Saya menilai jawapan Ust Zawawi dalam video minta maafnya atas isu perkataannya terhadap sahabat besar Nabi SAW Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Hamzah. Berulang kali dia menyebutkan bahawa riwayatnya yang menyebutkan bahawa di masa jahiliyyah, Abu Bakar seorang ceti dan kaya dari hasil pemerasan dan Umar Al-Khattab hobinya berzina adalah bersumberkan qaul yang lemah. Walaupun dia minta maaf, permintaan maaf itu bukan sebuah pengakuan kesilapan memalsukan cerita. Baginya apa yang disebutkan itu ada dalam kitab , cuma riwayatnya lemah. Video ketiga yang dibuatnya selepas memberi keterangan kepada pihak polis, menasihatkan diri sendiri dan orang ramai agar pilih pendapat yang kuat dan tinggalkan yang pendpaat yang lemah. Dia menyatakan kesilapannya adalah kerana mengambil riwayat yang lemah.
Ini masalahnya. Minta maaf itu bagus. Namun, dalam kepalanya masih beranggapan bahawa ceritanya itu ada dasar. Cuma ia lemah. Para ilmuan yang banyak di Malaysia mempertikaikan keabsahan cerita itu dan menegaskan ketiadaannya dalam mana-mana riwayat kitab sirah Sunni. Riwayat lemah pun tak ada. Sepatutnya mengaku salah dan akur bahawa dia terlanjur lidah. Titik. Habis Cerita. kalau boleh Menangis dan istiharkan taubat kepada Allah. Tak payah berbelit-belit mengatakan bahawa dia silap pilih kata, silap ambil riwayat lemah dan sebagainya. Semua itu tak ada. yang ada adalah kejahilan diri tentang sirah atau mungkin sikap gegabah dalam menukilkan sirah.
Ada kalangan ilmuan yang cari punca yang mungkin diamabil oleh Ust Zawawi. Paling mungkin adalah dia silap faham teks ketika menggambarkan Abu Bakar sebagai seornag yang melakukan tugasan "Al-Asynaq" yang melibatkan kutipan "Diyyat Wal Magharim". Baca teks dan faham cara sendiri. Magharim diertikan hutang. Malas kaji lebih jauh apakah maksud hutang yang disebutkan dalam teks sesetengah buku sirah, ia diertika hutang amcam hutang yang dikutip ceti. Itu kesalahan dalam memahami teks. Hutang dan diyyat itu berkaitan dalam konteks tugasan "Al-Asynaq" yang dijalankan Abu Bakar. Kabilah berperang dan ada pembunuhan. Bila berdamai cara nak selesaikan kena bayar diyat. Duit itu jadi hutang. Abu Bakar pergi kutip bagi pihak yang menutut. Ini kerana dia dipercayai oleh kedua-dua pihak.
مَا أَكْثَرَ أَحَدٌ الْكَلَامَ إِلَّا كَثُرَ سَقَطُهُ
“Tidaklah seseorang banyak bercakap melainkan banyaklah tergelincirnya.”
No comments:
Post a Comment