan sukar berfikir waras.Raja dianggap maksum dan tidak boleh dikritik. Macam zaman Gelap di eropah dulu. Di kala itu, kuasa gereja yang dilihat maksum dan lebih tinggi dari kuasa raja. Apa sahaja yang gereja buat, hatta raja pun kena taat.Lalu,masyarakat tinggal dalam gelap sehinggalah muncullah zaman "renaissance".

Sunday, October 16, 2011

Sultan Brunei Contoh Ulil Amri

Sultan Brunei dilaporkan positif terhadap perlakksanaan undnag-undang Syariah dalam negerinya. Katanya masanya sudah tiba untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Itu barulah Sultan yang memelihara agama Islam. Bukan cakap kosong untuk memelihara Islam, tetapi undang-undang Islam tidak dibela.

Kekadang, orang kita ini merasakan kedudukan Sultan itu lebih hebat dari Islam. Islam berada di bawah Sultan. Padahal, tiada sultan jika Islam tidak dianut masyarakat Melayu.

Kampung MPS

Jaulah hari ini ialah ke kampung MPS. Aku bersama kumpulan TPJ dan beberapa individu lain. Kampung MPS tidak seindah namanya. Ia hanya sebuah nama kampung haram yang disandarkan nama kepada MPS. Aku kira MPS sendiri tidak memberi jaminan survival kampung tersebut. Ini dapat dilihat daripada nombor-nombor yang telah ditulis di setiap buah rumah. Ketika ditanya kepada beberapa penduduk kampung, kata mereka itu adalah nombor bancian. Aku bercakap dengan teman serombongan bahawa bancian itu adalah pra pemusnahan. Sebagaimana nasib rumah setinggan di merata tempat seluruh Sandakan, demikianlah rumah-rumah di kampung MPS itu. Begitulah anggapanku.

Di Sandakan, malah aku kira seluruh Sabah, kerajaan sangat liat untuk memberikan hak pemilikan tanah buat tempat tinggal untuk rakyat. Jika rakyat meneroka sesebuah penempatan, penempatan tersebut akan terus dibuarkan statusnya haram. Bila sampai waktu kerajaan ingin membangunkannya atau menyerahkannya kepada mana-mana pihak termasuk taukey-taukey Cina, ia akan serahkan tanpa memikirkan lagi nasib rakyat yang telah menempatinya puluhan tahun. Apa yang berada dalam kepala pemimpin politik itu ialah bagaimana memaksimakan kekayaan dan hasil negeri. Dengan itu, mereka sendiri akan kaya. Sedangkan rakyat tinggal miskin.

Thursday, October 13, 2011

PPZ...apa ni?

Bukan sekali aku dengar orang dari PPZ  mengatakan bahawa keluarkan zakat kepada pihak lain selain PPZ sebagai tidak sah. Terbaru, seorang kawan memberitahuku bahawa ketika dia menalifon PPZ Sabah menanyakan tentang kadar wajib zakat bagi simpanan barang perihiasan emasnya, dia diberitahu bahawa jika zakatnya itu diberikan kepada sasaran secara sendiri, itu akan hanya dianggap sebagai sedekah biasa. Yang menjadi zakat,hanya jika diserahkan kepada PPZ. Ini tentu mengelirukan.

Logik mudah yang aku tegaskan kepada kawanku, tanyalah PPZ itu, apakah hukumnya zakat yang telah diberikan kepada fakir miskin dan lain-lain mustahaqqin oleh meeka yang hidup di zaman sebelum ada PPZ itu? Mungkin jawapan yang diberikan ialah ia zakat kerana belum ada Pusat Zakat. Sekarang, sesudah ada Pusat Zakat, ia tidak sahlagi. Kalau begitu, hukum Islam berubah mengikut zaman? Yang dulu hram mungkin halallah sekarang?

PPZ  ini gelabah sahaja. Mahu kaut untung lebih. 

Monday, October 10, 2011

Kampung Sundang Laut

Menyelit masuk ke perkampungan Sundang Laut hari ini, memeberikan pengalaman baru kepadaku dan teman-teman semisi. Sebuah perkampungan yang sebahagian besar rumah-rumahnya dibina di atas air. Selama hampir  8 tahun aku berkelana di bumi Sandakan, inilah kali pertama  masuk ke perkampungan itu. Letaknya di kawasan Batu Sapi.  Rata-rata penghuninya adalah bangsa Melayu dari suku-suku seperti Bajau, Suluk dan Bugis. Terdapat ramai juga yang merupakan pendatang asing yang ketika ditanya mengatakan pemegang pasport. Tidak tau sejauh mana meeka memiliki pasport. 

Ketika bertemu dengan pakcik Hussin, dia mendakwa dia adalah pengerusi masjid Al-Hassan.  Dia membukakan pintu untuk kami meninjau di dalamnya sambil menawarkan kepada kami untuk mengadakan kuliah dan ceramah.

Di kampung Sundang Laut ini juga, menurut salah seorang warganya ketika ditanya, terdapat 10 unit rumah PPRT yang dibina di bawah projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.



Saturday, October 08, 2011

Sumber kebahagiaan

Kebahagiaan dalam dunia, menurut apa yang disabdakan nabi SAW, terletak kepada 3 perkara yang manusia miliki. Tiga perkara itu ialah isteri yang solehah, rumah tangga yang selesa dan jiran yang baik. Tiga perkara paling dekat dan sangat mempengaruhi mood seseorang. Sebab itu, jika salah satu daripadanya hilang daripada kehidupan seseorang, akan cacatlah kebahagiaannya.

Bukan semua orang mempunyainya. Kekadang, seseorang itu ada isteri yang solehah, tetapi hidupnya di rumah yang tidak selesa. Tidak selesa bukan sebab sempitnya tetapi kerana hilangnya sifat-sifat sebuah rumah yang selesa seperti, luas, memberikan istirehat dan menjaga diri daripada bahaya. Ada yang ada rumah selesa tetapi jiran pula bermasalah. Hilang juga kebahagiaannya. Sekalipun ada semuanyanya, kalau isteri pula membuat onar, manakan bahagia juga.

Ya Allah...kurniakan aku kebahagiaan mengikut apa jalan yang kau takdirkan!

LCD Projector dan Kuliah IT

Hari ini, aku melunaskan amanah yang diberikan oleh pengerusi masjid Al-Fajr untuk membelikan sebuah LCD Projector bagi kegunaan masjid. Setelah meninjau pelbagai jenama yang ada di kedai-kedai komputer yang popular di Sandakan, aku mengambil keputusan untuk membeli LCD Projector berjenama NEC. Harganya ialah RM1499.00

Insya Allah, malam ini LCD Projector tersebut akan dirasmikan penggunaannya oleh Cikgu Mahadir menyampaikan kuliah IT yang pertama. Semoga dengan mewujudkkan kuliah IT ala kuliah maghrib ini akan menarik minta generasi muda untuk menggantungkan hati di masjid.

Naila Amani

Adikkku yang bongsu baru melahirkan anaknya yang pertama. Dia mengirimkan pesanan ringkas melalui handphone bertanyaku tentang maksud nama Haifa Batrisya.  Mungkin kerana dia berkira-kira ingin meletakkan nama tersebut.  Aku katakan nama tersebut sukar bagiku mencari maknanya. Dalam buku nama-nama yang baik untuk anak, nama tersebut diertikan sebagai perempuan langsing yang cerdik dan pintar. Tetapi nama Haifa itu menemukan aku dengan nama seorang model, pelakun dan penyanyi Arab Labenon yang seksi bernama Haifa Wahbi. Haifa juga adalah nama sebuah  bandar utama di antara bandar-bandar dalam negara haram Israel. Sementara Batrisya yang dikatakan bermaksud cerdik dan pintar, aku belum dapat mengesahkannya. Rasanya perkataan itu bukan asli bahasa Arabnya. 

Maka, aku menawarkan beberapa nama pilihan yang lain. Antaranya Naila Amani, Naila Ulya, Wafa Wahidah, Safwa Salimah, Ruhah Raihanah, Nafisah Bararah dan A'yan Tsabitah. Akhirnya adikku memilih nama Naila Amani. Aku menterjemahkannya sebagai mencapai cita-citaku. Kira bolehlah diterima.

Semoga Naila Amani menjadi anak yang solehah. Allahumma Ameen!

Bergentayangan belakang layar

Dewasa ini, ramai pula ilmuan yang hanya beradi berada di belakang tabir. Ilmuan jenis ini adalah yang tidak punya jatidiri dan tidak berkeyakinan. Lebih daripada itu, mereka adalah dari jenis yang hanya suka bercakap(atau menulis) tetapi tidak betah beramal. Kalau bercakap, memang mereka pintar. Kalau menulis, lancar sahaja dakwatnya yang tumpah. Tetapi, apabila disuruh beraksi dan berdepan dengan masalah masyarakat, mereka surut. Sudah tentu mereka ini tidak akan hanya dicukupkan Allah hanya melalui kata-kata dan tulisan mereka.  Mereka akan dipersoalkan mengenai apa yang dilakukan.


Dalam facebook ramai manusia sebegini. Kekadang, mereka hanya menggunakan nama samaran dan tidak berani pula mendedahkan siapa mereka sebenarnya. Ibarat pepatah Melayu, lempar batu sembunyi tangan.

Wednesday, October 05, 2011

Kera disusukan

Syarikat-syarikat,termasuk Bandan-badan berkanun yang datang dari Semenanjung dna beriperasi di Sabah meletakkan pegawai-pegawai dari Semenanjung mendudukan jabatan penting. Umpamanya, berlaku kes dalam FELDA Sabah,seorang pengurus menguruskan 4 buah ladang.Pengurus itu pula didatangkan dari Semenanjung.  Keadaan ini menimbulkan ketidakpuasan  hati warga Sabah. Rasa tidak puas hati ini diluahkan kepadaku oleh seorang rakan guru.  Menurutnya,isu ini, jika dapat dimanipulasikan secukupnya oleh pembangkang, ia akan menjadi pukulan maut buat kerajaan UMNO-BN di Sabah.

Perihal menafikan hak anak tempatan dalam pos tertentu ini telah disedari ramai orang. Ada pemimpin BN sabah sendiri yang mengeluhkan mengenainya.

Mengapa? Apakah anak Sabah belumcukup yang profesional? Atau ada udang di balik akar kelapa Sawit??

Tak payah naik gaji....asalkan...

Rakan-rakan guru membayangkan keseronakan jika semasa pembentangan belanjawan nanti PM mengumunkan kenaikan gaji kakitangan awam. Adalah dijangkakan sebanyak 40% kenaikan gaji selain daripada beberapa rombakan lain. Nampaknya, demikianlah harapan yang masih disandarkan kepada kerajaan UMNO-BN setiaptahun bila masa pembentangan belanjawan negara menjadi bual bicara.

Namun, aku secara peribadi tidak mengharapkan sebarang kenaikan gaji melalui pengumuman kerajaan dalam pembentangan belanjawan. Aku sudah masak dengan kerenah kerajaan yang pastinya akan menjadikan kenaikan gaji itu alasan mewajarkan kenaikan cukai dalam tempoh masa sesudahnya. Kerajaan sudah pun mengura-urakan untuk memperkenalkan GST tetapi ditangguhkan. Tambahan cukai ke atas tambah nilai kad top up juga hanya menunggu masa untuk dilaksanakan. Berbagai-bagai cukai yang lain sedang dalam perhatian dan kemungkinan akan dikenakan. 

Tanpa menimbangkan kesengsaraan rakyat,hanya bersandarkan bebanan subsidi,kerajaan menaikkan harga minyak secara bersiri. 

Semua ini akan lebih rancak jika kenaikan gaji berlaku. 
Pihak yang sengsara adalah rakyat. Rakyat terbanyak bukannya kakitangan awam,sebaliknya yang bekerja sendiri. Banagimana dengan nasib petani,nelayan dan peniaga kecil dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup akibat cukai-cukai baru yang dikenakan bagi menyeimbangkan semula sumber negara akibat kenaikan gaji?

Tak payah naik gaji...turunkan sahaja harga barang dan lupuskan sebahagian cukai tidak perlu dan yang menyusahkan rakyat terbanyak. Itu lebih baik.

Tuesday, October 04, 2011

Dosa itu kegelapan

Dosa itu menjadikan gelap dalam dada. Anda dapat merasakan kegelapan itu bila anda berbuat dosa. Kegelapan yang dirasai itu hanya disedari oleh mereka yang nuraninya masih halus.Bagi seorang yang telah karam dan lemas dalam dosa, tidak lagi dia dapat merasakan kegelapan tersebut. Seumpama seorang yang telah biasa makan pedas,tidak ada lagi maknanya pedas cili.

Justeru, untuk mendapat ketenangan, seseorang itu perlu mensucikan hatinya.

Monday, October 03, 2011

PTI satu peluang

Bagaimana menangani masalah PTI di negeri Sabah? Hari ini kerajaan memburu,menangkap dan menghantar mereka balik ke negeri asal. Mereka dinafikan peluang termasuk pendidikan,kesihatan dan perniagaan. Mereka bertempiaran lari dan mencari perlindungan di kampung-kapung setinggan, dlamhutan dan sebagainya.Yang ditahan di pusat tahanan,kerajaan terpaksa belanjaan jutaan ringgit untuk menguruskannya. Sementara, yang telah dihantar balik ke negara asal, akhirnya datang balik sebagai pendatang tanpa izin seterusnya.

Kebanyakan PTI ini beragama Islam. Mereka datang dari Indonesia dan Filipina.Jika diamati, tentunya kehadiran PTI ini untuk jangka panjang akan memberi kredit kepada perjuangan Islam. Generasi pertama PTI mungkin akan terhutang budi dengan kerajaan BN kerana mengurniakan IC projek kepada mereka. Namun,generasi kedua tidak akan lagi terikat dengan budi tersebut. Mereka inlah sasaran yang perlu didekati oleh gerakan Islam.

Perjuangan Islam itu memerlukan masa yang panjang untuk merubah keadaan.Justeru, jangan dihirau sangat kerugian hari ini jika kita nampak keuntungan di masa depan.

Sunday, October 02, 2011

Wehdatul Fikri Tidak Melahirkan Wehdatul Amal

Kalau kita meneliti pelbagai keadaan sama ada dalam bentuk penulisan, percakapan dan perbuatan, kita akan melihat agak ramai yang mendokong perjuangan Islam. Dengan pelbagai sebab, mereka menyokong perjuangan Islam. Ada yang menyokong kerana bencikan kerajaan sekular, ada yang kerana kagum tokoh tertentu dan malahan ada yang menyokong kerana keinsafan mengenai perlunya menyokong perjuangan Islam. Ia memperlihatkan semacam kesatuan dalam pemikiran. Namun, kesatuan dalam fikiran (wehdatul fikri) itu tidak cukup untuk menjelmakan kesatuan dalam beramal (wehdatul amal).

Untuk mencari orang yang cakap berdegar mengenai Islam, berlambak di kedai kopi dan kini di laman sosial seperti facebook. Namun, sekadar bercakap, ia lebih memungkinkan seseornag itu mengundang kemurkaan Allah SWT.  Allah sangat benci kepada orang yang berkata apa yang dia tidak lakukan.

Ketika sebahagian orang sibuk bekerja untuk membangunkan batu batu jemaah, ada sebahagian yang mengaku bersama jemaah sibuk membangunkan timbunan ringgitnya dan juga mendodoi anak dan isterinya yang manja. Bercakap memang bersemangat, tetapi bila bekerja untuk Islam, ia menjadi berat. Bila bercakap mengenai perjuangan Islam, muka merah dan bahasanya berapi, tetapi, tatkala diajak ke lapangan mencari ruang membangunkan jemaah, dia pun menjadi berat. 

Inilah contoh orang yang memiliki satu pemikiran dengan pejuang Islam tetapi bukan bersama dalam amal perjuangan.

Sungguh mengecewakan.