CARI BAHAN

Thursday, September 03, 2026

Tragedi Para Koruptor

Inilah tragedi para koruptor

hidup dalam dunia makan membujur

melentang diratah barat dan timur

mengisi perut najis yang kotor


Amanah rakyat dia sebat

sekupang dua habis dirembat

depan khalayat ditunjuk hebat

rupanya di belakang sangatlah musibat


Tabung haji, felda dan Perwaja

Syarikat kecil besar milik negara

Badan berkanun dan jabatan semuanya

Para koruptor berlumba-lumba


Nabi bersabda buat ingatan

seutas tali kasut jadi alasan

masuk neraka di hari kemudian

jika hasilnya daripada pencurian awam


SIAPA MENYEMAI ANGIN, DIA AKAN MENUAI BADAI.

 Pepatah Melayu menyebutkan, SUAPA MENUEMAI ANGIN, DIA AKAN MENUAI BADAI. 

Ertinya hasil yang akan diperolehi oleh seseorang adalah daripada perbuatanya sendiri. Jika dalam hidupnya menabur angakra, jangan harap orang akan memuja selamanya. Sampai satu masa, akan datanglah karma. 

Orang Putih kata: WHAT GOES AROUND, COMES AROUND

Pujangga Arab pula menyebut: كما تدين تدان


Sebab itu, di waktu kau merasa simpati kepada seseorang, kau toleh ke belakang. Bagaimana riwayat hidupnya. Apakah kejahatan yang dia lakukan kepada ornag lain masa dia kuat, bertenaga atau berkuasa.

Balasan Allah tidak datang semerta. Kekadang ia mengambil masa yang begitu lama dan rupa bentuk balasan tidak dapat dijangka. Kadang-kadang ornag nampak ia kemuliaan diri, tapi satu kehinaan tersirat.