Laut di depanmu luas dan bergelombang. Kau perlu naik bahtera untuk ke sembernag sana. Ada banyak banyak bahtera yang menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan masing-masing. Antara bahtera itu ada yang membawamu menuju destinasi denagn cepat. Ada yang lambat sampai. bahkan memang ada yang tak akan pernah sampai.
Namun, ada banyak bahtera yang dapat belayar. Salah jika dikatakan hanya ada satu bahtera. Kalaupun yang satu ada, ia adalah bahtera yang dibina dengan pemerhatian Allah SWT. Macam bahtera Nabi Nuh. Kalau bahtera bikinan manusia, banyak sekali. Bahtera itu tidak lestari. Ada sahaja kekurangannya. ia bukan bahtera penyelamat. Ia hanyalah bahtera tumpangan. Tumpangan nak pergi semberang.
Pakat-pakat bawa penumpang. Nahkoda jangan berselisih dan mendabik dada kata bahteranya sahaja yang selamat. Nakhoda bahtera bukan pandai serba serbi, Ada yang dia tak tahu, minta bantuan nakhoda lain. Kalau para nakhoda saling kerjasama, pelayaran akan selamat dan destinasi dapat dicapai. Smua penumpang bahtera dapat sampai ke semberang.
Bahtera itu bukan bahtera bawa ke negeri syurga. Ia cuma bahtera bawa ke negeri semberang sana di mana ada baris-baris kerusi tepian pantai di susun buat duduk para penumpang elit. Penumpang biasa bolehlah pergi membeli belah di pasarnya yang jenuh atau petik buah di kebun dna mandi di sungai serta pantai. Tempat ini bukan di negeri abadi bernama syurga. ia hanya sebuah tempat dalam dunia yang masih berbaur waras dan edan.
Naik bahtera lanun pun mungkin sampai kalau nakhodanya bertanggungjawab nak hantar penumpang ke negeri semberang. Bukan semua lanun bawa kapal masuk lubang. Bukan pula nakhoda kapal Spanyol itu sesat tak jumpa benua Amerika. Nakhoda kapal Othmaniyah pun boleh bawa kapal menuju Mesir untuk menyerang kerajaan Mamluk!
Macam-macam nakhoda ada. Macam-macam bahtera ada.
Sekarang ni bahtera dan mengalami permodenan deras. Sudah tak pakai layar bahkan sudah sampai ke peringkat pakai tenaga nuklier untuk bergerak.
Apa nak diherankan. Ini dunia sahaja bukan akhirat.

No comments:
Post a Comment