CARI BAHAN

Saturday, March 14, 2026

Wahai pendakwah...berpadalah!

 Kita diajar agar jangan taksub pada seseorang. Kalau nak taksub juga biarlah hanya kepada yang maksum. Tentunya manusia yang maksum itu hanya Nabi. Taksublah kepada nabi semahumu kerana ia membawa maksud taksub kepada Tuhan. Kepada Allah SWT. Para Nabi itu adaah itusan Allah dan mereka tidak bertindak dan berbicara melainkan menurut wahyu Allah SWT.

Aku telah menyaksikan ramai orang yang mulanya nampak baik, jernih dan ikhlas, kemudiannya pecah tembelang. Ternyata, apa yang dilihat sebelumnya tidak menggambarkan hakikat. Rupanya ada udang di sebalik batu. Telunjuk lurus kelingkin berkait. Para pendokong orang itu , jika taksub, payahlah nak nampak kepincangan yang berlaku. Jika tak taksub, dengan mudah boleh menarik dri dari mendokong dan memberi sokongan.

Dewasa ini kita perlu berhati-hati. Musim hujan bermunculan pelbagai macma kulat. Rumput dan lalang pun mencuat berlumpa ke atas. Semak dan samun segera menguasai ruang. 

Kebebasan dalam media sosial dan ditambah pula kelonggaran dalam penguatkuasaan berikutan reformasi sedikit sebanyak yang dilaksanakan pemerintah, menyebabkan bermuculan para pendekar yang menunjukkan pencaknya dalam agama, bangsa dan negara. Tidak ada lagi ISA yang menghantui. Akta Hasutan tidak cukup ampun mengekang. Justeru banyaklah yang lempar sembunyi tangan. Banyaklah yang merobos dan menyerbu hal-hal yang mengundang efek kakacauan dan mebakar api emosi termasuk antara kaum dan agama. 

Ini menarik para pentaksub dan menggenggam penumbuk ke udara menyatakan sokongan. Para penggalak semangat menyeringai atas keberhasilan menjadi pendekar massa. Selain zatnya berligat di medan, jemarinya juga lincah mengetuk. Dia mengumpan dan membakar emosi. 

Ingatlah...Nabi kita pesan. Falyaqul Khairan Au Liyasmut!

Katakan yang baik-baik atau diam sahaja. Orang diam itu lebih baik daripada berbuih mulut ceramah yang tidak berrrtapis.Kalau tak dapat mengawal diri, ambil kertas dan tulsi dalam buku sahaja. Bina manuskrip yang kelak jadi buku. Manuskrip akan disimpan dan mencapai kematangan berikutan masa beredar. Kalau nantinya manuskrip mengandungi isi yang salah, ia boleh diubah, dipadam dan dibetulkan. 

Tulis...cakap di media sosial....sekali muntah tak dapat ditarik balik!

No comments: