Pejuang nasonalis itu lahir dan berjuang tanpa hubungan yang kuat dengan pejuang seumpamanya pada zaman sebelumnya. Hayat perjuangannya singkat cuma. Ini kerana hayat sesuatu bangsa tidak lama. Ada satu bangsa yang pernah lahir di dunia, kini telah sirna dari muba bumi. Kita tidak kenal lagi bangsa yang bernama Add, Tsamud dan Madyan yang disebut nama mereka dalam Al-Quran. Bangsa-bangsa yang ada pada hari ini juga tidak ada jaminan akan terus kekal di bumi. Sebab itu perjuangan nasionalis tidak akan kekal lama. Ia bermula pada satu tempoh terdahulu yang dekat sahaja.
Lainnya halnya perjuangan Islam. Ia telah lama dan akan lestari selama ada dunia ini.
Sebab itu, ketika mana Dr. Mahathir bertentangan dengan TG Nik Abdul Aziz bertentangan mengenai perjuangan bangsa Melayu dan perjuangan Islam, aku melihat Dr. Mahathir cuma menggoncang sebatang pohon yang kukuh mengakar sejak berzaman. Sebelum TG. Nik Abdul Aziz sudah ada pendahulu. Bukanlah Beliau perintis kepada perjuangan berasaskan Islam tersebut. Seumur Dr. Mahathir digunakan untuk menggugah jalan perjuangan berasaskan Islam, ia akan mati dengan kegagalan pada akhirnya.
Perjuangan Islam punya mata rantai yang kukuh. Ia laksana barang tembikar yang kekal di bumi. Sedangkan perjuangan nasionali umpama buih di permukaan air. Perjuangan Islam laksanan pohon yang akarnya menancap di bumi sedangkan dahan menggapai langit. Perjuangan Nasionalis pula hanya seumpama debu tanah yang kelak bakal dihamburkan oleh tiupan angin.
No comments:
Post a Comment