Duduk makan-makan di kanten hari ini, aku bercakap dengan Mr. GB mengenai laskar masa lalu kami. Aku dengan laskar kampung kawasan ulu negeri Kedah manakala Mr. GB dengan laskar kehidupan pulau Nunuyan yang dikelilingi laut. Kami sama-sama menyetujui bahawa keindahan zaman lalu di mana alamnya kaya dengan khazanah semulajadinya, telah sirna dan tidak mungkin diputar kembali.
Rasanya, kalau bisa diputar, mahu kami memutarkannya. Aku, dalam seusia penghujung 30-an menyimpan kenangan kehidupan masa kecilku yang tinggal di kampung yang masih dikelilingi hutan rimba yang masih dara. Aku mengimbau buah-buahan hutan yang jenuh di kampungku. Terkenang kepada sungai dan sikap ibu bapa kanak-kanak kampungku yang memberi kebebasan penuh untu bermandi manda di sungai. Burung dan mergastua yang jenuh serta pokok-pokok yang berselirat akar.
Mr. GB mengimbau kenangan kampungnya yang kaya dengan ikan, udang, kepah dan bermacam-macam kehidupan laut. Jernih dan bersih air pantainya kini cuma tinggal kenangan. Udang boleh disauk dari bawah rumahnya di pulau Nunuyan. Dalam usianya yang menghampiri 60 tahun, imbauan itu sungguh menggamit shahdu. Kini tinggal kenangan yang manis dikenang tetapi pahit menganggung kehilangan.
Dunia sebenarnya sudah mendekati kiamat.
No comments:
Post a Comment