CARI BAHAN

Tuesday, May 19, 2026

Bukan senang jadi orang nombor satu.

Kemunculan Parti Baru bernaam Parti Bersama Malaysia (PMB) yang bakal dipimpin Rafizi Ramli akan mernacakkan lagi politik Malaysia. Rafizi yamng sebelum ini Timbalan Presiden PKR  yang tumpas dalam pemilihan dan tersungkur sebelum mencecah jawatan Presiden PKR, kini akan akan bergelar Presiden. Jika sebelum ini dalam PKR dia pemipin nombor dua, selepas ini dia akan jadi pemimpin nombor satu. Dia akan dikenali sebagai Presiden Parti Bersama Malaysia.

Rafizi bersama simpatisannya akan berhempas pulas membangunkan parti mereka itu. Dia akan memikul penat lelah menjadi pemimpin utama. Ia tidak sama dengan menjadi pemimpin yang bernaung di bawah populariti dan kredebiliti pemimpin lain. 

Satu hal yang perlu disedari, menjadi pemimpin teratas adalah tanggungjawab yang sangat berat. Apakah Rafizi akan bahagia dengannya dan sanggup bertahan menempuh tahun-tahun yang penuh cabaran? Rafizi belum pernah teruji dengan beban berat sejauh usia yang dia ada. Apa yang ditempuh sebelum ini hanyalah tempias mehnah yang tidak seberapa. Pemimpin utama perlu tahan asakan dan tidak boleh mudah kewalahan berdepan serangan musuh. 

Bak kata pepatah, patah kaki bertongkat paruh, seorang pemimpin perlu tetap tegak berdiri. Pemipin utama membawa beban para pengikut dibelakangnya.Pemimpin utama perlu bertindak seperti Musa yang mebelah laut di saat para pengikut sudah berputusa asa dan hilang arah. Dia tidak boleh gegabah dan lari dari medan perjuangan.

Beberapa tahun mendatang kita melihat hakikat sebuah kemilau. Apakah ia permata atau hanya fatamorgana.

Saturday, May 16, 2026

Bila Syaitan melempar dalam umniyyah seseorang

Saya menilai jawapan Ust Zawawi dalam video minta maafnya atas isu perkataannya terhadap sahabat besar Nabi SAW Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Hamzah. Berulang kali dia menyebutkan bahawa riwayatnya yang menyebutkan bahawa di masa jahiliyyah, Abu Bakar seorang ceti dan kaya dari  hasil pemerasan dan Umar Al-Khattab hobinya berzina adalah bersumberkan qaul yang lemah. Walaupun dia minta maaf, permintaan maaf itu bukan sebuah pengakuan kesilapan memalsukan cerita. Baginya apa yang disebutkan itu ada dalam kitab , cuma riwayatnya lemah. Video ketiga yang dibuatnya selepas memberi keterangan kepada pihak polis, menasihatkan diri sendiri dan orang ramai agar pilih pendapat yang kuat dan tinggalkan yang pendpaat yang lemah. Dia menyatakan kesilapannya adalah kerana mengambil riwayat yang lemah.

Ini masalahnya. Minta maaf itu bagus. Namun, dalam kepalanya masih beranggapan bahawa ceritanya itu ada dasar. Cuma ia lemah. Para ilmuan yang banyak di Malaysia mempertikaikan keabsahan cerita itu dan menegaskan ketiadaannya dalam mana-mana riwayat kitab sirah Sunni. Riwayat lemah pun tak ada. Sepatutnya mengaku salah dan akur bahawa dia terlanjur lidah. Titik. Habis Cerita. kalau boleh Menangis dan istiharkan taubat kepada Allah. Tak payah berbelit-belit mengatakan bahawa dia silap pilih kata, silap ambil riwayat lemah dan sebagainya. Semua itu tak ada. yang ada adalah kejahilan diri tentang sirah atau mungkin sikap gegabah dalam menukilkan sirah.

Ada kalangan ilmuan yang cari punca yang mungkin diamabil oleh Ust Zawawi. Paling mungkin adalah dia silap faham teks ketika menggambarkan  Abu Bakar sebagai seornag yang melakukan tugasan "Al-Asynaq" yang melibatkan kutipan "Diyyat Wal Magharim". Baca teks dan faham cara sendiri. Magharim diertikan hutang. Malas kaji lebih jauh apakah maksud hutang yang disebutkan dalam teks sesetengah buku sirah, ia diertika hutang amcam hutang yang dikutip ceti. Itu kesalahan dalam memahami teks. Hutang dan diyyat itu berkaitan dalam konteks tugasan "Al-Asynaq" yang dijalankan Abu Bakar. Kabilah berperang dan ada pembunuhan. Bila berdamai cara nak selesaikan kena bayar diyat. Duit itu jadi hutang. Abu Bakar pergi kutip bagi pihak yang menutut. Ini kerana dia dipercayai oleh kedua-dua pihak. 

Namun, kalau nak dikatakan Ust Zawawi salah faham teks tersebut, bagaimana pula dengan pelebelan Umar Al-Khattab sebagai berhobikan sina? Teks mana yang diambil dan disalah fahami? Yang ini payah diklarifikasikan. Apa yang boleh dikatakan, ini cuma rembesan wahyu syaitan yang menerobos "umniyyah" nya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Haj, ayat 52:

إِذَا تَمَنَّىٰ أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ
" Bila dia mahu sesuatu (Yang diinginkan), maka Syaitan mencampakkan sesuatu dalam keinginannya itu"


Ayat di atas menceritakan tentang para Nabi yang dicilok oleh Syaitan dalam penyampaian mereka. Namun, kerana para Nabi itu maksum dalam tabligh mereka, syaitan gagal dalam cilokkannya. Ust Zawawi bukan orang yang terpelihara macam para Nabi. Dalam asyik bercakap itulah Syaitan campakkan dalam bicara dan angan-angannya. Lalu meluncurlah kata-kata tak berasas kepada sahabat Umar Al-Khattab.

Ini lebih dekat kepada punca masalahnya daripada mengaitkan dengan salah faham teks Arab. Ia semakin jelas apabila tuduhan kebejatan Jahiliyyah itu dipukulratakan juga kepada Ali bin Abi Talib yang masih kanak-kanak masa Islamnya dan juga kepada Uthman bin Affan yang kerana sifat malunya, Allah pun malu kepadanya. Tiada teks yang disalahfahami, tiada sama sekali qaul marjuh atau lemah yang didakwa oleh Ust Zawawi itu. 

Saya katakan itu adalah lontaran Syaitan dalam umniyyah-nya yang mana itu memang jadi kebiasaan Syaitan dalam memperdaya orang yang bercakap.  Makin banyak bercakap, makin terbukalah peluang syaitan menyelitkan kata-katanya dalam bicara sang orator. Maka, kerana itu, ada riwayat perkataan Salaf menyebutkan:

مَا أَكْثَرَ أَحَدٌ الْكَلَامَ إِلَّا كَثُرَ سَقَطُهُ

“Tidaklah seseorang banyak bercakap melainkan banyaklah tergelincirnya.”




Wednesday, May 13, 2026

Ana maafkan semua yang menghina saya

 Kita kerap dengar ungkapan ini keluar daripala mulut oorang yang dikenali sebagai ustaz atau tokoh agama. Dengan mengucapkan kata-kata seperti ini, dia meletakkan dirinya sebagai pihak yang memberi, sesuai dengan maksud hadis "tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima". Kalam yang semacam ini , jika diamati, ia mengandungi satu keujuban yang meletakkan diri suci dan bersih. Padahal Allah melaraang orang beriman daripada mensucikan diri. Firman Allah SWT:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

" maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Allah yang maha tahu siapa kalangan kamu yang paling bertakwa".

Terusterang, sikap suka minta maaf ini payah dilaksanakan, terutama kalangan ustaz dan ahli agama yang merupakan orang yang banyak bercakap dan bersyarah kepada khalayak. Ramai ustaz atau agamawan, kalau salah dalam bercakap, mengambil sikap berdiam diri dan tidak melayan kritikan orang. Ia mahu menjadikan masa yang berlalu selepas ucapannya , orang melupakan kesalahannya. Dia tidak perlu meminta maaf yang pada hematnya akan menjatuhkan harkatnya sebagai ustaz dan ikutan dalam masyarakat.

Berat untuk minta maaf , sesungguhnya adalah satu sifat mazmumah. ia samalah dengan orang yang susah untuk beristigfar memohon ampun kepada Allah. Dalam banyak keadaan, istighfar kepada Allah itu lebih mudah. Namun minta maaf kepada manusia lain, itu amat payah.

Bila diungkapkan kata "saya maaf anda semua!", itu sangat ironik. Bila orang minta maad kepada yang memberi maaf itu. Orang rtk minta, tapi diberikan. Umpamanya beri sedekah kepada oorang yang tak mengharapkan. Boleh jadi orang sudah kaya dan berkecukupan. Maka orang tak meminta-minta lagi. Lalu, apa faedahnya berikan sedekah kepada orang yang sudah berkecukupan dan tak mengharapkan seekah?

Macam beri maaf kepada orang yang tak minta maaf. Apa faedahnya. Bahkan, di mata orang, sang pemberi maaf itulah yang salah Dia paut minta maaf dan orang lain akan mempertimbangkan samada untuk maafkan atau tidak. Biasanya, hati manusia jadi lembut bila orang minta maaf. kemaafan akan diberi. Tapi, kalau tak mahu minta maaf, orang melihat kesombongan dan ujub  yang bersarang.

Dalam pengalaman dan pengamatanku, ada seorang ustaz yang kerap buat khilaf dalam kata-kata. Aku pun tak berkenaan dengan kesalahannya itu. Namun bila ramai orang mengkritiknya dan menyatakan kesalahannya, ditegakkan hujjah buatnya, dia tampil minta maaf. Ini nilai yang sangat bagus. Ini akhlak yang patut diteladani. Ustaz  yang aku maksudkan itu adalah Ust Syeikh Zinul Asri, pengasas DARSA. Dia bagus dalam soal minta maaf. 

Perangai ini payah nak dilihat sekalipun di kalangan ustaz-ustaz yang memperjuangkan sunnah.  Kita patut ambil pelajaran daripada nilai mulia ini. Ingatlah, martabat seorang ustaz tidak jatuh terseungkur dengan unkapan "SAYA MINTA MAAF, SAYA AKUI KESILAPAN SAYA!".