CARI BAHAN

Saturday, March 07, 2026

Amerika, Israil dan Iran-di mana anda?

 Ramai orang keliru dalam krisis di Timur Tengah. Amerika bersama Israil berganding bahu membantai Iran. Negara-negara lain tidak berani campur. Mungkin juga kerana mengambil langkah cermat. Memikirkan untung rugi buat wilayah sendiri. Sementara ummat Islam terperosok antara benci kepada Amerika dan Israil dan mendokong Irah yang punya sejarah hitam dengan dunia Islam Sunni. 

Para pembela Iran cuba merasionalisasi penglibatan Iran dalkam beberapa dekad terakhir berhubung krisis di Irak, Syaria dan Yaman. Mereka juga cuba mengharmonikan ketegangan aliran, antara Syiah dan Ahli Sunnah. 

Aku perlu sedikit masa untuk bertafakur sambil memerhati. Naluriku yang terdalam cenderung kepada Iran yang dilihat sedang dibuli. Padangan sebatas permukaan isu membuatkan aku ingin melihat Iran menang dan menjuarai peperangan. Sebagai muslim, alangkah jeleknya dan terkutuknya aku kalau mahu melihat Amerika dan Israil menjulang kebangaan mereka dan melaungkan kemenangan mereka.

Sensitiviti nuslim wajib ada. Masalahnya cerita tentang penyelewengan ajaran Syiah yang mendominasi Iran itu sangat jelas dan meluas. Dalam hadis akhior zaman, cerita tentang peristiwa Malhamah Al-Kubra, tatkala seornag tebntera bersekutu Rom melaungkan" Menanglah Salib!", maka, ia dibanteras olegh seorang muslim dengan membunuhnya dan mengatakan "Menanglah Islam!". Peristiwa itulah membawa kepada Malhamah Al-Kubra.

Iran Syiah. Amerika itu Aties. Nak kata mewakili Kristien, tidaklah. Israil itu pula Chauvinis Nasionalis. Bukan juga mewakili Judaisme. Kedua-kedua pihak ada masalah dengan fondasi agama masing-masing. Tapi, Iran adalah tanah orang Islam. Apapun dikata, Iran lebih dekat di hati kaum muslimin berbanding Amerika dan Israil.

Dalam situasi inimanakah satuy mudarat yang ringan? Bela Amerika dan pro Israil atau bela Iran? Siapa sanggup pro Israil? Wal Iyazubullah. Belum pernah dalam sejarah keimanan, muslim pro kepada Israil. Yahudi dan ISrail adalah musuh bebuyutan.

Aku agak terhenyak melihat ada kelompok salafi yang sangat anti Iran tapi mereka menafikan sokongan kepada Amerika dan Israil. Seolah-olah sekarang ini, pendirian bukan seharusnya hitam dan putih sahaja. Tidak sokong Iran bukan bermakna sokong Amerika dan Israil. Sikap begini payah untuk difahami, apa lagi dipraktiskan. Ini masa kritikal dan bukan masa untuk cerita konsep atau falsafah. Aku juga bimbang melihat hamasah melangit kepada Iran sehingga menimbulkan "syiqaq" di kalangan muslim sunni dari jalan sunninya.

Mari kita bersederhana. Kita sokong Iran macam kita sokong Korea Utara yang asyik dibuli Amerika. Kita sokong Venuzuela yang diinjak maruah dan kedaulatannya oleh Amerika. Kita sokong Denmark dalam perebutannya dengan Amerika terhadap Greensland. Kita boleh sokong negara kafir, mengapa kita tak mahu sokong Iran atas alasan Syiah? Oh...mungkin alasan kezaliman dan bantuan kerajaan Iran terhadap Bashar Asad , Houthi dan Hezbullah. Itu hal yang ghumudh. Saya selalu menyikapi bahawa pemerintah punya pembaris yang berbeza daripada yang bukan pemerintah.

No comments: