CARI BAHAN

Friday, October 23, 2026

ANEKA BAHTERA



Laut di depanmu luas dan bergelombang.  Kau perlu naik bahtera untuk ke sembernag sana. Ada banyak banyak bahtera yang menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan masing-masing. Antara bahtera itu ada yang membawamu menuju destinasi denagn cepat. Ada yang lambat sampai. bahkan memang ada yang tak akan pernah sampai.

Namun, ada banyak bahtera yang dapat belayar. Salah jika dikatakan hanya ada satu bahtera. Kalaupun yang satu ada, ia adalah bahtera yang dibina dengan pemerhatian Allah SWT. Macam bahtera Nabi Nuh. Kalau bahtera bikinan manusia, banyak sekali. Bahtera itu tidak lestari. Ada sahaja kekurangannya. ia bukan bahtera penyelamat. Ia hanyalah bahtera tumpangan.  Tumpangan nak pergi semberang.

Pakat-pakat bawa penumpang. Nahkoda jangan berselisih dan mendabik dada kata bahteranya sahaja yang selamat. Nakhoda bahtera bukan pandai serba serbi, Ada yang dia tak tahu, minta bantuan nakhoda lain. Kalau para nakhoda saling kerjasama, pelayaran akan selamat dan destinasi dapat dicapai. Smua penumpang bahtera dapat sampai ke semberang.

Bahtera itu bukan bahtera bawa ke negeri syurga. Ia cuma bahtera bawa ke negeri semberang sana di mana ada baris-baris kerusi tepian pantai di susun buat duduk para penumpang elit. Penumpang biasa bolehlah pergi membeli belah di pasarnya yang jenuh atau petik buah di kebun dna mandi di sungai serta pantai. Tempat ini bukan di negeri abadi bernama syurga. ia hanya sebuah tempat dalam dunia yang masih berbaur waras dan edan.

Naik bahtera lanun pun mungkin sampai kalau nakhodanya bertanggungjawab nak hantar penumpang ke negeri semberang. Bukan semua lanun bawa kapal masuk lubang. Bukan pula nakhoda kapal Spanyol itu sesat tak jumpa benua Amerika. Nakhoda kapal Othmaniyah pun boleh bawa kapal menuju Mesir  untuk menyerang kerajaan Mamluk!

Macam-macam nakhoda ada. Macam-macam bahtera ada. 

Sekarang ni bahtera dan mengalami permodenan deras. Sudah tak pakai layar bahkan sudah sampai ke peringkat pakai tenaga nuklier untuk bergerak.

Apa nak diherankan. Ini dunia sahaja bukan akhirat.




Tuesday, October 13, 2026

Masa Depan (Al-Ghad)

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyar ayat 18:

وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ


Allah mengingatkan supaya setiap orang bersiap sedia untuk hari esok. Hari esok adalah masa depan (Mustaqbal). Masa depan ada dua macam iaitu:

i) Mutaqbalul Qorib

ii) Mustaqbalul Ba'id

Kedua-dua jenis masa depan di atas perlu dipersiapkan perbekalan. Kita tidak boleh hanya persiapkan masa depan yang jauh dan lupa masa depan yang dekat. Dengan kata lain hanya persiapkan masa depan akhirat tapi tak peduli masa depan dunia. Demikian terlebih utama sebaliknya. Tidak boleh sibu siapkan masa epan yang dekat iaitu masa akan datang dalam kehidupan dunia dan lupa masa depan jauh yang menanti di akhirat.

Hidup dunia hanya sekejap. Hidup akhirat itulah yang kekal abadi dan bakal menempuh masa yang tidak terbatas.

Ketika kita baca ayat Quran di atas, kita boleh faham dari dua-dua jenis masa depan itu. Kalimah Al-Ghad digunakan untuk menggambarkan hari esok. Hidup dalam dunia hanya ada 3 hari. 

i) Hari kelmarin( Al-Ams)

ii) Hari ini (Al-Yaum)

iii) Hari Esok ( Al-ghad)

Kelmarin telah lepas. Tak boleh buat apa lagi. Peluang-peluang telah luput. Hari ini sedang kita allami. Gunakan sebaiknya. Hari esok belum lagi. Mungkin kita akan tempuhi. Tak pasti. Tapi jangan biarkan kita tempuhinya tanpa persediaan.

Kata Al-Ghad tidak semuanya merujuknya kepada hari kiamat yang menjadi Mustaqbalul Ba'id. Kekadang ia juga merujuk kepada Mustaqbalul Qorib seperti firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 34  :


وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا

“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakannya esok.”


Seorang penyair bernama Qustaki Al-Himsi menitipkan dalam syairnya:


تَقُولُ غَدًا هَلْ تَدْرِي مَا يَلِدُ الْغَدُ

وَهَلْ غَيْرُ رَبِّ الْخَلْقِ يَعْلَمُ مَا يَبْدُو

 Engkau berkata, “Esok.” Adakah engkau mengetahui apa yang akan dilahirkan oleh hari esok?

Dan siapakah selain Tuhan sekalian makhluk yang mengetahui apa yang bakal muncul?