CARI BAHAN

Friday, March 13, 2020

Kuasa mengubah cara ahli politik.

Pernah dulu, saya berbincang-bincang dengan seorang teman sekampung tentang hal ehwal politik. Temanku ini sangat marah dengan perkembanngan politik pada masa itu yang memperlihatkan keberanian menteri-menteri Cina. Senag cerita , menteri DAPlah. Kata kawanku ini, menteri Melayu yang ada, tiada telur. Tidak berani membela agama dan bangsa!

Aku berfikir tentang apa yang dia katakan itu. Mungkin ada benarnya. Tapi aku cuba memberi excuse (pertimbangan) buat para menteri Melayu itu. Kataku, memang bila jadi menteri yang memegang kerajaan, begitulah caranya. Masa jadi pembangkang, cakap ikut sedap dan tak payah fikir apa resikonya. Jadi menteri , setiap buah katanya akan mencanai hubungan kaum, budaya Malaysia dan tatakerama bernegara. 

Masa itu kawanku itu tidak berapa boleh terima. Padanya, berkatalah benar walaupun pahit. Membujur lalu melintang patah. Dalam isu jawi, tak payah ada ada kompromi. Tak perlu bincang. Ini negara kita dan kita berhak laksanakan dasar apa yang kita mahu. Dong Zong pertubuhan yang wajib diharamkan. Tidak perlu lagi bawa bincang. Para menteri waktu itu bodoh dan lemah. 

Aku kata menteri bukan macam kita. Kita boleh sembur sahaja. Mereka kena fikir banyak perkara. Mereka arkitek negara. Mereka bukan anai-anai macam kita.

Apa yang aku katakan boleh dilihat hari ini. Menteri baru yang dilantik dewasa ini, ada sejarah keras dalam kata-kata dan idea-idea mereka yang ekstrem. Apakah semua yang diucapkan masa jadi pembangkang akan dapat direalisasikan? 

Aku boleh maafkan kerana kalau aku sendiripun jadi menteri, lain yang perlu aku buat berbanding masa sebelum jadi menteri.Menteri kena jaga batu bata negara.  Sebab itu jangan terkesima kalau ada menteri kata ' kita akan bincang dengan Dong Zong pasal isu Jawi". Lembut pula bunyinya.  Jangan terkejut beruk kalau ada kata "syarikat penerbangan dicadangkan agar membenarkan pramugarinya berpakaian menutup aurat". Kenapa dicadangkan pula? Arahkan sahaja. Bukankah kuasa sudah dalam tangan?

Kita akan jumpa dan dengar ungkapan lunak dan berbasa basi yang merimaskan.  Kita mungkin menggetap gigi dan bibir kerana geram. Tapi sabarlah. Kita bukan mendapat para nabi atau malaikat yang menjadi gembala kita.

Ini semua hukum politik. Nak berpolitik kena cerdik. Orang tak cerdik tak payah main politik. Politik juga kena ada banyak comouflage. Cakap tak serupa bikin, lain dulu lain sekarang, telunjuk lurus kelingkin berkait adalah alat-alat politik yang tidak dapat dilarikan  diri daripadanya.

Kecuali....

Kecuali orang diberi rahmat oleh Allah dalam medan politik.

Antara pendekkan khutbah dengan batalkan Solat Jumaat.

Dr. Zulkifli Al-Bakri kata solat Jumaat diteruskan, tapi khutbah dipendekkan.Ia sebagai respon terhadap penularan Covic 19 sekarang ini.

Mufti Perlis, Dr. Maza dalam satu kuliahnya mempersoalkan arahan menteri agama itu kerana dia tidak punya bidangkuasa di negeri-negeri. Kecuali , katanya jika menteri agama menggunakan ayat bahawa dia mencadangkan. Namun, Dr. Maza mengakui bahawa Dr. Zul tentu tahu tentang hal itu. Itu bukan isu.

Dr. Maza juga timbulkan persoalan memendekkan khutbah itu, ia satu yang perlu dibuktikan secara santifik dapat mengurangkan resiko Covic 19. Apakah ada beza terhadap penularan wabak antara khutbah yang panjang dengan khutbah yang pendek.?

Hari ini, Jumaat, 13 Mac 2020, negeri Perlis yang Dr. Maza sebagai muftinya, telah keluarkan arahan supaya solat Jumaat dibatalkan di semua masjid dalam negeri Perlis dan digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing.

Timbul pula persoalan yang sama. Apakah ada pembuktian saintifik yang menunjukkan ada beza terhadap penularan wabak Covic19 antara ada Jumaat dengan tiada Jumaat? Jika hanya sangkaan sahaja, maka samalah dengan cadangan memendekkan khutbah jumaat oleh Dr. Zulkifli itu. Kadang-kadang kita nampak cacatnya cadangan orang tetapi tidak sedar ketempangan rancangan kita.

Kekadang, timbul sangkaan dalam hati saya, negeri Perlis terlalu capat kerana ia mahu mendahulu dalam sesuatu perkara. Sebelum negeri lain buat, biar Perlis buat dulu. Perlis jadi lambang keberanian dna ketegasan. Keyakinan dan kepantasan bertindak.

Sebenarnya, bukan isunya boleh atau tidak solat Jumaat dibatalkan. Orang ramai akur dengan kaedah usul fekah yang dipakai sehingga ke  peringkat boleh meninggalkan yang wajib sekalipun. Cuma, isunya ialah, sesuatu yang dibolehkan itu perlu atau tidak. Sama seperti kes di Perlis, berkaitan kebenaran mengbinkan anak luar nikah dengan bapa biologinya. Bukan isu boleh atau tidak. Kita akur bahawa iada khilaf di sana. namun, apakah ia perlu ? Melihat kepada konflik yang bakal terjadi berikutan keputusan itu, apakah ia benar-benar perlu?.



Moga Allah ampunkan daku jika sangkaanku itu buruk dan tidak wajar. Apa dayaku untuk menepis sangkaan, kerana ia datang tanpa disangka!

Thursday, March 12, 2020

Agama, bangsa dan negara hanya tunggangan!

Kononnya, demi agama bangsa dan negara. 

Aku amat susah untuk percaya. Tatkala apa yang diimpikan sudah berada dalam genggaman, barulah hakikat sebenar akan kelihatan. Demi agamakah, jika kemudiannya berebut pangkat dan kedudukan? Timbul ketidakpusan hati kerana sianu sianu dapat jawatan sedangkan diri sendiri tiada.Demi bangsakah apabila lupalah soal nasib bangsa apabila perebutan jawatan mula menjadi ratib siang dan malam?

Demi negarakah? padahal negara sedang dihimpit masalah ekonomi dna kesihatan. Sementara apa yang dirisaukan setiap hari adalah soal pangkat dan kedudukan. Yang menggundahkan soal kepentingan kelompook.

Sebenarnya, sepertimana agama sering jaid tunggangan, demikian bangsa dan negara menjaid tunggangan!

Monday, March 02, 2020

Pelajaran dari sejarah

Saya mengandaikan, kerajaan yang baru didirikan itu akan berdepan dengan laluan sukar. Kesukaran paling utama ialah kepercayaan satu sama lain. Setiap daripada blog yang bergabung akan mempunyai rasa curiga satu sama lain. Blog Mahyuddin tidak sepernuhnya percaya kepada blog Azmin. Blog UMNO pula tidak percaya sepenuhnya kepada blog Bersatu. Blog Pas ada sejarah hitam dengan blog UMNO tetapi dilupakan apabila dapat disatukan dengan satu semangat  visi yang serupa iaitu menumpaskan DAP.  Setelah semangat dan visi itu tiada lagi kerana telah tercapai, akan timbullah semula penyakit lama. Ini ragam orang bersengketa. 

Menguruskan manusia amat rencam. Apalagi menguruskan manusia yang berlegar di sekitar pentas kuasa.

Kita pernah dengar bagaimana Khalifah Jaafar Abu Mansur, sebelum beliau mencapai puncak kuasa, dia banyak bergantung dengan Abu Muslim Al-Khurasani. namun, setelah dia meraih puncak kuasa, dia pun curiga kepada Abu Muslim. Abu Muslim akhirnya dimakarnya sehingga berjaya dibunuh. Demikian, demi survival politiknya, Abu Jaafar Al-mansur telah menyingkir beberapa rakan yang pernah sama perjuangan dengannya.

Demikianlah politik dan pengkhianatan akan berputar. Inilah pelajaran daripada sejarah.

Saturday, February 29, 2020

Supaya tidak jadi muflis.

Banyak benda yang mahu kutulis!

Tapi...aku tahan kerana memikirkan ia mungkin dosa. Dosa kerana ada prasangka dan ketidakjelasan. Dalam dunia maya banyak sekali para gentayangan yang menebar onak. Jika aku menulis dan mengambil onak-onak itu, aku hanya merugikan diri.

Aku peringatkan diri, yang ini dosa. Lalu aku diamkan. Aku tidak mengetik jariku mengulas. Aku tidak menambah garam dalam luka.

Mereka yang ghairah membebel dalam dunia kanvas maya, kelak di hari muka akan melihat penyesalam diri.

Ya Allah...pelihara diriku daripada jadi muflis!

Friday, February 28, 2020

Mendapat kuasa dan hilang kuasa

Kelmarin orang lain berkuasa. Hari ini orang lain. Esok orang lain pula. Putaran roda kuasa bukanlah satu hal yang perlu digundahkan. Ia juga bukan satu hal yang perlu dibanggakan.  Bukan juga hal yang besar. Ia rutin hidup dan sering berlaku.

Tuesday, February 25, 2020

Who have the Numbers?

Tun Dr. Mahathir Muhamamd kini jadi Perdana Menteri Interim. Keadaan politik dalam negara tidak menentu kini. Siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini, masih belum terdedah. Namun ia sudah tercatat di Luh Mahfuz. Allah yang tahu dan kita cuma mampu menduga-duga. Sebagaimana lazim, dugaan kita selalu juga terpeleset. Hari ini, pakar politik boleh bergebang dengan pengacara TV, tapi tidak ada siapa yang benar-benar yakin dengan teorinya. Tun Dr. Mahathir Muhamamd mungkin sudah ada garis perancangannya. Siapa yang mahu diserahkan sebagai pegantinya. Namun, hanya ketentuan Allah akan menjadi keputusan muktamad.

Inilah akidah dan pegangan bagi orang yang beriman. Allah yang menentukan. manusia boleh merancang dan berusaha. Kesudahannya, akan berlakulah apa yang Allah mahu.

Juak-juak UMNO sedang bergentayangan pada hari ini menyusun strategi mengambil alih kepimpinman negara. Demikian pula saki baki penerus legasi PH, khasnya Anwar dan rakan-rakan setia PKRnya, mereka juga tentu sedang bekerja keras memerah otak dan menuras tenaga untuk mengumpulkan kekuatan.

Isu sekarang , paling menjadi tumpuan adalah :"Do I have teh numbers?"

Hukum demokrasi memang begitu. Siapa yang paling banyak sokongan, maka dia akan diangkat!

Sunday, January 26, 2020

HIKAYAT DENDAM

Saya tak tahulah, betul ke tidak. Kata orang tuan dendam kepadanya. Dendam tuan berkarat dan berselaput lumut.Memang payah nak buang rasa dendam dalam hati. Itu memang diakui oleh orang-orang yang ada pengalaman menyimpan dendam. Andainya mati bangkit semula, dendam yang bertapa dalam hati belum tentu dapat dileraikan.

Tapi, betapapun tuan mendendaminya, jika sudah suratan Tuhan "Kun Fayakun", akan berlakulah apa yang tuan takutkan. Apa yang tuan selalu amarankan tentang musuh tuan itu, dengan kehendak Tuhan, akan terjadi jua. Kekadang Tuhan berpihak kepada orang berdosa berbanding abid berpahala ribu laksa. Malahan kekadang, Tuhan berpihak kepada orang kafir berbanding ornag yang beriman. Tuan ada hikmahNya yang tidak terjangkau oleh kita.

Tuan memang nampak berbulu dengannya walaupun tuan cuba menutup perasaan itu. Daripada kata-kata tuan, orang boleh faham bahawa tuan tidak suka pada si folan itu. Suka atau tidak suka, bukan tuan yang menentukan masa depan. Sedikit masa lagi, alam yang berkabus dan penuh tandatanya ini akan terbuka. Tidak tahulah jika senadainya yang terpampang depan mata apa yang bertentangan dengan kemahuan tuan, di manakah tuan akan sorokkan muka tuan.

Tak baik menyimpan dendam. Kalau tuan dendam kepadanya, uraikanlah. Demi kesejahteraan kampung halaman, tuan usah bersengketa dengannya.

Friday, January 17, 2020

Kenapa jadi pemimpin?

Para pemimpin bercakap tentang kereta rasmi yang perlu ditukar, harga beratus ribu, patuit dicela. Kenapa para pemimpin hari ini melihat kereta rasmi itu sebagai hal yang penting dan perlu? Apakah tidak molek jika pemimpin guna kereta sendiri ketika bertugas dan tak payah ada kereta rasmi. Kalau nak ada pun, biarlah kereta yang murah sahaja. Kereta yang sama dengan kereta kebanyakan rakyat. 

Berapa ramai kakitangan awam yang menjalankan tugas negara, pakai kereta sendiri. Kemudian buat tuntutan kos sahaja. Kekadang habuk pun tak dapat. Namun, tetap jalankan tugas berikutnya dengan gunakan kereta sendiri..

Ini, para pemimpin bertubuh belang-belang, ketika hendak menghalalkan pembelian kereta rasmi, beri alasan, sudah 10 tahun tak tukar kereta. Sudah ditukar, kereta mahal pula yang dipilih. Padahal rakyat yang mengangkat mereka ada yang masih berbasikal rantai kendur. Motosikal pun seat cabuk. Kereta pun asyik meragam. 

Sejak bila budaya pemimpin berkereta rasmi ini ditanam dalam urus tadbir negara? Apakah peraturan itu turun daripada wahyu atau hanya bikinan akal manusia yang mereka-reka gaya hidup para pemimpin. Pemimpin mana yang berhati nurani berani mengubah tradisi bodoh ini?

Jika pemimpin organisasi peringkat rendah, jabatan , pejabat dan sekolah boleh berkereta sendiri dan kemudian klaim perjalanan, mengapa pemimpin politik berlebihan. Hatta minyak tidak perlu isi. Tol pun tak kena. Kos maintanance pun lepas. Namun rakyat tidaklah dibela sunguh-sungguh. Banyak menabur air liur  berjanji itu dan.

Saya mohon mencadangkan-Hapuskan amalan memberi kereta rasmi kepada para pemimpin. Para pemimpin guna kereta sendiri. 

Kelak, orang tak berlumba lagi mahu jadi pemimpin. Hari ini, yang gila mahu jadi pemimpin, masuk bertanding pilihanraya, kebanyakannya kerana tertarik dengan kehidupan sebagai pemimpin yang penuh dengan dodoian. Dapat elaun yang tinggi, rumah besar, driver dan kenderaan rasmi. Sebab itu berlumba dan berebut. Kalau kelebihan itu dihapuskan, maka mereka akan kata:

"Saya tak mahu mahu jadi pemimpin dah...pilihlah orang lain!"

Pemimpin hari ini banyak yang minta dan buru jawatan itu. Allah tidak bersama orang yang minta jawatan! Bila Allah tak bersama, banyaklah pincangnya.

Onar tidak dipadam jasa

Kematian Jen. Qosim Sulaimani, apakah perlu ditangisi atau tidak? Jika tidak ditangisi, apakah bermakna disambut dengan gembira? Apakah perlu dianggap mati syahid? Jika tidak mati syahid, apakah bermakna mati katak? Beliau mati dibunuh oleh tembakan dron milik Amerika Syarikat. Umum tahu bahawa Amerika adalah musuh negara umat Islam. Apakah segala tindakan Amerika perlu ditafsirkan sebagai upaya menikam jasad umat Islam? Apakah mungkin tindakan Amerika itu menjadi tangan ghaib yang membantu kemenangan umat Islam?

Banyak persoalan yang berlegar dalam fikiran massa dewasa ini. Berkaitan isu terbaru pembunuhan Qosim Sulaimani, umat Islam berbelah bagi. Mahu bersimpati atau buat tak endah sahaja? Mahu tangisi atau kata padam muka. 

Tuan Guru Hadi Awang menempelak pihak yang bergembira dengan pembunuhan Jen Qasim Sulaimani. 


Ada yang bergembira bersama Zionis


Adakah orang Islam yang gembira dengan terbunuhnya Jen. Qosim Sulaimani?Menyambut peristiwa pembunuhan itu dengan tepuk tangan dan laungan syukur. Rasanya tak ada. Yang ada mungkin, orang Islam yang tidak simpati. Alasannya seperti yang dikemukakan, sebab dia seorang jeneral Syiah. Syiah menjadi musuh dalam selimut bagi ummat Islam Sunni. Perbuatan Syiah yang mengkhianat sepanjang sejarah tidak bisa dimaafkan. Ditambah pula dengan kelencongan akidah dan menyimpan ritual agama mencela sahabat nabi, itu membuat hati ummat Islam amat terluka.

Terbunuhnya Jen. Qosim Sulaimani itu kecil berbanding amalan Syiah yang berdansa di dada ISlam sambil melaknat Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah. Jika mayatnya dihancurleburkan, simpati atasnya tidak lebih tinggi daripada hati yang luluh mendengar nama Abu Bakar, Umar, Aisyah dan Hafsah dinerakakan.

Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru sehelai. Jenayah dan kebusukan puak Syiah tidka dapat disucikan dengan korban diri dibunuh musuh.

Kalau jasa mahu dilihat, Inggeris juga berjasa atas tanah pertiwa ini. Inggeris bebaskan kita daripada kezaliman penguasa lampau yang autokratik. Bebaskan kita daripada serakah Jepun. Bebaskan kita daripada banjingan komunis. Tapi, apakah kerana jasanya itu, kita menelan lazat seluruh kejahatan dan onar sang Inggeris? 

Jasanya itu kecil berbanding onarnya. Kemujuran adanya Inggeris itu hanya boleh disebut di bibir tapi onarnya  menusuk dalam sanubari sepanjang hayat.

Friday, January 10, 2020

Jadi pemimpin bukan kebanggaan

Pecah berita, Tun M memangku jawatan Menteri Pendidikan sehingga Menteri Pendidikan yang baru dilantik. Aku tak hirau sangat berita ini. Kalau Tun M nak jadi Menteri Pendidikan betul-betul pun tak mengapa. Kalau dia lantik Pak Sameon jadi Menteri Pendidikan pun, itu hak dia. Dia kan ketua kabinet kerajaan. Memang hak dialah sebagai ketua. Soal nak lantik siapa, patut jadi prerogatif ketua. Nanti, kalau orang lain jadi ketua pula, orang lain pula yang dilantiknya.

Kerajaan dan kepimpinan ini pinjaman sementara sahaja. Allah yang punya. Dia boleh berikan siapa sahaja yang Dia mahu. Kita kena yakin itu. Macam mana dia memberikan hidup dan mati, baik dan buruk, macamtulah dia berikan kerajaan dan kepimpinan kepada sesiapa sahaja. Kekadang kita cemas semacam pasal perkara ini. Kita macam orang tak yakin dengan kebijaksanaan Allah. 

Kalau nak rebut dan berjuang dapat jawatan, itu tak mengapalah. Tapi, setelah berlaku, kita kena redha dan usah menggelupur tak ketahuan lagi. Jadi pemimpin bukan keutamaan. Ia bebanan. Orang jadi pemimpin boleh berubah-ubah. Bak kata, kalau malaikat langit turun jadi pemimpin di bumi, malaikat itu sendiri akan berubah jadi musibat. Siapa tahu.

Maka, jangan besar sangat harapan pada orang itu dna ini. Kalau sudha dipimpin seseorang, terimalah demi kesejahteraan negeri. Salah silap boleh ditegur. Sampai waktu hukum benarkan dia dicabar, cabarlah. Ikut lunas peraturan ynag disepakati. Itulah yang Islam suruh. Tidak boleh malukan pemimpin, kacau urus tadbirnya.  

Apapun tak dapat....

Saturday, November 30, 2019

Simptomatik Masyarakat Yang Lemah Jatidiri

Masa kita masih budak-budak, ibu bapa dan datuk nenek menakut-nakutkan kita dengan hantu, pantang dan siap miyal yang pelbagai. Kerana itu, paganisme pernah berkuasa dalam mayarakat kita dan ia terus meninggalkan tunggul gerigis walau kita telah masuk Islam.

Kemudian sekarang ini, kita ditakutkanb oleh perkara-perkara lain yang sebahagiannya prasangka dan mitos belaka. Orang Melayu khususnya ditakutkan dengan Cina. Orang Melayu diancam dengan komunis. Sehingga pasal abu mayat Chin Peng pun naik pucat muka. 


Wednesday, November 27, 2019

Abu Chin Peng.

Chin Peng dah mati. Mayatnya dah dibakar jadi Abu. Jangan jadi bodoh melahirkan kegusaran tentang abunya dibawa balik ke Malaysia. Keluarganya yang mahu bawa balik. Mereka mahu sempurnakan mayat Chin Peng ikut kepercayaan agama mereka. Abu itu khabarnya ditabur ke laut dna juga Banjaran Titiwangsa. Lantaklah nak tabur kat mana pun. Bukan ada kesan pun. Kalau kita takut nanti kalau abu itu menebarkan semula fahaman komunis di Tanah Melayu, itula ketakutan yang tidak berasas. Khurafat! Manusia mati sudah tiada kuasa apa-apa walau masa hidupnya berkuasa. Sudah tutup buku.

Pasal abu mayat Chin Peng, kalau kita tidak pukul gendang, tidak ada siapa yang peduli. Menyimpan dendam tak berkesudahan itu, bukan perangai dan laku orang beriman. Orang yang sudah mati, apa nak peduli. Move on!. Chin Peng itu, masalah keluarganya. Jika ada ahli keluarga yang jahat, tidak semua kaum keluarga perlu dihukum.

Tak adil kalau anak tok iman hisap dadah, tok imam disuruh letak jawatan.  Dosa anak tok imam, dia sendiri yang tanggung. Tok imam tidak boleh disalahkan. Namun, anak tok imam jangan dihina sampai terasa hati tok imam. Buruk macam manapun, darah dagingnya juga.

Begitulah kita memahami isu Chin Peng dan keluaranya ini.

Jangan pukul gendang menyambut kepulangan Abu mayat Chin Peng. Masa hidup dia ditakuti, tak kan bila dah jadi abu masih takut lagi? Peh...hebat sangat kah dia?

Satu lagi, jadi komunis itu pilihannya. Ramai juga yang bukan Cina yang jadi komunis. Macam Rashid maidin, Syamsiah Pakeh dan Mat Indera. Namun, jangan kerana itu kita menutup pintu buatnya. Masa hidup, jika mereka mahu kembali ke pangkal jalan, pintu sentiasa terbuka. Kalau sesudah mati, apa nak diherankan!

Friday, November 01, 2019

Ketiadaan Kemutlakan

Tiada yang mutlak
yang halal bukan mutlak halal
yang haram bukan mutlak haram

ada angkubah yang mengubah

sama ada angkubah itu benar-benar sebuah angkubah
atau ia cuma cetusan bedebah!

Tuesday, October 22, 2019

Antara Antithesis dan Legitimasi

Bila anda membaca sebuah karya yang menelurkan satu pemikiran, lantas anda tidak menyetujuinya, anda pun menulis karya lain yang mengulas dan membangkangnya, maka anda dikatakan telah antithesis. Namun, terdapat pula, kalangan sarjana yang membuat tajuk tesis yang memperkukuhkan satu karya yang lain, maka sarjana itu dinamakan tabriri atau legitimasi kepada karya tersebut.

Sunday, October 20, 2019

ANTARA KALAM ULAMA DAN SEMBANG KEDAI KOPI

Ulama berbicara dengan ilmu. Mereka ada sandaran nas Al-Quran maupun hadis. Sementara kaki sembang kedai kopi, walaupun banyak maklumat dalam kepala mereka, sembang bicara mereka banyak bersandarkan emosi. Emosi tidak memerlukan sandaran nas Al-Quran maupun Hadis. Kerana itu, bicara ulama jangan dibantah oleh kaki sembang kedai kopi.

Orang yang berakal akan menelaah kalam ulama. Kalam para kaki sembang kedai kopi tidak usah ditelaah. Kalau terdengar, dengarlah seperti deruan ombak. Ombak, kekadang menderu syahdu. Kekadang membadai ganas dan suaranya bergemuruh. Dengar dan abaikan sahaja.

Bicara ulama ibarat hujan, menumbuhkan tanaman yang subur dan memberi makan kepada makhluk Tuhan. Namun, bicara kaki sembang kedai kopi, cuma menebarkan kebodohan dan kedungguan. Ia malahan, memercikkan api yang membakar hutan belantara.

Dengarlah kalam ulama dan ambillah pengajaran, sementara kalam kaki sembang kedai kopi, tinggalkan. Ia tidak memberi manfaat buatmu.

Friday, October 18, 2019

MISKIN BUDI KERING AKHLAK

Orang, kalau miskin budi, tidak akan tahu berbahasa. Kalau orang memberi, tidaklah tahu merasa. Walau dapat segunung intan, kalau miskin yang bernama budi, tidaklah mahu mengucapkan terima kasih, apa lagi syukran. Sementelahan, kalau cuma mendapat secebis bucu tikar, para masakin budi hanya akan menjueh bibir, bahkan mungkin meludahi si pemberi.

Demikian, sifat yang melambangkan keringnya akhlak dan cemarnya perangai. Jika yang sedikit, sama-samalah mencecah. Kalau banyak, lapahlah bersama. Itulah lambang melimpahnya akhlak yang terpuji.

Friday, October 04, 2019

Pantun:Salah sendiri segera baiki

asah parang bersama beliung
ikan tenggiri dibahagi-bahagi
Salah orang  jangan dihitung
Salah sendiri  banyak lagi

Pantun: Dengar nasihat ayah

Bukan payah menanam getah
jika sabar dapatlah ganjaran
Nasihat ayah jangan dibantah
Silalah dengar buat pedoman

Esok bakal gerhana

Jika begini
esok gerhanalah
rebahlah pokok-pokok bersujud
bukan kerana lailatul Qodar....

Sunday, September 29, 2019

Seloka Kasih Ayah

Aduhai anak belahan jiwa
dengarlah nasihat seorang ayah
di kala engkau masih kecil
kau disayang separuh mati

Dibelai kasih setiap masa
tiadalah dibenarkan bahaya bertandang
ayah membela dengan kasih sayang
sehingga kini kau dewasa sempurna

sungguhlah besar kasihnya ayah
segala kemahuanmu ayah tunaikan
tangismu menyemai gundah
tawamu membawa rasa bahagia

janganlah lupa penat dan lelah
ayah membelamu di kala kecil
mengajarmu erti hidup dunia
sehingga menjadi orang berguna

Saturday, September 28, 2019

Pantun: Jangan membazir

TIKAR PUCUK TIKAR MENGKUANG
ALAS NIKAH RAJA MELAYU
IKAN BUSUK JANGAN DIBUANG
BUAT PERENCAH SI DAUN KAYU

Pantun 6 Kerat: Bila dapat orang baru

Sarat bermuat ikan cencaru
tidaklah gelama berumpan lagi
kail tersangkut di tepi batang
sudah dapat orang baru
yang lama tidak berkenan lagi
ibarat melukut di tepi gantang

Monday, September 16, 2019

Muwafakat Nasional

Berdekad berlalu
sama-sama melayu sengketa menjadi tepu
kerana politik yang rancu
digamit kuasa palsu

Ketika Melayu berpadu
membuang dendam berdedalu
di pohon bangsa yang satu
katakanlah yang kamu setuju
demi membina masa depan baru.

Mereka yang berpolitik
jangan biarkan akal terus putik
tidak masak-masak ke hujung detik.

Politik itu sayembara pintar
silat pencak siapa lebih  lancar
dialah yang dapat gelar
menjadi juara tuan diyar.

Tiada yang selamanya benar
kerana benar itu berputar
dari satu gelegar ke gelegar

Sunday, September 15, 2019

Sajak Kemerdekaan: Khianat Para Bedebah.

Melaka jatuh
Kerana khianat si Kitol

Banyak riwayat sejarah
menceritakan kisah-kisah kerajaan yang rebah
kerana angkara para bedebah
malam menjelma jadi rubah
sedang siang berpura sebagai merbah

Matinya para para pahlawan
para pejuang sepanjang zaman
kerana ada duri yang ditanam
dalam urat  perjuangan
dari cucu cicit bedebah yang bergentayangan

Sajak Kemerdekaan: Malaysia Negara Bertuah

Betapa bertuahnya negara ini
Negara Malaysia tanah pertiwi
Negara pusaka leluhur kami
Negara Anugerah ilahi Rabbi.

Buminya subur dengan tanaman
Tanaman tumbuh di atas banjaran
Tumbuh sampai ke dalam laman
Hutan dan dusun bagaikan taman.

Buminya lembab dibasahi hujan
Tahi burung bertunas tumbuhan
Makan buah biji dibuangkan
Tumbuh menjadi pohon buahan.

Negara orang dilanggar bencana
Tanah runtuh bumi gempa
Gunung berapi sunami melanda
Negara ini aman sentosa.

Negara orang asyik berperang
Rakyat derita nyawa melayang
Harta benda dirampas orang
Negara ini damai tenang.

Negara orang gurun terbentang
Cuaca panas pagi ke petang

Negara orang ditutup salji
Cuaca sejuk berlaga gigi

negara orang  buminya kontang
Tiada simpanan galian didagang

Negara kita cuacanya saksama
Tiada panas hangat membara
Tiada sejuk bagai Tundra

Negera ini menyimpan galian
Aneka logam dilombong berzaman
Minyak pula muncul di lautan
Dilombong dijual tambah kekayaan
Flora fauna tarik pelancongan
Terlalu banyak anugerah Tuhan
Buat negara kasih junjungan



Saturday, September 14, 2019

Sajak Kemerdekaan: Sumpah Gapura Merdeka

500 tahun negara kita dijajah
sejak empayar Melaka tersungkur rebah
negara kita dicatur bangsa Eropah
kekayaan negara terkuras dijarah
bangsa kita dihina jatuh maruah.

Kini kita bangsa Merdeka
tiada lagi dijajah terhina
kita memerintah mengatur negara
kita membangunkan negara tercinta

Terima kasih para leluhur
atas jasamu yang telah kau tabur
mewariskan kami negara makmur.

Kami generasi pewaris merdeka
sumpah kami sebagai gapura
warisan pertiwi kami jaga
kepada anak cucu sebagai pusaka

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!


SAJAK KEMERDEKAAN: 500 tahun negaraku dijajah

500 tahun negara kita dijajah
oleh bangsa bangsa Eropah
bangsa kita dipandang rendah
hilang harga diri dan juga maruah.

Ketika Melaka jatuh rebah
Itulah awal negara dijajah
Pertugis membina Kota Megah
A Fomosa kubu bersejarah !

Portugis kalah diganti Belanda
dengan Inggeris menyusun peta
Rantau kita di bahagi mereka
Belanda berkuasa di tanah Indonesia
di negara kita Inggeris berkuasa.

Penjajah Inggeris tamak harta
kekayaan negara dijarah mereka
buat membangun negara Mahkota
Hingga mereka maju dan kaya.
Bangsa mereka hidup berada
bangsa kita miskin derita

Ketika dunia meletus perang
datang Jepun  menjual temberang

datang mengaku sebagai abang
membantu adik bangkit berjuang
melawan Inggeris durjana petualang!

Jepun menang Inggeris pun cabut
Balik Eropah sebagai pengecut
Jepun berkuasa rakyat diugut
kehidupan rakyat makin dijerut
rakyat dipaksa jadi pak turut
jika tidak , daripada kepala leher terlucut.

Tahun 1945 Jepun kalah

Hiroshima dan Nagasaki hancur musnah
Jepun tinggalkan tanah yang dijajah

Komunis pula datang mencelah
keluar hutan menunjuk megah
kononnya merekalah penghalau penjajah.

Inggeris kembali mengaku tuan
Komunis takut, lari ke hutan,
angkat senjata timbulkan ketakutan
hidup rakyat tidak aman
banyaklah orang jadi korban

Inggeris mahu hapuskan Sultan
Orang Melayu membuat bantahan
warisan pertiwi zaman berzaman
tidak rela dijadikan taruhan
biar kekal disirna jangan


Leluhur kita menyusun perjuangan
menyambung juang pahlawan terkorban
lena bangsa mereka sedarkan
agar bangkit menuntut kemerdekaan.


Penjajah Ingeris tahu sempadan
bangsa sedar tak dapat diumpan
kehendak usah usah dilawan
akhirnya Merdeka terpaksa direlakan

31 Ogos 1957
Laungan Merdeka jadi kenyataan
Inilah Negara Pusaka warisan
Di pundak kita dipikul beban
membina sebuah negara Impian
negara maju diberkati Tuhan
kekal Merdeka sepanjang zaman.


Merdeka! Merdeka! Merdeka!






Friday, September 13, 2019

Sajak Kemerdekaan:Tanah Pertiwiku Tercinta

Terima kasih buat leluhur
Yang telah berjuang tanpa gentar
Melepaskan tanah pertiwi ini
Dari cengkaman para penjajah.

Tanah pertiwi ini
Dengan kemerdekaannya
Adalah pusaka termahal
Buat kami warisi.

Sejak zaman bahari
Negeriku ini tiada tandingannya
Tanahnya subur menghijau
buminya kaya dengan galian
hidupan liar membiak di hutan
ternakan mengkayakan para gembala

Tanah pertiwiku ini
semoga kekal merdeka
selama-lamanya.


Thursday, September 12, 2019

Sajak Kemerdekaan: Mengutip Kerikil Berdarah

Di lorong  ini
yang bernama jalan perjuangan
mari dikutip kerikil berdarah
dicuci sehingga disusun jadi batu laman.

Sajak Merdeka: Para Berdebah Dalam Negara Bertuah

Di kala orang menabur padi
para berdebah melepaskan merpati

Di kala orang menanam jati 
para berdebah meracun kembali

Dikala orang menegakkan pertiwi
Para Berdebah jual  IC

Ces...para Berdebah!

Sajak Merdeka: Sedarlah wahai bangsaku

Ada pulau tengah lautan
orang bestari berkampung halaman
Usah ditinjau nasib lawan
nasib sendiri mari utamakan.

Mara ditambat kerbau sekandang
Mari dikarang syair petualang
Negerimu hebat di mata orang
dicemburu orang pagi dan petang

Apa dikejar merpati di laman
nanti jemu sendiri keletihan
Rajinlah belajar membaca tulisan
biar berilmu luas pandangan.

Merah bersemu wajah pengantin
diusik telatah mak andam kahwin
Bangsa berilmu akan memimpin
walau susah hidup miskin


Sajak Merdeka: Negaraku nan Indah

Negaraku tiada tandingan
seluruh dunia jika dicerakinkan
negaraku tetap jadi pilihan
tanah pertiwi dilindungi Tuhan.

Negaraku aman tiada peperangan
Tiada bencana  merenggut ketenangan
bumi subur banyak tumbuhan
hasil galian anherah Tuhan

Flora fauna khazanah alam
berbagai jenis beraneka ragam
Hutan belantara bukit berbalam
hidupan liar hidup berterusan

Dalam laut ada tumbuhan
di atas darat ada tanaman
tumbut rumput depan halaman
ternakan ditambat  di pinggir limbungan.



Sajak Merdeka: Mengisi erti Merdeka

Merdeka bukan sebuah hikayat purba
Untuk dicerita sementara lena
Merdeka adalah sebuah citra
orang-orang yang berjuang demi Nusa.

Kita anak-anak pasca merdeka
jangan hanya berselogan cuma
Laungan merdeka penuh membara
makna Merdeka biar terpasak dalam dada.

Nenek moyang yang berjuang
telah membuang penjajah petualang
Wariskan kita negara terbilang
Untuk dibina jadi cemerlang.

Di pundak kita terpikul amanah
negara ini kita junjung megah
jangan sampai tersungkur rebah
diinjak musuh para bedebah.

Selalu beringat pesanan keramat
Menuntut merdeka memang penat
Lebih penat berkali lipat
menjaga negara agar selamat

Generasi baru teguhkan semangat
tuntutlah ilmu yang bermanfaat
biar dapat menabur keringat
buat jasa kemakmuran ditingat.


Wednesday, September 04, 2019

MELENGUHNYA KERBAU DI PADANG

Melenguhnya kerbau di padang
tak habis-habis dia bersembang
melahirkan kesumat yang berdendang
dalam seketul hati yang kotang.

Dia berpolitik intai peluang
mana tumbuh pohon nan rendang
di situlah dia bergayut menumpang
menari menyanyi sambil bergendang.

Sewaktu orang merasa bengang
kerana celupar cicit pendatang
cuba mengatur bijaknya abang
dia bersembang  bercekak pinggang.

Zakir Naik silalah pulang

tiada perjuangan boleh dipandang
negara lain menolaknya datang
kenapa ke Malaysia dia bertandang?

Demikian bicara penuh jalang
oleh politikus tak terbilang
tiada jasanya boleh didendang
sekadar berbahasa dondang sayang!


Saturday, August 31, 2019

TANDA HALAL JAKIM DISOKONG OLEH SIAPA?

Kenapa ramai pengusaha produk kalangan orang Melayu tiada cop halal Jakim? Cop Halal Jakim adalah satu projek yang baik dan perlukan sokongan daripada pengusaha terutamanya makanan. Namun, orang bukan Islam yang memberi sambutan dan mahu mendapatkan pengesahan tersebut. Sedangkan orang Islam, khasnya Melayu, pandang bena tak bena sahaja. Mereka sudah selesa dengan persepsi sedia ada yang melihat makanan oorang Melayu adalah halal.

Tahukah kamu bahawa ada makcik yang buat catering dan jual nasi campur digerainya, beli ayam di pasaraya Cina. Ayam yang tidak ada cop halal. Kerana murah, dia memilih beli diu situ. Makcik tadi tidak pula ditekan oleh keperluan untuk dapat pengesahan halal Jakim. Kalau Jakim syaratkan untuk berniaga mestiu ada pengesahan halal, orang melayu muslim akan marah. Dikatakan Jakim hendak meruntuhkan perniagaan Mmelayu.

Inilah dilema orang Melayu kita. Orang lain kena ada cop halal. Kami tak payah!

Sepatutnya perniagaan muslimlah yang paling kuat menyokong pengesahan tanda halal ini. Barulah ia mengukuh dan jadi tabiaat rakyat Malaysia untuk memilih yang diuperakui halal.

Patutkah Boikot Barangan Bukan Bumipetera?

Orang bercakap pasal kempen boikot barangan bukan muslim. Apakah kempen ini ada asas kukuh dalam agama. Dengan kata lain, adakah ia pernah dilakukan oleh Rasulullah atau generasi terbaik ummat ini.? Kalau ya, memang perlulah kempen yang seumpama ini didokong dan disokong.

Mari kita telaah sepintas lalu fakta zaman nabi yang boleh dijadikan tauladan dan panduan hidup.

  • Sirah mencatatkan bahawa Abdur rahman bin Auf berjaya mengalahkan perniagaan kaum Yahudi di pasar Kota Madinah. Namun kejayaan beliau tersebut bukanlah berasaskan kempen memboikot barangan Yahudi. Beliau telah menawarkan bentuk perniagaan yang disenangi oleh penduduk Madinah . Itulah inti kepada kejayaan beliau.
  • Nabi pernah menggadaikan baju besinya kepada Yahudi. Ini menunjukkan ada muamalah pajak gadai antara orang Islam dengan bukan Islam.
  • Nabi pernah ada budak yahudi yang berkerja dengannya. Budak itu masa hendak mati, nabi datang ziarah dan ajarnya mengucap. Bapanya suruh ikut ajakan nabi SAW.  Ini bermakna, antara orang Islam dan kafir zaman nabi ada hubungan dalam urusan muamalah.
Cuku sekara itu. Tak sempat nak selak kes-kes lain. Namun, kes pemboikotan tidak pernah nabi lakukan melainkan kes khusus. Bukan kes melibatkan perbezaan agama. Kes pemboikotan 3 sahabat yang mengelat daripada perang Tabuk. Untuk pengetahuan bersama, nabi pernah diboikot oleh kafior Musyrikin selama 3 tahun di kampung Syiab. Pemboikotan mereka adalah sebab agama yang dibawa nabi SAW.

Kebencian kepada orang tertentu yang bukan Islam tidka harus dilebarkan hukumannya ke atas bukan Islam lain yang tidak bersalah.

Kekadang aku terfikir bila pergi ke pasaraya, kedai runcit atau toko dan lot perniagaan milik  bukan Islam dan bukan Melayu. Ramai anak Melayu yang bekerja di sana. Bekerja dalam pelbagai seksyen. Ada jaga kaunter, ada jadi kerani, jadi stokis, dan sebagainya.  Orang Cina khasnya, banyak mengambil anak Melayu bekerja di kedai mereka.

Kalau tak percaya sila lawati ekdai-kedai motosikal yang berselerak di Malaysia yang boss adalah orang Cina. Banyak anak gadis Melayu yang jadi keraninya.

Sebaliknya pula, cuba pergi menziarahi satu demi satu kedai Melayu. Lawati pasaraya Melayu, ada tak anak Cina bekerja di situ? 

Kenapa? Kenapa taukey Cinma boleh terbuka ambil anak Melayu bekerja. Anak Cina tak adakah? Tak mungkin. Anak Cina pun ramai yang boleh buat pekerjaan tersebut. Keterbukaan ini harus dihayati dan dikenang. Orang Melayu memang payah nak ambil anak Cina bekerja di premis mereka. 

Kalau kita becermin, hendaklah bercermin dengan cermin suluh bukan cermin tingkap.

Adapun mengutamakan barangan ornag Islam, itu tanda "ruhama' di kalangan orang beriman.

Wednesday, August 28, 2019

Ketika air melimpah ke paras hidung.

Pada zaman dahulu kala, ada seorang raja yang memaksakan rakyatnya untuk makan daging babi. Ada seorang ulama yang dihormati yang menjadi panduan rakyat. Raja tersebut mahu agar ulama itu makan daging babi lalu rakyat akan menjejakinya.  Beliau mengancam akan membunuh ulama itu jika tidak mahu mengikut perintahnya. 

Lalu, dihantar polis untuk menangkapnya. Polis itu, sewaktu bertemu ulama tersebut telah menyusun siasat menyelamatkan ulama tadi. Dia memberitahu ulama tersebut bahawa nanti dia akan sediakan daging kambing. Bila raja suruh bawa keluar daging babi, dia akan keluarkan daging kambing. Dengan cara itu, ulama tersebut tidak perlu makan daging babi, sebaliknya makan daging kambing. Oleh itu selamatlah dia daripada makan daging babi dan dia tidak perlu melwan kehendak raja yang zalim itu.

Pada hari yang ditentukan, dibawalah ulama tersebut ke depan raja. Disuruhnya bawa daging babi. Polis tersebut pun bawalah daging itu ke depan ualam itu. Polis itu mengenyitkan mata memberi isyarat kepada ulama itu supaya makan. Dia seolah-olah menyatakan kepada ulama itu bahawa daging yang disangka babi oleh raja dan orang sekeliling itu adalah daging kambing. 

Namun, ulama itu enggan makan. Polis itu terkejut dengan keengganan ulama itu, padahgal mereka telah buat persetujuan. Raja sangat marahkerana ulama itu enggan ikut perintahnya. Lantas, ulama itu diperintahkan supaya dibunuh. Sebelum dibunuh, polis itu berbisik kiepada raja itu.

" Kenapa tuan tidak mahu makan, bukankah sudah aku katakan itu adalah daging kambing??".

" Memang aku tahu itu daging kambing", kata ulama itu.

" Lalu, kenapa tuan masih tidak mahu makan??", tanya polis.

" Agar orang ramai tidak mengatakan aku makan daginng babi lalu mereka menganggap daging babi halal...", kata ulama itu

Ulama itu pun dibunuh. Orang ramai pun menyebutnya, dia dibunuh kerana mempertahankan prinsipnya. Kalaulah dia makan, orang ramai akan menyebutnya dia selamat kerana sanggup makan daging babi. Biarpun yang dimakannya itu halal pada matanya, tetapi ia haram di mata orang ramai. 

Inilah saatnya, kepentingan jangka panjang diutamakan. Kepentingan umum diaulakan. Biarlah diri terkorban, asalkan kebenaran tetap kekal dan dipandang tegak berdiri.

Kekadang, pada saat pertembungan antara kebatilan dan kebenaran memuncak hingga umpama air melimpah ke paras hidung, karam lemas itu lebih mulia daripada diselamatkan daripada lemas.

Thursday, August 22, 2019

GOJEK

Persatuan Pemandu Teksi marahkan kerajaan kerana mahu meluluskan perkhidmatan Gojek di malaysia. Sebelum ini kemarahan itu juga ditumpahkan kepada kerajaan kerana membenarkan perkhidmatan e-hailing seperti Grabcar. Alasannya , ia merosakkan perkhidmatan teksi. Ia seperti masukkan pasir dalam periuk nasi golongan pemandi teksi.

Melihat kepada bantahan mereka ini, dapat dikenal bagaimana pemikiran monopoli yang disuburkan pada zaman pemerintahan lalu masih belum dapat mereka lucutkan dari corak berfikir mereka. Kalau boleh, persatuan pemandu teksi itu mahu hanya perkhidmatan teksi yang dibenarkan beroperasi. Dengan cara demikian, mereka dapat menjana pendapatan yang lumayan. Biarlah pengguna mengeluh macam mana sekalipun, mereka tiada pilihan.

Kini , pengguna ada pilihan. Ramai yang lebih suka memilih Grabcar. Peluang pemandu teksi makin kurang. Kini ditambah lagi dengan Gojek. Mana tidka malatahnya para pengusaha teksi. Makin susutlah nilai mereka.

Dunia perlukan persaingan. Siapa yang terbaik , dia akan mendapat pilihan ramai. Jangan jadikan dunia dimonopoli oleh diri sendiri. Pemikiran monopoli adalah sampah hanyir yang tidak boleh lagi dipertahankan.

Usahlah bercakap pasal benda negatif yang mungkin datang bersama perkhidmatan Gojek. Kalau nak dikira, teksi pun ada. Nilai positif yang banyak dan itulah yang perlu dimanfaatkan.

Thursday, June 27, 2019

CERITA DULU-DULU

Inilah cerita dulu-dulu
Waktu itu nenekku masih anak dara
Tokwanku pula teruna ganteng

Inilah cerita dulu-dulu
bil air tak perlu bayar
kami mandi air telaga
bil api pun tiada
rumah kami berpelita ayam cuma.

Inilah cerita dulu-dulu
belum ada orang asing di tanah pertiwi
Melayu bertanjak berkeris sekaki
malam berdika siang mencandit puyuh

Inilah cerita orang dulu-dulu
Tv belum ada jauh sekali internet dan gajet
bapa suruh sekali anak sudah bangkit
anak perempuan tak pandai cari pasangan
menanti orang masuk meminang.

Inilah cerita dulu-dulu
Pemimpin berkhidmat demi rakyat
tidak tahu untuk berkhianat
tidak makan rasuah atau bermusibat

Inilah cerita dulu-dulu...
kalau kau kenang semuanya elok belaka
Namun kita hidup dengan cerita hari ini
kenalah telan segala yang yang pedih nyeri.

Wednesday, May 29, 2019

Berbuka Puasa di rumah ibadat bukan Islam.

Sehari dua ini, warganet sibuk memperkatakan mengenai program berbuka puasa di rumah ibadat bukan Islam. Satu program berbuka puasa di kuil Gudwara Sahib diadakan di Johor Bharu. Sdr Akmal Nasrullah Mohd Nasir, membuat posting mempromosikan program tersebut. Program seumpama ini menimbulkan reaksi yang pelbagai. 
 
Saya hanya mahu ambil komentar yang diutarakan oleh Ust Ridzwan Abu Bakar dalam posting beliau. Katanya, persoalan yang perlu diambil kira bukan BOLEH atau TIDAK BOLEH.  Tetapi yang lebih penting adalah PERLU atau TIDAK PERLU.
 
Dari segi hukum,tiada larangan . Namun program sedemikian Tidak Perlu diadakan. Tiada kebaikan dan tidak faedah.

Friday, May 24, 2019

JIKA MATI BAWA KEBAIKAN

Kebaikan itu, bawalah ke akhirat untuk jadi modalmu depan Tuhamu. Itulah sahaja yang mampu aku katakan ketika ditayangkan kebaikan-kebaikan si folan bin si folan selepas kematiannnya. Pada masa hidupnya, tidaklah dikenali si folan itu dengan kebaikannya itu. Apa yang orang tahu, kekayaan, pangkat dan kemewahan hidip sebagai ningrat. Setelah dunia ditinggalkan, bergalang tanah dalam kubur, berkuburlah juga bersamanya segalah kemegahan duniawi ini.

Jika ada kebaikan, bawalah bertemu Tuhan dan jadikan modalmu di sana. Itu sahajka yang mampu kuucapkan. Dengan harapan dang sangka baik, tanpa belitan prasangka atau perelcehan, aku serahkan semuanya kepada nilaian Allah SWT.

Amalku pun belum tentu mampu menjadi hujjah buatku di negeri abadi sana. Apalah gunanya aku merisaukan dan bergundah dengan orang lain.

Masing-masing adalah habuannya dalam dunia ini.

JANGAN GUNA NAMA ALLAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI

Kes di Indonesia satu pengajaran buat kita. Jangan guna nama Allah jika tujuannya pamrih politik sendiri. Puak yang sokong Prabowo berdemonstrasi dan bertakbir. Mereka kira Allah bersama mereka. Begitu pula pihak yang menyokong Jokowi. Tidak mahu terlepas kebersamaan dengan Allah, mereka juga bertakbir. Bertakbirlah kedua-duanya lalu bergaduhlah dna bertumpah darah.

Macam kisah peperangan antara pasukan Ali bin Abi Tolib dengan Muawiyah bin Abi Sufian. Meletusnya perang Siffin dan korban berjatuhan.

Namun, kisah sejarah itu boleh diwajarkan. Tiada para polisi yang boleh mengamankan pada masa itu. Dalam kisah di Tanah Indonesia itu, ada pengawal keamanan. Mereka jadi pengadil buat dua kelompok. Jika mahu bergaduh juga, ia tidak boleh diterima. Tidak lain kita boleh katakan melainkan kebodohan dan kedungguan yang menjadi puncanya.

Tak kiralah siapa. Ulama terkenal sekalipun jika mengobar api persengkitaan itu, dia dunggu dan bodoh. Nabi tidak suka ulama sedemikian. Allah lagi tidak redha  penganutnya bersengketa sedemikian rupa.

Thursday, May 23, 2019

Dengung sorakan wahabi

Siapa Fyn Jamal, aku pun tidak pernah tahu sebelum ini. Tetapi kerana terdengar ceramah Firdaus Wong yang menegur mereka yang mengkritik Fyn Jamal atas catatannya di medsos, aku teringan menyelak sepintas buat mengenal apa isu yang berlegar di kalangan pemain medsos. Rupanya Fyn Jamal itu bekas artis yang kini berhijrah dan menjadi pendakwah di media sosial. Khabarnya dia berguru dengan tokoh-tokoh seperti Hussain Yee. 

Apa yang membuatkan aku menggeleng kepala bukan atas isu yang ditimbulkan oleh Fyn Jamal. Isu mengenai tiadanya waktu Imsak kecuali azan Subuh dan hukum menghabiskan makanan di dalam mulut dan dalam tangan selepas kedengaran azan jadi topik yang hangat dipederbatkan secara emosi. Demikian isu makmum muwafiq tidak membaca fatihah, sebalik terus  ikut imam adalah bukan isu yang harus dipertengkarkan. Bagi yang belajar empat mazhab, akan dapat memahami duduk perkara. Jika Fyn Jamal mengangkat pandangan mazhab lain yang dia belajar dan dia yakini, tidaklah wajar dia digelar wahabi kerana itu. Itu bukan isu wahabi bagi mereka yang selalu mendendangkan wahabisme sekalipun. Itu Isu pandangan mazhab. Kenapa sampai tergelincir ke pertengkaran firqah pula.

Selanjutnya, tokoh-tokoh agama yang berjasa dan berkaliber seperti Dr. Hussain Yee, dituduh sebagai Wahabi. Sebenarnya, ramai sudha yang digelar wahabi oleh orang-orang yang kecil jiwanya, mandum akalnya. Jika kita selak dan semak, sekian banyak tokoh diwahabikan. Bukan sekadar mufti Perlis, bahkan merebak kepada ramai orang. Antara yang aku ingat , orang yang dituduh sebagai wahabi oleh para insan kerdil itu adalah Maulana Asri Yusuf, Maulana Fahkrurazi, Mufti Wilayah, Ustaz Samsuri, Dr. Abdul Basit, bahkan TG Nik Abdul Aziz dan juga Tgb Abdul Hadi Awang.

Hanya kerana menyatakan pandangan yang tidak sama dengan aliran tradisional masyarakat, mereka digelar wahabi. Jika masyarakat kita sudah betul, maka apalah erti mereka diajar agama lagi? Proses tajdid sudah tidak perlu lagi jika amalan masyarakat sudah sempurna.

Bukan kekalahan Total

Kalau sebahagian rakyat Indonesia itu boleh menelan kekalahan, tidaklah akan berlaku rusuhan besar yang mengorbankan nyawa serta mencederakan ramai orang. Kalau mereka boleh faham, kekalahan bukan bererti hilang segala-galanya. Kekalahan bukan bererti hilang agama dan dunia. Ia hanyalah sebuah putaran roda hidup.

Tetapi, yang kalah itu tidak boleh menerima kemenangan Jokowi. Pada anggapan mereka, pilpres yang baru selesai itu penuh dengan pengkhianatan sedangkan pengkhianatan itu tidak pun dapat dibuktikan dengan tuntas. Hanya sangkaan dan dugaan. Apakah kerana itu nyawa harus dikorbankan?

Para ahli agama yang mendokong politikus pilihan, kenapa tidak boleh bersabar dan menerima qadar Allah?

Monday, May 20, 2019

DOMBA BERJIWA SERIGALA

Dunia akhir zaman ini
para domba berjiwa serigala
Pagi meratib
sebelum menjelang maghrib
sudah bertukar jadi pelesit.

Seorang sufi
tiba-tiba membuat mukah.

Mujahid berjuang bukan fi sabilillah
kecuali mencari balah

Sunday, May 19, 2019

BONUS RAYA

Ramai orang memperdebatkan jumlah Bonus Raya yang diberikan kepada kakitangan awam pada tahun ini. Setahun selepas PH memerintah. Ada yang marah dan mencebir. RM450 sahaja? Kerajaan Najib dulu bagi lebih banyak iaitu RM500. Baik lagi kerajaan DS Nabib. Kata para yang mencebir itu. 

Ada pula yang membela.  Ada pula yang bersyukur, Ada yang tidak kisah. Kalau hendak dikira, aku antara yang tidak kisah.  Pada fikiranku, gaji kerja kerajaan yang Allah kurniakan sudah lebih RM5000.00 Apalah hendak digunakan dengan bonus tak sampai RM500. Rendahnya bonus tidak buatkan hatiku gundah. Tidak juga jadi sebab aku rasa tertipu atau atau tidak puas hati. Kalau dapat bnus RM10 pun aku bersyukur dan tidak ambil hati. 

Aku bersyukur sebab Allah telah kurniakan razeki yang mudah buatku setelah melalui zaman masa lalu yang tidak bergaji. Para pengeluh, kenang kembali masa kalian hidup tanpa pendapatan bekerja kerajaan. Waktu itu kalian buat kerja macam-macam. Ada kerja berniaga burger, jual insuran, jadi penghantar surat bahkan ada yang menganggur. Kemudian, nasibmu berubah dan Allah berikan kamu jawatan dalam kerajaan. Kerja pejabat kerajaan. Kerja di sekolah sebagai guru. Kerja di hospital dan sebagainya.

Bersyukurlah dapat gaji setelah dulunya tiada gaji. Para petani, penoreh dan lain-lain, mereka tiadapun bonus raya. Patutnya mereka yang dapat sebab mereka rakyat yang kurang berpendapatan. Namun, mereka tidak membina mentaliti mahu bonus raya sebagaimana sikap sebahagian kakitangan awam.

Aku bimbang, kakitangan awam yang tidka menyemai rasa syukur akan mengundang muka Tuhan. Allah boleh tarik razeki yang diberikan pada bila-bila masa. Jadilah rakyat yang bersyukur dan bukan rakyat takbur. Bersabarlah dengan yang ada dan bersukurlah. Allah akan tambahkan razekimu jika kau syukuri yang ada. Allah akan jadikan yang sedikit itu berkat.

Peliharalah hatimu agar tidak dikuasai dendam dan kebencian. Jika Allah menghendaki kerajaan yang ada bertukar kepada tangan pelakun-pelakun lain, ia akan berlaku. Ia berlaku sekalipun anda tidak terlibat mencebur dalam dosa persengketaan kuasa orang yang merebutnya. Namun, gharibnya rembulan, bukan sentiasa menjanjikan munculnya mentari. Ingat itu!

Sunday, May 12, 2019

POLITIK ADU DOMBA



Adu domba adalah jalan paling mudah untuk memecahkan kesatuan musuh.  Tak perlu modal. Hanya menggunakan air liur untuk menghasut. Jika musuh termakan dengan hasutan itu, maka mission accomplish. Di sinilah kepandaian orang politik. 

Chua Soi Lek sedar bahawa MCA sudah tidak bermaya lagi Kebangkitannya sudah menjadi usaha paling sukar. Namun ada kerja yang lebih mudah untuk dilakukannya, iaitu memecahkan serta meranapkan DAP, pesaing politiknya.

Sebab itu dia mengumpan DAP dengan mengatakan bahawa DAP sudah jadi budah suruhan PH sepertimana MCA dulu jadi budak suruhan BN. Beliau mengenangkan zaman-zaman MCA berada dalam jajaran kuasa tapi hanya jadi alat BN. Beliau berharap kebogelan MCA itu dapat dijadikan pengajaran oleh DAP.

Sebenarnya , itulah cara politikus becakap. Jika tembak depan sudah tidak berfungsi, tembak belakang pula. Jika kutukan sudah tidak bermaya, pujukan pula jadi cara pilihan.

Saturday, May 11, 2019

JADI BANDUAN BUKAN KEHINAAN


Bekas banduan bukan satu gelaran hina. Bahkan, ada waktunya bekas banduan adalah satu kebanggaan. Yang tidak pernah masuk penjara dan jadi banduan, itu pula satu kecacatan. Terutama yang berjuang dan menegakkan perjuangannya. Jika tidak pernah mencium bau jeriji besi, ia satu kelekehan, kehinaan dan cacat dalam perjuangan. Maka tasawwur bahawa bekas banduan adalah satu kerendahan martabat adalah pemikiran senget yang tidak perlu dipertahankan.

Ambil contoh nabi Yusuf a. s. Sebelum menjadi menteri Mesir, dia adalah banduan penjara. Kesnya adalah kes melibatkan seksual dan fitnah. Ulama-ulama hebat, dipuji hari ini kerana perjuangan mereka, masuk penjara dan jadi banduan. Imam Ahmad bin Hambal masuk penjara dan jadi banduan. Ibn Taimiyyah juga banduan. Ibn Qoyyim juga banduan. Sayyid Qutub juga bekas banduan. Adnen Menderes, Perdana Menteri Turki yang cuba mengangkat suara Islam di Turki, juga mencicipi hayat sebagai banduan dan dibunuh. Hamka, ulama karismatik dari Nusantara juga bekas banduan. Presiden Mursi adalah banduan penjara. Salman Odah, ulama Arab Saudi, juga banduan penjara.  Aduh...ramai sekali ulama dan pemimpin ummat jadi banduan. Jadi banduan itu satu kemuliaan.

Yang tidak pernah jadi banduan, patut malu jika dakwa sebagai pejuang. Berjuang tapi tak pernah masuk penjara. Allah tidak kurniakan kemuliaan itu buat mereka. Maka, kita perlu sedar bahawa banduan bukan satu cacat pada riwayat hidup Banduan adalah satu penyempurnaan kepada riwayat perjuangan. 

Allahul musta'an.

Thursday, April 11, 2019

RAJA-RAJA DI MALAYSIA TIADA KUASA MUTLAK

Melantik seorang menteri besar memang dibuat oleh raja dalam negeri. Namun, raja itu tiada kuasa dalam hal tersebut. Kerana istilah melantik hendaklah dijelaskan perbezaannya dengan memilih. Jika majoriti Ahli Dewan  Undangan Negeri menyokong seseorang, raja dalam negeri tiada hak untuk memilih orang lain. Raja perlu formalisasikan perlantikan menteri besar itu. Tidak ada baginya kuasa menolaknya  yang disokong oleh perlembagaan  negara. Perlembagaan negara lebih tinggi dan lebih mulia daripada keberadaan seorang Sultan. Perlembagaan menjaga Sultan dan bukan Sultan yang menjaga perlembagaan. Siapa yang jaga perlembagaan?

Ulasan  Dr. Kamarul Zaman Yusoff  kali ini menarik dan waras untuk diambil kira.

Sehubungan dengan isu pelantikan menteri besar baru Johor yang sedang hangat diperkatakan sekarang, fakta-fakta yang ada di hadapan saya menunjukkan bahawa pandangan beberapa pihak kononnya pelantikan itu berada di bawah kuasa mutlak sultan atau raja-raja Melayu lain adalah tidak benar.


Laporan Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara sewaktu merdeka pada tahun 1957 dahulu mengakui pada perenggan 177 bahawa perlembagaan-perlembagaan negeri - seperti Perlembagaan Johor 1895 dan Perlembagaan Terengganu 1911 - memperuntukkan pelantikan menteri besar oleh sultan dan pertanggungjawaban beliau kepada sultan.


Keadaan ini menyebabkan Suruhanjaya Reid menganggap raja-raja Melayu waktu itu sebagai raja-raja tidak berperlembagaan dalam konteks kerajaan demokrasi berparlimen dan perlu diubah kepada raja-raja berperlembagaan dengan kuasa terbatas, iaitu tertakluk kepada nasihat menteri besar yang bertanggungjawab kepada dewan undangan negeri (DUN).

Sebab itulah dalam perlembagaan-perlembagaan negeri sekarang ada peruntukan tetap yang menyebut bahawa “Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melantik seorang menteri besar” dan bahawa lantikan itu hendaklah daripada “seorang ahli dewan undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN itu”.

Dan peruntukan inilah yang ada dalam Perkara 4(2)(a) Perlembagaan Johor, dan dalam perlembagaan-perlembagaan negeri lain, iaitu bahawa “the Ruler shall first appoint as mentri besar to preside over the executive council a member of the legislative assembly who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly”.

Walaupun pernah berlaku beberapa insiden raja-raja Melayu melantik seorang menteri besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti anggota DUN, belum ada apa-apa cabaran di mahkamah ke atasnya walaupun ada ura-ura mengenainya dalam pelantikan Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis selepas PRU ke-14.

Begitupun, Sultan Azlan Shah sewaktu masih menjadi Ketua Hakim Negara pernah memberikan pandangan mengenai perkara ini dalam tulisan beliau yang mula-mula disiarkan dalam JMCL [1982] 103-118, dan kemudian disiarkan dalam buku Trindade & Lee pada 1986 dan buku koleksi tulisan dan ucapan naginda pada 2004.

Elak salah tafsir

Dalam tulisan bertajuk The Role of Constitutional Rulers itu, baginda menyebut bahawa, walaupun raja mempunyai budi bicara melantik menteri besar, apabila parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan salah seorang Adunnya sebagai menteri besar, raja tidak mempunyai pilihan lain selain untuk menerima cadangan tersebut.

Tegas baginda, jika seseorang raja mengetepikan hasrat parti dan melantik Adun lain yang tidak mampu mendapat kepercayaan majoriti DUN, ia boleh membawa kepada timbulnya undi tidak percaya yang akan menyebabkan raja itu sama ada melantik Adun lain atau membubarkan DUN.

Malah, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong kesembilan bersama raja-raja Melayu sebenarnya membuat perisytiharan mengenai perkara itu - bersama-sama sembilan perkara lain - untuk "mengelakkan sebarang salah tafsiran mengenai kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa” melalui Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan bertarikh 4 Julai 1992.

Berhubung soal “pelantikan menteri besar” (“appointment of menteri besar”), Agong kesembilan bersama raja-raja Melayu lain mengisytiharkan bahawa:

(1) “Selaras dengan perlembagaan negeri, kita memperkenankan pencalonan seorang yang mendapat kepercayaan sebilangan ahli-ahli dalam DUN sebagai menteri besar (In accordance with the State Constitution, we shall accept the nomination of a person who commands the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly as the Menteri Besar).

(2) “Sekiranya tidak ada parti yang mendapat majoriti jelas di dalam DUN, kita hendaklah menggunakan budi bicara kita dalam pelantikan tersebut selaras dengan prinsip-prinsip tertentu (Where no party has a clear majority in the Legislative Assembly, we shall exercise our own discretion in such appointment in accordance with accepted constitutional principles).

(3) "Apabila kita tidak puas hati atas kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai menteri besar, kita boleh merujuk pencalonan tersebut bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan untuk keputusan muktamad (When we have any reservation as to the suitability of any person nominated as Menteri Besar, we may refer the nomination for reconsideration by the leader of the appropriate party for a final decision)."



Lebih baru ialah pandangan anakanda Sultan Azlan Shah, Sultan Nazrin Shah, yang kini merupakan Sultan Perak.


Baginda menyebut dalam satu syarahan umum The Monarchy in Contemporary Malaysia anjuran Institute Of Southeast Asian Studies Singapura pada 27 Julai 2004 bahawa, raja-raja melantik (tetapi tidak memilih) menteri besar.



Berdasarkan kepada fakta-fakta tadi maka jelaslah, tidak benar kononnya pelantikan seseorang menteri besar berada bawah kuasa mutlak sultan Johor atau raja-raja Melayu yang lain.

Atau kononnya pencalonan seseorang menteri besar memerlukan parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan lebih daripada seorang nama.



Budi bicara hanya timbul dalam keadaan tidak ada parti yang mendapat majoriti jelas di dalam DUN. Begitu juga apabila terdapat ketidakpuasan hati atas kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai menteri besar yang membolehkan ia dirujuk bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan supaya keputusan muktamad dibuat.



Hakikat bahawa telah pernah berlaku beberapa insiden raja-raja Melayu melantik seorang menteri besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun atau meminta parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan lebih daripada seorang nama tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk melegitimasikannya.



Saya tidak bersetuju dengan sebarang cubaan untuk merendahkan martabat, menjejaskan kedudukan atau mengabaikan peranan raja-raja Melayu.

Saya juga berbeza dalam banyak perkara dengan mereka yang turut lantang memperkatakan isu sama, tetapi dalam perkara ini saya tidak ragu-ragu untuk bersama dengan Dr Mahathir Mohamad.

Konsep kuasa mutlak bukan saja tidak dapat dipertahankan dari sudut perlembagaan dan undang-undang negara, malah tidak juga dapat dipertahankan dari sudut agama.

Diharapkan raja-raja dalam negeri, khususnya negeri Johor dapat memahami hakikat ini agar Kesultanan Melayu dalam negeri dapat dilanjutkan beberapa generasi lagi tanpa sengketa dengan rakyat dan bangsa Melayu secara khususnya.

Krisis Bendahara dengan anak Raja

Tiba-tiba aku teringat kisah dalam sejarah itu. Kisah Tun Besar dibunuh oleh anak raja Melaka bernama Raja Ahmad. ianya akibat yang remeh sahaja. Bola raga yang dimainkan oleh Tun Besar bersama kawan-kawan terpelanting kena kepala anak raja itu. Jatuh destarnya. lantas kerisnya dihunus dan dibunuhnya Tun Besar itu. Tun Besar itu pula anak bendahara Melaka. 

Bendahara Melaka yang anaknya mati dibunuh bakal raja Melaka itu penyabar juga orangnya. Tapi siasatnya dalam dan penuh cermat. Dengan kebijaksanaannya, Raja Ahmad itu tidak dapat jadi raja Melaka. Dia dihantar menjadi raja dinegeri ulu banat sana. Sesuai dengan sifat buasnya itu, jadilah raja negeri yang semak dan mundur. 

Apakah Bendahara Malaysia hari ini dapat berbuat sebijak bendahara Melaka itu. Ada anak raja satu negeri, banyak menimbulkan susah buatnya dalam mentadbir negara. Kelak, bila anak raja itu naik tahta negeri itu, bagaimanalah?Susahlah pentadbiran persekutuan hendak mengatur tadbir negeri. Kacaulah susun atur sistem bernegara. Sekarang ini pun , di waktu Sultan yang ada memerintah, hubungan renggang itu sudah terlihat.  Ada persaingan politik antara sang bendahara agung dengan raja di sebuah negeri. 

Nampaknya, ilmu siasat politik bendahara perlu dikeluarkan habis. Rakyat jelata bakal menyaksikan saiapa yang akan di atas. Siapa yang dapat mengalahkan siasat siapa. Bendahara itu bukan calang-calang juga orangnya. Politiknya cerdik sekali. Besar kemungkinan, anak raja dan ayahnya bakal terhimpit ke tepi.

Wednesday, April 03, 2019

TAN SRI RAFIDAH AZIZ DAN TUDUNG

Tan Sri Rafidah Aziz berikan 5 sebab kenapa dia tidak bertudung. 

1) Suami tak suruh
2) Kabinet menteri tak suruh.
3) Perlembagaan negara tak suruh
4) Itu dosa peribadi
5) Dia wanita yang sudah putus haid.

Rujuk: Astroawani

Pasal alasan pertama, suami Tan Sri kena jawablah. Selama jadi suami, tidak pernah suruh,  kira-kira tak lepaslah. Maknanya, Tan Sri Rafidah ni orangnya bagus juga. Taat kepada suami. Alhamdulillah. Patut semua wanita kena ada sikap macam tu. Taat pada suami. Suami pula kena ingat. Suami yang beruntung adalah yang taat kepada Allah.

Alasan kedua, ini pun nampaknya bagus. Tan Sri ini orang patuh pada majikan. Pimpinan dalam organisasi. Dia menanti arahan daripada majikannya. Kalaulah majikannya masa dia jadi menteri dulu suruh dia pakai tudung, harus-harus dia pakai tudung. Sayangnya, peraturan itu tak ada. Semua yang bekerja kena ada sikap ini. Sikap patuh pada majikan. Buat kerja mesti berpasukan....

Pasal perlembagaan ini, agak pelik. Kalau pasal bertudung pun kena masuk perlembagaan, adalah lebih aula solat 5 waktu kena masuk dalam perlembagaan. Alasan ini lucu dan tak logik.

Memang tak pakai tudung itu mulanya dosa peribadi. Kalau itu alasannya, apa boleh buat. Dakwah sudah sampai dan alasan ia dosa peribadi memang benar. Orang lain tak boleh paksa. Tapi, kalau dedah aurat kepada orang, akhirnya ia jadi dosa terdedah juga. Akhirnya tidak lagi peribadi. Dosa peribadi ni macam duduk dalam bilik, telanjang dan tengok gambar blue. Tak siapa tahu. Itu baru peribadi. Kalau orang nampak, ia bukan peribadi. Lebel tak pakai tudung itu dosa peribadi, aku kurang setuju. Tapi, memang doasa itu tak sebeasar dosa pecah amanah harta awam, rasuah dan seumpamanya.

Soa wanita haid tak perlu bertudung, itu salah faham nas Quran. Cetusan yang tak matang dari aspek hukum. Hal ini telah pun dijawab oleh pakar. Kita lihat apa yang ditulis oleh Dr. Kamilin Jamilin boleh dijadikan bahan renungan.

Wanita Berusia Yang Telah Putus Haid Boleh Buka Tudung??

1. Firman Allah SWT:

وَٱلۡقَوَٲعِدُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ ٱلَّـٰتِى لَا يَرۡجُونَ نِكَاحً۬ا فَلَيۡسَ عَلَيۡهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعۡنَ ثِيَابَهُنَّ غَيۡرَ مُتَبَرِّجَـٰتِۭ بِزِينَةٍ۬‌ۖ وَأَن يَسۡتَعۡفِفۡنَ خَيۡرٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ
“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka” [al-Nur: 60].


2. Ramai yang salah faham dengan maksud “ثياب” yang disebut di dalam ayat dengan menyangka ia bermaksud tudung atau pakaian yang mendedahkan aurat.

3. Para sahabat dan tabiin BERSEPAKAT bahawa “ثياب” yang dimaksudkan di dalam ayat ialah pakaian luar (pakaian atas pakaian) atau apa yang dikenali sebagai jilbab.
Ia merupakan tafsiran dari Ibn ‘Abbas RA, Ibn Mas’ud RA, Ibn ‘Umar RA, al-Sya’bi, Sa’id bin Jubayr, al-Hasan, Mujahid, ‘Ata’ bin Abi Rabah, ‘Ikrimah, Qatadah dan tokoh tafsir ulung lain [Rujuk: Tafsir ‘Abdul Razzaq, Tafsir al-Tabari, dan Tafsir Ibn Abi Hatim].

4. Apa itu jilbab?
Jilbab merupakan pakaian luar bagi wanita seakan selendang besar yang kebiasaannya diletakkan di atas tudung bagi menutupi wajah atau membaluti badan dari ternampak bentuk tubuh seperti yang dipakai di beberapa negara arab atau Iran.
‘Aisyah RA menyebut: “Seorang wanita itu menyandang jilbabnya dari atas kepalanya (bagi) menutupi wajahnya” [Rujuk: Sunan Sa’id bin Mansur].

5. Sebahagian ulama lain menukilkan ijmak akan kewajipan seorang wanita berusia menutupi rambutnya walau berapa sekalipun usianya.
Menyingkapinya secara sengaja sedangkan mampu menutupinya ketika solat boleh membatalkan solatnya [Rujuk: Ahkam al-Quran oleh al-Jassas, dan al-Muhalla oleh Ibn Hazm].
Justeru rambut wanita tua juga adalah aurat sama seperti wanita muda tanpa khilaf. Cuma yang telah tua diberi kelonggaran untuk tidak memakai jilbab.

6. Namun ayat di atas menyebut: “Perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka”, iaitu sifat extra cautious itu merupakan ciri takwa yang lebih baik.
Suatu hari ‘Asim al-Ahwal masuk bertemu Hafsah binti Sirin yang telah tua, lalu Hafsah segera menutupi dirinya dengan jilbab.
Maka ‘Asim pun berkata: “Semoga Allah merahmatimu. Bukankah Allah telah berfirman…(membacakan ayat surah al-Nur tersebut)”?
Lalu Hafsah bertanya kepadanya: “Kemudian apa yang disebut di akhir ayat?”.
Jawab ‘Asim: “Perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka”.
Ujar Hafsah: “Ya, aku memilih untuk berjilbab (kerana itu lebih baik)” [Sunan Said bin Mansur].

-Dr. Kamilin Jamilin - Seni Hadith -

Apapun, para pendakwah Islam perlu berlunak mendepani orang seperti Tan Sri Rafidah ini. Dia percaya kepada Islam, dosa dan siksa kubur.  Kira ada imanlah. Cuma dalam bab tudung dia enggan. Besukurlah. Belum pernah kita dengar dia menghina agama , jilbab dan syiar-syiar agama. Bukan macam sekelompok orang yang tidka punya kedudukan apapun dalam masyarakat, tapi tak jaga lidah  dna mencela perkara-perkara yang telah jadi pegangan umat Islam.

Semoga Allah berikan hidayah yang sempurna dan lestari kepada Tan Sri Rafidah ... kepadaku juga hidayahNya kupohon...

Friday, March 29, 2019

Lintasan-lintasan pagi Jumaat

Subuh, bangun awal. Kalau sempat solat tahajjuud. Solat sebelum Subuh, azamkan jangan tinggal seumur hidupmu. Kalau terlepas, digalakkan Qodha. Boleh buat selpas selesai solat fardhu Subuh atau kalau mahu buat bila sudah masuk waktu Duha, pun boleh. Sebaik-baik solat adalah berjemaah di masjid atau surau. Surau atau masjid itu istilah sahaja. Kedua-duanya masjid danm boleh niat iktikaf di dalamnya. Berjemaah adalah disuruh baik lelaki maupun perempuan. Jika mahu solat terbaik, buatlah di masjid berjemaah. Perempuan tidak perlu guna alasan hadis nabi bahawa solat di rumah lebih baik. Double standard. Kalau pasal solat, mahu ikut satu riwayat hadis. Solat sahaja di rumah. Kalau pasal mahu keluar membeli belah, sanggup pula berulang-ulang peleseran di pasaraya. Boleh pula keluar kerja di ofis , kilang atau sekolah.

Solat surau An-Nur, Taman Akasia, jemaahnya kecil. Tapi cukuplah dan itu lebih baik beribu kali daripada solat subuh di rumah. Kalau rajin hendak pergi masjid Kuala nerang, jemaahnya memang ramai. Kalau mahu, silakan.

Semua orang boleh lakarkan hari masing-masing- Boleh corak kanvas hidupnya. Nanti di akhirat akan pungut hasilnya. Orang lain tidak campur. Mereka pun sibuk dengan hasil tuaian sendiri. Kalau tiada penambahbaikan hidup bersama pertambahan umur, maka nantikanlah penyesalan di hari muka.

Mana sahabat kenalanku itu? Tidka nampak di masjid subuh ini? Datuk dan Tan Sri, mash sibukkah dengan urusan duniamu?Kalau kau sendiri pilih hidup dengan dunia yang tidka pernah kenyang, apa boleh buat. Kita semua akan mati. Sesal hanya bergulat dalam diri boleh dah mati dan terputus hubungan dengan dunia. Itulah hakikat yang pasti belaku.

Pagi ini pagi Jumaat. Solaty subuh baca alam lam mim Sajdah dan surah Al-Insan. Ini dua surah penghias pagi Jumaat.  Hari Jumaat pula jangan lupa baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia pendinding diri daripada fitnah dajal di akhir zaman. Solawat atas nabi perbanyakkan. Istighfar pun banyakkan juga. ia penghapus duka hidup.

Astaghfirullah...

Allahumma solli ala muhammad....

Hidupmu akan berubah kalau selalu ingatkan Allah dan mohon ampun kepapdanya.

Bukan masalah kalau kau buat dosa. Masalahnya adalah bila kau tidak mahu mohon ampun dan bertaubat.

Anak isteri...jangan lupa kejutkan solat subuh. Tidak ada gunanya kau solat seornag tapi keluarga menempah api neraka.. esok-esok mereka berhujah depan Allah mendakwamu kamu. Sebelum tiba hari kamu tiada jalan membela diri, jadikanlah hujjah buatmu di sini. Suruh dan peringatkan mereka solat. Buat dengan sabar dan berterusan. Sehinggalah solat menjadi tiang seri kehidupan anak-anakimu.

Monday, March 11, 2019

PENDIRIAN POLITIK ADALAH IJTIHAD

Saya merujuk kepada peristiwa khilaf politik antara Saidina Ali bin Abi Tolib dengan Mu'awiyah bin Abu sufyan. Khilaf ini telah membawa kepada meletusnya perang Siffin yang menyebabkan terkorban sejumlah para sahabat. Termasuk yang terkorban adalah Ammar bin Yasir.

Anda tentu kenal Ammar bin Yasir. Dua ibu bapanya mati terbunuh kerana mempertahankan Islam. Ibunya Sumayyah adalah Syahidah pertama dalam Islam. Ammar dilepaskan oleh tuannya kerana dia bertaqiyyah yang kemudiannya taqiyyahnya itu disahkan sebagai boleh menerusi wahyu Allah SWT.

Ammar, dalam peristiwa pembinaan masjid Nabawi, nabi melihatnya mengangkat batu bata buat membangunkan masjid. Dia nampak bersungguh-sungguh dan buat kerja lebih. Nabi SAW yang melihatnya telah bersabda:

وَيْحَ عَمَّارٍ ، تَقْتُلُهُ الفِئَةُ البَاغِيَةُ، يَدْعُوهُمْ إِلَى الجَنَّةِ ، وَيَدْعُونَهُ إِلَى النَّارِ

" Aduhai Ammar, dia akan dibunuh oleh puak penderhaka. Dia mengajak mereka ke jalan syurga dan mereka mengajak ke jalan neraka".
(Hadis Bukhari)

Kumpulan penderhaka yang dimaksudkan itu adalah tentera Syam yang dipimpin Mu'awiyah. Ammar berperang bagi pihak Ali dan dia telah terbunuh oleh pasukan Syam. Maka pasukan Syam adalah kumpulan derhaka.

Namun, para ulama Ahli Sunnah menetapkan sikap, dalam kes ini kedua-dua pihak masih beriman dan peperangan itu tidak mengeluarkan mereka daripada daerah keimanan. Alasannya adalah ijtihad, Muawiyah seorang sahabat nabi. Dia berijtihad dan dia salah. Baginya satu pahala. Ali juga berijtihad dan dia benar, baginya dua pahala.

Inilah alasan yang dikemukakan di kalangan ulama ahli sunnah. Baik Mua'wiyah maupun ali, mereka tidak boleh disalahkan kerana mereka telah berijtihad mengikut kemampuan mereka.

Ini adalah ijtihad politik. Adakah wujud ijtihad politik. Memang wujudlah. Inilah yang disebut dalam dunia Sunni. Dalam dunia Syia'i, jangan dikiralah. Bagi mereka Mua'wiyah salah dan telah menjadi kafir kerana memerangi Ali. bahkan siapa sahaja yang tidak memilih Ali sebagai khalifah sesudah wafatnya Rasulullah, jadi kafir belaka.

Ini bukan sikap orang-orang Sunni. Orang Sunni menerima khilaf sahabat itu sebagai perselisihan ijtihadi. Dengan itu, mana-mana sahabat kekal dengan sifat "adalah"nya. Kesalahan mereka cuma adalah salah dalam ijtihad.

Jika demikian, ijtihad-ijtihad politik yang datang kemudiannya, tidak menentukan syurga atau neraka. Sebagaimana Mua'wiyah tidak boleh dihukumkan neraka kerana kesalahan ijtihadnya, demikianlah sesiapa yang salah pilih kecenderungan politik, tidka boleh dihukumkan neraka atasnya.

Silap pilih partai, itu soal ijtihad. Menentang satu partai, itu soal ijtihadi. Inilah perbadingan yang boleh direnungkan oleh penggiat politik hari ini. Bandingkan dengan apa yang ebrlaku di zaman sahhabat dan bagaimana ulama Sunnah mengolah sikap mereka. Begitulah kita hari ini menjalinkan sikap dalam perbalahan politik.

Thursday, March 07, 2019

دعا فى زمن الفتن

لقد تعسرت فى تعيين الصادق والخادع 

أللهم أدعوك

إن كان هو صدقا فأنصره وأكرمه الى المدى من الحين

وإن كان خادعا كاذبا فأخذله وأرنا ما ستره

Sunday, February 24, 2019

FASIQ DAN ZINDIQ

Nak Jadi fasiq, bukan payah. Buat dosa kecil berterusan dan terjun ke dalam dosa besar dan tidak bertaubat. Berkumpul dua sifat iaitu "israr" dan "irtikab", jadilah Fasiq. Tapi boleh juga jadi Fasiq kalau terlalu hanyut dalam Feqah. Orang yang pandai sangat feqah, dia terjerumus dalam kelangsungan dosa kecil dan mendekati dosa besar. Bagimana boleh jadi demikian?

Ambil misalan. Seorang yang dilarang merokok, dia kata merokok itu hukumnya makruh. Hukum rokok makruh sebab qias dengan bawang atau petai yang menyebabkan mulut busuk. Lalu terus-terusanlah dia merokok. Sedangkan dalil-dalil kuat menggolongkan rokok sebagai benda haram. Berpanjangan merokok menjatuhkan diri ke dalam kesalahan "isror". Kemudian ahli feqah juga tahu kalau dosa besar itu tidak merosakkan diri. tak sembahyang boleh Qodha. Berzina kalau tak sampai masukkan hasyafah tidaklah menjadi dosa. Arak kalau sangka air, tak jadi arak. macam-macamlah helah fekah. Banyak hukum mu'amalat yang dibina atas kaedah "hial" Betapa rosaknya kemahiran fekah yang digunakan secara salah. Jadi fasiqlah ahli feqah kalau tidak diterapkan bersama nilai-nilai tasawwuf.

Tapi, kalau bertasawwuf pula, tidak peduli feqah, lagi bahaya. Jadi Zindiq. Zindiq ni alias keluar agama terus. Misal kata, seorang yang bertasawwuf, dia akan sampai ke peringkat solat pakai niat.boleh buat benda haram kalau maqqam dan melepasi syariat. Sudah masuk ke arena hakikat. Merka lantas membariskan diri sebagai para auliya yang dipanggu "khawas". Ada hukum khusus buat mereka.. Mereka sudah tidak sama dengan oorang awam. Inilah puncanya mereka jadi Zindiq. Menentang Syariat, dan menentang pula Sunnah Rasulullah SAW.

Tuesday, February 19, 2019

HADIR DAN NAZIR

Hadir dan Nazir maksudnya berada di sesuatu tempat dan menyaksikan sesuatu peristiwa. Dua kalimah ini merujuk kepada apa yang dipercayai oleh satu golongan sufi yang dinamakan Brelwi. Kumpulan ini muncul di India dan pengasasnya bernama Ahmad Ridho Khan Taqi Ali Khan. Dengan kepercayaan seperti ini, golongan Brelwi meyakini bahawa nabi SAW hadir dalam majlis-majlis yang diadakan di pelbagai tempat. majlis tersebut samada, majlis maulid, qosidah, pengajian atau sebagainya. Rasululullah juga didakwa menyaksikan peristiwa-peristiwa yang berlaku di seluruh alam. Bersama dengan kepercayaan ini, golongan Brelwi mempercayai ketinggian kedudukan nabi SAW sehingga sampai ke peringkat memiliki sifat-sifat Lahut.

Sudah tentu kepercayaan ini janggal. Tetapi ia menjadi panitan mereka dan tidka kurang juga di rantau alam Melayu kita ini yang terpengaruh. Itu sebab kenapa munculnya acara berdiri semasa solawat. Tahukah anda kenapa orang yang buat majlis marhaban itu berdiri? Ia bukan amalan yang tidak ada asal muasalnya. Asalnya kerana percaya nabi hadir.

Tanpa sedar, kepercayaan tantang hadir dan Nazir ini menyerap masuk dalam amalan agama kita. 

Waspadalah!


Sunday, December 16, 2018

Bila ustaz dihalang bersiaran di TV

Apabila seorang ustaz masuk TV, orang ramai anggap perkataannya ada otoriti. Boleh jadi ada tanggapan otoritinya menyamai otoriti sang mufti. Kekadang, ada budak baru belajar, masuk TV cakap agama, banyaklah salah silapnya. Orang ramai yang dengar  rancangannya pegang apa yang dikatakannya. Apa yang ustaz lain cakap, tak masuk TV tidaklah sehebat ustaz TV.

Ustaz TV inilah dipanggil sebagai ustaz selebriti. semenjak dua menjak ini, isu ustaz selebriti menghangatkan persada media sosial negara. Ini berikutan beberapa kenyataan yang mengelirukan yang dituturkan. Maka, timbullah tempelakkan terhadap mereka dan mereka pun dipanggil ustaz mee segera.

Tular pula sehari dua ini senarai beberapa orang ustaz yang dilarang masuk TV. Nampak macam ada tangan-tangan politik. Ustaz yang dilarang itu dikenali penyokong kuat parti pembangkang dan kuat menyerang kerajaan baru sewaktu belum berkerajaan dna juga sesudah berkerajaan. Apabila ada larangan ke atas mereka untuk bersiaran di TV, ia dilihat sebagai tindakbalas kerajaan ke atas mereka atas nama dendam politik.

Kisah ustaz kena gam ini biasalah. Bukan sahaja zaman kini. Zaman kerajaan lama dulu pun begitu. Kena gam di TV tidak seteruk kena gam daripada masuk ke negeri tertentu. Ada negeri gam ustaz tertentu kerana syak wasangka aliran. Kes semacam itu lagi berat. Jadi, kalau digam daripada TV, itu bukan menghairankan. TV itu kerajaan punya dan kerajaan ada hak untuk membataskannya.Tapi negera ini milik bersama  dan melarang orang masuk mengajar dalam wilayah tertentu adalah keterlaluan.

Biarlah...bumi Allah tidka sempit. kalau penceramah di halang dengan cara tertentu, itu cabaran. Ustaz kalau hadapi cabaran, kena gembira dan bersyukur. Itulah cara Allah menapis agar pendakwah itu benar-benar atas jalan nabi. Sesiapa banyak bala bencananya, makin dekatlah dia dengan manhaj nubuwwah.

Tuesday, December 11, 2018

Isu "even angels make mistakes". Panjangkan akalmu!

Ada baiknya kalau kita ambil pendekatan diam sebelum memberi pendapat. Ramai orang gopoh dan cepat melatah. Sebelum faham betul-betul sesuatu perkara, macam-macam tafsiran dan pendapat sudah keluar. Itulah, kata orang kalau diam nampak cerdik. Tapi kalau bising dan banyak cakap, kebodohan akan terlahir dan dilihat orang. 

Isu "even angel make mistakes" yang dituturkan oleh Tun M mendapat banyak ulasan. Bani Melayu tulin yang hanya membaca terjemahan cepat melompat dan melatah. Sampai ke peringkat mengatakan ungkapan tersebut telah menyalahi akidah bahkan meroskkannya. Apa boleh buat. English pun cukup makan sahaja. Apatah lagi untuk memahami pepatah Bani Asfar itu. 

Banyak juga komen rasional yang mengambil pendekatan rasional. Namun, ada kalangan ustaz yang cepat latahnya. Angel dalam Bahasa Inggeris cepat ditafsirkan "malaikat" dalam bahasa Arab. Maka meluncurlah cemuhan dan sindiran tajam kepada penuturnya. 

Memang tak sama orang berilmu dengan yang tidak. Ilmu bukan sahaja pasal hukum hakam agama tetapi juga hikmah kata bicara syair bangsa-bangsa. Sebab itu Ibn Abbas jadi "bahrun" dalam ilmu tafsir. Dia menguasai sudut bahasa Arab dan memiliki khazanah syairnya. Lalu, mereka yang buta bahasa, dengan cepat menghukum secara semberono,

Mujur aku berdiam dan memerhati sebelum faham duduk perkara. Semoga Allah berikan aku akal yang panjang.

 Seorang membuat ulasan isu berkenaan:

Bila Mahathir kata,
"Even angels make mistakes",

Pihak media terjemahkan bulat²,
"Sedangkan malaikat pun buat silap".


Yang lain pun percaya, terus keluarkan bermacam pendapat membidas.

Abang ni bukanlah peminat Mahathir tapi abang nak jelaskan dari sudut tatabahasa.

"Even angels make mistakes" tu adalah English idiom. Bermaksud, "Kadangkala orang yang kita anggap paling sempurna pun melakukan kesalahan".

English idioms atau terms tak boleh diterjemahkan bulat² atau secara terus.

Contohnya, korang support kelab Man United.
Man U dikenali sebagai The Red Devils. So, adakah korang disamakan atau dimaksudkan sebagai penyokong kelab syaitan-syaitan merah?

Contoh lain, korang bercinta, kadang² ada juga korang luahkan kepada pasangan korang, "Oh you are my angel, baby". So, adakah pasangan korang itu adalah malaikat atau korang bercinta dengan seorang malaikat?

Kalau kawan-kawan tanya keadaan abang masa abang tak sihat, abang akan jawab, "Under the weather". Bukanlah maksudnya abang berada di bawah cuaca. Tetapi maksudnya abang sedang sakit, tak sihat.

Contoh paling mudah, bila orang tanya, "Kau yakin boleh buat semua tu?"

Jawapan di dalam bentuk English idiom adalah "It's a piece of cake". Bermaksud, ianya mudah.

Sebab itu pentingnya english education.

Satu lagi contoh,

Hardware = barang keras

Software = barang lembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server= pelayan

Client= pelanggan

Jika dibuat ayat,

"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client".

Jika diterjemahkan bulat² ke dalam bahasa Melayu,

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan".

Logik tak?

Tidak salah untuk membidas tetapi biarlah dengan cakupan ilmu yang betul dan tepat. Kerana jika kita membidas mengikut orang tanpa faham apa yang kita bidas, kita akan ternampak lebih dangkal dan jahil.

Credit to my English Teacher : Sir Keyser Söze

Monday, December 10, 2018

Tabban liman khanal awam

Mendedahkan kebobrokan dalam institusi kerajaan  yang telah berlaku pada masa lalu bukanlah satu tindakan yang menjerumuskan masa depan institusi tersebut. Ia malah memberikan keyakinan baru kepada rakyat bahawa jenayah masa lalu itu tidak lagi akan berulang. Berterus terang dengan rakyat adalah lebih baik daripada menyembunyikannya. 

Para pemimpin UMNO selalu menunjukkan sifat prihatin mereka dalam perkara menyembunyikan kejahatan. Alasan mereka takut rakyat bimbang. Dalam kes TH, Ketua Pemuda UMNO menyifatkan pendedahan Datuk Mujahid sebagai tindakan yang boleh menjahanamkan TH. Apa akan jadi kalau pendeposit hilang kepercayaan kepada TH dan keluarkan duit mereka?

Ini merupakan helah untuk menakut-nakutkan kerajaan agar kejahatan masa lalu terhadap TH disenyapkan. Kehendak majoriti rakyat adalah membongkar segala kebejatan pengendali TH masa lalu biar telanjang habis. Wang amanah rakyat jangan dibuat main-main. Kehormatan maruah tiada bagi ornag mengkhianati amanah awam. 

Dalam sebuah peperangan, dalam perjalanan nabi pulang, seorang lelaki sahabat nabi yang menarik tali unta nabi terkena panah sesat. Dia mati. Sahabat lain memujinya dan memanggilnya Syuhada'. Namun, nabi nafikan kemuliaan itu untuknya. Kerana perbuatannya mencuri sedirham harta ghanimah, dia tidak layak disanjung sebagai syahid. Kalau tidak, apalah salahnya nabi pejamkan mata. Lagipun dia telah mati. Apalah guna yang sudah mati diungkit lagi.  Tentu dia juga ada jasa. 

Namun, khianat harta awam tidak bisa dimaafkan!

Rujuk permasalahan:

 https://www.malaysiakini.com/news/455562

Sunday, December 09, 2018

AGENDA MERUNTUHKAN KERAJAAN?

Agenda menjatuhkan kerajaan? Dakwaan bahawa perhimpunan Anti-Icerd adalah agenda menjatuhkan kerajaan dan upaya menggugat kerajaan dari dalam adalah berlebih-lebihan. Ia menjadi bertambah berlebih-lebihan apabila dikaitkan dengan krisis Malaysia-Singapura dewasa ini dan ditafsirkan sebagai upaya luaran menggugat kerajaan Malaysia.

Ia khayalan berlebih-lebihan seorang pemimpin kerajaan PH. Ayat menumbangkan kerajaan dengan perhimpunan adalah ayat kerajaan UMNO-BN dahulu dan tidka harus didendangkan lagi oleh kerajaan baru. Kerajaan baru hendaklah meraikan perhimpunan rakyat dan tidak melihatnya sebagai upaya  menumbangkan kerajaan . Selama ini, demonstrasi tidak pernah menumbangkan kerajaan. Lalu, mengapa masih ada ornag beranggapan demikian?

Kita mengharapkan pemikiran penuh toleransi dalam Malaysia baru ini. Bukan pemikiran yang penuh prasangka, resah gelisah dan tidka keruan.