Moshe Yaloon
Menteri Urusan Strategi kerajaan haram Israel berkata bahawa demokrasi adalah sistem yang gagal kerana ia telah melahirkan Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin dan Hizbullah yang sedang mengembangkan pengaruhnya di Lubnan. Beliau berkata demikian dalam siaran rodio tentera yang dipancarkan pada pagi selasa kelmarin. Sambil menegaskan kegagalan sistem domokrasi, beliau mengingatkan kerajaan sementara Mesir yang dipertanggungjawabkan untuk menyerahkan kuasa kepada sivil melalui piliharaya akan berdepan dengan kebangkitan Ikhwanul Muslimin.Sementara, apa yang sedang berlaku di Libya pula merupakan manifestasi pancaran sifat semulajadi manusia yang inginkan hidup merdeka dan mulia.
Dakwann Moshe Yaloon bahawa demokrasi sistem yang gagal kerana ia merugikan Israel hendaklah menyedarkan kita bahawa ia menjadi senjata yang boleh memenangkan Islam. Negara Barat sendiri yang mencipta nama sistem itu dan merangka peraturannya serta menyebarkannya, kini berdepan dengan dilema. Demokrasi telah menjadi "backfire" terhadap kepentingan mereka dan sekutu-sekutu mereka. Anak manja negara penaja demookrasi dunia, Amerika Syarikat, iaitu Israel sendiri, kini sedang merenggek ketakutan terhadap apa yang akan lahir dari demokrasi.
Sebab itu, penentangan sesetengah pihak terhadap sistem demokrasi dengan beralasankan ia sistem yang diciptakan manusia kafir, maka ia adalah sistem kufur, patutlah dinilai dengan saksama. Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah antara ulama yang menyokong demokrasi dikembangkan dalam negara Islam terutama dari dimensi pemilihan pemimpin. Demokrasi adalah jauh lebih baik daripada sistem "istibdadiyyah" yang sehingga kini membelenggu kebanyakan negara ummat Islam.
Kebangkitan rakyat Arab hari ini adalah sebahagian daripada tuntutan demokrasi yang sebenarnya ada dalam naluri manusia yang bermaruah dan merdeka.
No comments:
Post a Comment