Jangan membudayakan hina pemimpin. Pemimpin adalah sosok yang diberikan Allah kedudukan khusus yang tidak diberikan kepada ramai orang. Jika dia berlaku adil, darjatnya di sisi Alalh akan naik melepasi kedudukan para ulama sekalipun. Dia berada pada nombir wahid dalam senarai orang yang layak dilindungi arasy Allah pada hari mahsyar. Sebaliknya jika dia berlaku zalim, rakyat ada dua jalan. Melawannya atau bersabar. Kedua-dua pendekatan ini ada dalam nas yang boleh difahami. Ia bergantung kepada situasi mana faedah dan mana mudarat yang lebih besar. Tiada jawapan tuntas untuk masalah mendepani pemerintah yang zalim.
Pun begitu, jika pemimpin itu zalim menurut kacamata kita, ia mungkin adil menurut kacamata sebahagian yang lain. Jika melihatnya zalim kerana rasa diri kita teraniaya, barangkali ada sebahagian ornag dapat keadilan daripada keadaan teraniaya kita. Para perasuah yang ditangkap serta konco-konconya akan rasa dizalimi. Tapi dengan tertangkapnya gerombolan perasuah, rakyat terbanyak dapat keadilan. Zalim dan adil dalam banyak situasi adalah berimbang. Dengan kata lain, sini zalim sana adil. Sana zalim, sini pula adil. Kalau demikian situasinya, pemimpin itu belum boleh dikatakan zalim.
Dulu, ada gabenor Bani Ummayh namanya Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, Ramai orang kata dia zalim. Ulama-ulama juga mencatat kezalimannya. Namun, jangan dilupakan bahawa dia hidup zaman sahabat nabi masih ada. Sahabat nabi bukan macam kiat. Mereka adalah manusia yang telah ditarbiah nabi SAW sehingga jadi sebaik-baik ummat. Kita baca sejarah, kalangan sahabat yang utama seperti Ibn Umar, Ibn Abbs dan lain-lain, solat di belakang Hajjaj. Hajjaj zalim? Ya, dia zalim. Tapi kenapa sahabat nabi itu solat di belakangnya?
Inilah situasi yang bersifat anjal. Orang sekarang sebut pragmatik. Menentang kezaliman bukan dengan satu wajah sahaja. Bukan dengan satu dimensi.
Walaupun Hajjaj dikenali penzalim, namun kehadirannya ke persada kuasa menjadi sebab ketenteraman kerajaan. Negeri Iraq yang terkenal dengan watak pemberontak, rafidhah dan kultusisasi tokoh, akhirnya dapat direndam api makarnya.
Ingatlah satu prinsip. Tiada manusia yang sempurna. Jika pemimpin hari ini dihina, naik pemimpin baru pun juga akan dihina. Jika menghina pemimpin jadi budaya, rosaklah tatanan bernegara. Rapuhlah pembentung dan leperlah bulatan perpaduan.
Jangan mengungkit apa yang pemimpin buat dan kata di masa lalu. Jika mahu diungkit, semua orang berhak diungkit. Para sahabat Nabi kita juga punya masa lalu yang kalau hendak diungkit, banyaklah sisi gelapnya. Masa lalu adalah masa lalu. Kita hidup dengan masa sekarang dan menilai masa sekarang. Orang suka mengungkit masa lalu orang, cuba cermin masa lalu diri sendiri!
Saya selalu memperingatkan diri dan sekali sekali beritahu kawan-kawan. Di sekolah kita ada majikan yang bernama guru besar. Walau kita tidak suka kepadanya kerana perangainya yang bongkak, buat arahan membuta tuli dan bermacam-macam yang mengguriskan hati kita, kita perlu jaga adab orang yang dipimpin bila bersama pemimpin. Andainya kita seorang yang berani bercakap, guru besar bukanlah orang yang boleh kita tegur di depan khalayak. Juga, guru besar bukanlah orang yang boleh kita cemuh dan kecam di belakang. Katakan yang baik atau diam...itulah ajaran Islam.
Demikian hubungan kita dengan pemimpin organiasisi sekolah. Terlebih lagi kalau pemimpin negara. Macam mana adab kita dengan ayah kita dalam rumah sebagai pemimpin ahlul bait kita, demikianlah adab kita dengan pemimpin negara kita. Bolehkah kita kecam ayah kita yang kita tidak suka. Ayah pemabuk, panas baran dan malas bekerja. Macam mana sepatutnya kita layaninya? MInta renung dan jawab dengan ikhlas...
Kemudian bandingkan sikap kita terhadap pemimpin negara kita...Layaninya macammana kita layani ayah dalam rumah, guru besar di sekolah dan bos dalam organisasi.
No comments:
Post a Comment