CARI BAHAN
Sunday, June 23, 2013
JANGAN MENCIPTA BAHIIRAH, SAAIBAH, WASIILAH DAN HAAM****.
Mencipta satu bid'ah lalu disandarkan kepada agama Allah adalah dicela sebagaimana Allah mencela kepercayaan Bahiirah, Saaibah, Wasiilah dan Haam.
Tuesday, June 18, 2013
Hina bangsa kerana rasuah
Musa Hasan, bekas ketua polis Negara menyifatkan rasuah sebagai punca kenapa orang Cina tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 baru-baru ini. Orang Cina, terutamanya golongan muda sangat menolak amalan rasuah yang sudah mendarah dahing dalam pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh UMNO sebagai parti dominan. Ia bukan kerana sifat ani Melayu atau sebagainya. Menurutnya, rasa hormat golongan muda Cina kepada orang Melayu juga tehakis gara-gara amalan rasuah yang membarah dalam UMNO sebagai parti kebangsaan Melayu.
Sebenarnya, bukan sahaja Cina yang hilang hormat kepada Melayu yang rasuah. Lembu dan babi pun tidak hormat kepada Melayu yang rasuah. Lebih daripada itu, syaitan pun tak ada rasa hormat, apa lagi takut kepada Melayu yang rasuah. Biarlah Melayu berkeris sesakti Tameng Sari, dengan rasuah Melayu hanya layak mengasapnya utuk menikam udara dan fuh kiri fuh kanan.
Aku Melayu pun meluat dengan Melayu perasuah. Membuang semangat kebangsaan yang melulu, aku lebih rela bertuankan Cina yang amanah dari Melayu perasuah.
Monday, June 17, 2013
HIZBULLAT DAN NASRULLAT
Bukan Hizbullah tapi Hizbullat
Bukan Nasrullah tapi Nasrullat
menyebar mimpi buat ummat
lagak tampil sang penyelamat
menentang Zionus yang dilaknat
namun bermain siasat khianat
telunjuk lurus kelingkin berlipat.
Dengan Yahudi bermain acah
kejar sembunyi sang bocah
dengan Sunni menumpah darah
taghut Bashar mereka sembah
nama Husain dilagu burdah
namun Aishah dicemar maruah
sahabat bertiga habis disumpah.
Kilauan sinar bukan rembulan
tersungkur pesona pengkagum Nasrullat
rupanya dia hanya seorang penjilat
sedarlah seluruh ummat
afrit disangka malaikat.
Tiada kebangganan pada tanah Parsi
jika masih mewarisi sesat majusi
Ahlul Iraq kembali beraksi
Hussain dikhianat berpura tangisi
di mana juga Rafidhah berdiri
lebih aman di bawah Romawi
sebelum Islam Islam tegak lestari.
Mereka gemar mengalirkan darah
tidak dapat Sunni untuk dikekah
diri sendiri ditabuh berdarah.
10 Muharam menipu sejarah.
Jika bangsaku menjadi Syiah
jika sahabatku memilih Rafidhah
hiruplah selaut darah
bunuhlah Ahlus Sunnah
seperti yang mereka lakukah di bumi Kinanah.
Jeritkan sahaja cerca makimu
dalam bahasa para pendahulumu
usah menampil wajah berseri
di balik pekat hitam kalbu
taqiah sudah tidak laku.
Kini bukan masa bersilat kata
angkara Hizbullat dan Nasrullat
serta durjana tanah sekangkang dajal terlaknat
sudah membusuk bau khianat
masihkah perlu mencari muafakat
mendendang lagu menyeru akhawat
Setelah terpampang depan mata
tiada persaudaraan dalam agama
antara pemuja lata
tak akan bersaduara pemuja Allah Tuhan semesta.
Bukan Nasrullah tapi Nasrullat
menyebar mimpi buat ummat
lagak tampil sang penyelamat
menentang Zionus yang dilaknat
namun bermain siasat khianat
telunjuk lurus kelingkin berlipat.
Dengan Yahudi bermain acah
kejar sembunyi sang bocah
dengan Sunni menumpah darah
taghut Bashar mereka sembah
nama Husain dilagu burdah
namun Aishah dicemar maruah
sahabat bertiga habis disumpah.
Kilauan sinar bukan rembulan
tersungkur pesona pengkagum Nasrullat
rupanya dia hanya seorang penjilat
sedarlah seluruh ummat
afrit disangka malaikat.
Tiada kebangganan pada tanah Parsi
jika masih mewarisi sesat majusi
Ahlul Iraq kembali beraksi
Hussain dikhianat berpura tangisi
di mana juga Rafidhah berdiri
lebih aman di bawah Romawi
sebelum Islam Islam tegak lestari.
Mereka gemar mengalirkan darah
tidak dapat Sunni untuk dikekah
diri sendiri ditabuh berdarah.
10 Muharam menipu sejarah.
Jika bangsaku menjadi Syiah
jika sahabatku memilih Rafidhah
hiruplah selaut darah
bunuhlah Ahlus Sunnah
seperti yang mereka lakukah di bumi Kinanah.
Jeritkan sahaja cerca makimu
dalam bahasa para pendahulumu
usah menampil wajah berseri
di balik pekat hitam kalbu
taqiah sudah tidak laku.
Kini bukan masa bersilat kata
angkara Hizbullat dan Nasrullat
serta durjana tanah sekangkang dajal terlaknat
sudah membusuk bau khianat
masihkah perlu mencari muafakat
mendendang lagu menyeru akhawat
Setelah terpampang depan mata
tiada persaudaraan dalam agama
antara pemuja lata
tak akan bersaduara pemuja Allah Tuhan semesta.
Sunday, June 16, 2013
Kekalahan itu rahmat buat muslimin
Kemenangan untuk Islam terpaksa menempah jalan berliku. Tahun-tahunnya panjang dan cabaran bermacam-macam. Namun, bila kemenangan itu telah berjaya digapai, masa berbulan madu dengan kemenangan itu hanya beberapa masa yang boleh dibilang degupannya. Lihat sahaja tempo pemerintahan tamaddun Romawi dan Parsi. Dua kerajaan besar dalam sejara itu menikmati musim bunga yang lama berabad. Sedangkan Islam hanya menikmati tempoh masa yang sebentar sahaja. Walau sudah memerintah lebih seribu tahun, ia masih dikira sedikit berbanding tempoh yang dinikmati oleh tamaddun kafir itu.
Mengapa jadi begitu?
Dalam usrah, kau menyebutkan bahawa itulah kasih sayang Allah buat para Mujahidin agamanya. Agar hidup penuh dengan perjuangan dan dengan itu dapat diganjari pahala, maka Allah jadikan turun naik kemenangan Islam. Jika Islam sentiasa menang, semangat juang ummatnya mengalami tempoh "dormant" dan itu merugikan untuk meraih pahala akhirat. Sebesar-besar pahala buat insan muslim adalah pahala menanggung letih dan penat berjuang demi agama Allah SWT.
Maka, marilah kita sabar dengan kekalahan dan kita cemas dengan kemenagan.
Friday, June 14, 2013
Berimamkan ustaz yang dikafirkan.
"Apakah hukumnya seorang yang telah menghukumkan kafir seseorang, lalu pada satu ketika dia solat dibelakang orang yang dikafirkan itu sebagai makmum? Sahkah solat orang tu?", sebuah soalan dilontarkan dalam Daurah beberapa hari yang lepas. Soalan tidak menyebutkan siapa yang terlibat, tetapi aku cukup mengerti terhadap isu mana yang dikisarkan soalan itu
Terdahulu, beberapa bulan yang lepas, aku dikhabarkan mengenai tuduhan kafir yang diceluparkan oleh seorang terhadap para ustaz yang menyokong pembangkang. Saking marahnya terhadap pembangkang, maka dengan amarah yang membara, dikatakannya para ustaz yang menyokong pembangkang adalah kafir. Itulah tuduhan kemuncak di atas tuduhan-tuduhan lain seperti sesat, khawarij, bughat dan sebagainya.
Lantas, tiba-tiba orang itu boleh solat di belakang ustaz yang dikatakan kafir itu. Apakah hukumnya solatnya? Demikian soalan yang dilontarkan dalam Daurah.
Aku menjelaskan hadis nabi yang melarang tuduhan kafir dan nifaq dilemparkan secara semberono. Andai orang yang dituduh kafir atau munafiq itu tidak sebagaimana yang dituduhkan, maka sifat kafir dan munafiq itu akan kembali kepada si penuduh. Tuduhan tersebut hanya boleh dijatuhkan dan tidak berputar balik seandainya yang dituduh itu jelas kekafiran dan kemunafikannya. Malah, dalam hadis nabi SAW juga disebutkan bahawa tidak mengkafirkan orang kafir akan menyebabkan orang yang berkenaan itu menjadi kafir.
Rasulullah SAW telah bersabda:
إذا قال الرجل لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما
" Apabila seseorang berkata kepada saudara seislamnya: Wahai kafir, maka tuduhan itu akan terpalit kepada salah seorang daripada keduanya".
(Hadis Muttafaq Alaih)
Mengenai individu yang mengkafirkan para ustaz yang menyokong pembangkang tersebut, aku katakan sukar untuk difahami kesudiannya menjadi makmum di belakang ustaz yang dikafirkan. Barangkali, itulah bahananya jika kail hanya sejengkal , pergi memancing di tengah laut yang dalam. Selain memperlihatkan kebodohan diri, hasilnya pun tiada.
Monday, June 10, 2013
Kehidupan pelbagai warna.
Telah aku katakan. Dunia bukan diciptakan Allah SWT swbagai syurga. Dunia diciptakan dengan keragamannya yang saling bertentangan. Ada tangis dan ada ketawa. Suka dan duka bercampur dan saling melepaskan enaunya. Justeru, tidak perlu dikeluh kesahkan dengan dunia yang varieti keragamannya ini.
Sekejap, kita dengar ada orang hina Yang Dipertuan Agong. Maka tindakan pun disusulkan. Ada pihak menuntut agar Akta Derhaka Raja diperkenalkan. Namun, ada yang menyifatkannya sebagai tindakan kembali ke zaman "Tok Nadok". Tiba-tiba pula ada orang tulis dalam media sosial menghina Junjungan Besar Rasulullah SAW. Bangkitlah sekali lagi amarah pencinta nabi yang entahkah cinta nabi betul-betul atau hanya mainan kata sahaja.
Lepas ini, entah apa lgi. Itulah dunia. Tidak akan pernah aman selagi dalam dunia. Dunia dengan keragamannya telah pun disuratkan.
Itulah keindahan hidup sebagai manusia di bumi. Allah yang menciptakan corak kehidupan pelbagai warna ini.
Friday, June 07, 2013
Anwariyyun...ada aku kesah?
Selepas pilihanraya ini, suara-suara kalangan ahl Pas mengenai kewujudn golongan Anwariyyun dalam Pas kembali bersiponggang. Nampaknya, semacam ada kebecian tradisi terhadap Anwar di kalangan ahli Pas yang semacam ini. Walaupun kepimpinan utama parti telah bermuafakat untuk menegakkan tahalluf siyasi dalam perjuangan melawan hagemoni UMNO dan memilih parti PKR dn DAP sebagai rakan, masih ada kucar kacir yang tidak rela mengharmonikan. Meletakkan Anwar sebagai target akan menjadikan usaha tahalluf siasi berantakan.
Seperti orang-orang yang selalu membantai taqlid mazhab, pada akhirnya mereka mahu orang lain bertaqlid kepadanya. Bila orang bertaqlid kepadanya, itu dikatakannya sebagai kebebasan feqah.
Maka, orang ini marah kalau ada Anwariyyun. Kelak, jika ada kelompok yang taasub kepadanya, senyumannya akan melebar sehingga ke telinga. Apa nak disibukkan dengan Anwariyyun? Seorang pemimpin jika ada karisma, akan ada pengikut ta;subnya. Sudah zaman-berzaman sejarah menunjukkannya. Bukan satu yang perlu dihairankan. Ia adalah fitrah manusia.
Sunday, June 02, 2013
HJ. AYONG HASAN
Aku pergi bercuti di Kota Kinabalu sejak hari Rabu lepas. baru Semalam aku sampai kembali di Sandakan. Ramai benar orang bercuti di Kota Kinabalu kali ini, sampai untuk dapat penginapan hotel pun susah. Terpaksalah aku menncari ke luar hingga ke Putatan. Baru kutemui hotel di sana. Tiga hari aku di Kota Kinabalu, tidak juga menarik untuk dicatatkan. Hanya sempat juga aku ke Kota Belud mencari pembuat parang atau golok. Dapatlah sebilah parang sembelihan buatan Pak Cik Lan. Harganya RM150.00 Tempat pula daripadanya pisau sembelihan sebanyak empat bilah, yang katanya akan dihantarkan melalui kawannya yang sering bertandang ke Sandakan. Harga setiap satu adalah R||M60.00
Hidup bukannya lama. entah esok lusa kematian menjemput kita. Sebaik-baik manusia adalah yang sentiasa ingat kematiannnya dan membuat persediaannya bagi menghadapi hari paling bersejarah dalam hidupnya itu. Sedang aku dalam perjalanan pulang ke Sandakan dan sudah berada di jalan melepasi Tamparuli, seorang sahabat dari Sandakan menalifon. Dia mengkhabarkan bahawa Tn. Hj. Ayong Hasan, bekas pengerusi masjid Al-Fajr sudah meninggal dunia. Aku cukup mengenalinya kerana pernah dilantik olehnya untuk memegang ketua biro dakwah surah Al-Fajr hinggalah meningkat tarafnya menjadi masjid.
Aku sampai di Sandakan menjelang jam 10 malam. Sempat juga aku menziarahinya untuk ke sekian kalinya. Esok dikhabarnya jenazahnya akan disolatkan di masjid al-Fajr, jam 10 pagi.
Semoga Allah mencucurkan rahmat dan kemapunanNya ke atas isan bernama Hj. Ayong Hasan. Sekarang, perjalanannya telah sampai ke penghujung dan kita entah bila lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)