Necmettin Erbakan, seorang mahaguru politik Islam dari Turki telah berpulang menemui Rabnya. Di bumi yang sama juga telah lahirnya seorang guru politik sekular bernama Mustafa Kamal At-Tarturk. Presiden Turki sekarang, Abdullah Gul dan perdana menterinya Recep Tayyip Erdogan merupakan murid kepada Necmettin Erbakan. Di seluruh dunia, ramai yang mengkagumi Necmettin Erbakan. Mereka adalah ahli politik berhaluan Islam yang berjuang di negara masing-masing.
Malangnya, ada orang yang menjadikan gurunya adalah Mustafa Kamal At-Tarturk. Manusia yang dicela ummat kerana kerosakan yang dibuatnya terhadap negara Turki secara khusus dan dunia Islam secara umum, disanjung pula oleh murid politiknya. Murid politiknya ada di seluruh dunia sebagai mana ada pula murid politik insan bernama Necmettin Erbakan.
Tentu kita tidak dapat melupakan kata-kata yang pernah diungkapkan oleh orang ternama yang dipanggil negarawan dalam negara kita bahawa Mustafa Kamal At-Tarturk memberikan sumbangan besar kepada Islam kerana pendekatan progresifnya. Kerana, itulah guru politiknya. Kini, ilmu politik Mustafa Kamal At-Tarturk itu dipanuti pula oleh penerusnya. Penerusnya itulah yang menjadi dedalu yang mendokong sekularisme dalam negara Ummat Islam.
Ketika fajar Islam telah berkuasa, kita akan menimbus semua nama yang berguru kepada Mustafa Kamal At-Tarturk. Kita akan kenang insan seperti Necmettin Erbakan dan murid politiknya yang telah menyumbang untuk kebangkitan Islam. Dialah guru yang perlu kita pelajari ilmu politiknya.
No comments:
Post a Comment