Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyar ayat 18:
i) Mutaqbalul Qorib
ii) Mustaqbalul Ba'id
Kedua-dua jenis masa depan di atas perlu dipersiapkan perbekalan. Kita tidak boleh hanya persiapkan masa depan yang jauh dan lupa masa depan yang dekat. Dengan kata lain hanya persiapkan masa depan akhirat tapi tak peduli masa depan dunia. Demikian terlebih utama sebaliknya. Tidak boleh sibu siapkan masa epan yang dekat iaitu masa akan datang dalam kehidupan dunia dan lupa masa depan jauh yang menanti di akhirat.
Hidup dunia hanya sekejap. Hidup akhirat itulah yang kekal abadi dan bakal menempuh masa yang tidak terbatas.
Ketika kita baca ayat Quran di atas, kita boleh faham dari dua-dua jenis masa depan itu. Kalimah Al-Ghad digunakan untuk menggambarkan hari esok. Hidup dalam dunia hanya ada 3 hari.
i) Hari kelmarin( Al-Ams)
ii) Hari ini (Al-Yaum)
iii) Hari Esok ( Al-ghad)
Kelmarin telah lepas. Tak boleh buat apa lagi. Peluang-peluang telah luput. Hari ini sedang kita allami. Gunakan sebaiknya. Hari esok belum lagi. Mungkin kita akan tempuhi. Tak pasti. Tapi jangan biarkan kita tempuhinya tanpa persediaan.
Kata Al-Ghad tidak semuanya merujuknya kepada hari kiamat yang menjadi Mustaqbalul Ba'id. Kekadang ia juga merujuk kepada Mustaqbalul Qorib seperti firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 34 :
وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok.”
Seorang penyair bernama Qustaki Al-Himsi menitipkan dalam syairnya:
تَقُولُ غَدًا هَلْ تَدْرِي مَا يَلِدُ الْغَدُ
وَهَلْ غَيْرُ رَبِّ الْخَلْقِ يَعْلَمُ مَا يَبْدُو
Engkau berkata, “Esok.” Adakah engkau mengetahui apa yang akan dilahirkan oleh hari esok?
Dan siapakah selain Tuhan sekalian makhluk yang mengetahui apa yang bakal muncul?