CARI BAHAN

Friday, March 13, 2026

Kafir mana yang jelas?

 Antara Rom dan Parsi, orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat Nabi lebih merasa cenderung kepada Rom. Alasannya adalah kerana ada sedikit persamaan dalam iman. Orang Rom masih percaya Allah sebagai Tuhan walaupun mereka mensyirikkannya. Mereka masih mendakwa pengikut seorang nabi dan mempercaya kita Injil sebagai wahyu Allah SWT. Sementara orang Parsi, mereka telah jauh tergelincir. Agama mereka adalah Majusi yang menjadikan api sebagai sembahan. Walaupun mereka masih percaya kepada Tuhan yang agung diberi nama Ahura Mazda, tetapi kessatan mereka telah jauh. 

Allah menyatakan orang beriman bergembira pada hari di mana Rom memenangi peperangan semula dengan Parsi setelah dikalahkan sebelumnya. 

Inti dari kisah kegembiraan orang beriman dengan kemenangan Rom atas Parsi ialah sesiapa yang lebih dekat keimanan dengan kamu, kamu patut bergembira dengannya. Iran hari ini diperintah oleh kelompok Syiah yang masih mengakui sebagai muslim. Masih berkiblatkan Kaabah. Mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Mereka masih menuturkan dua syahadah walaupun ada tambahan. Mereka menjalankan ibadah teras yang diamalkan oleh ummat Islam secara umum seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka juga beriman dengan hari akhirat dan mereka juga mengambil Al-Quran sebagai kitab suci walaupun ada dakwaan ada Quran lain yang mereka sedang tunggu kemunculannya.

Persamaan antara Syiah dengan kaum Muslimin Ahlu Sunnah banyak sekali.

Kekafiran mereka jadi perdebatan kalangan sarjana Islam. Ada beberapa sebab yang samar bagi sesetengah pihak  untuk dihukumkan kekafiran mereka.

Namun, kekafiran Yahudi Zionis dan Amarika Syarikat itu jelas sebegaimana jelasnya matahari di siang hari. Siapa yang tidak kafirkan Yahudi dan Amerika, maka boleh dikatakan dia turut kafir.

Namun, siapa yang tidak kafirkan Syiah, belum boleh dihukumkan keengganan itu sebagai kekafiran! 

No comments: