Ini Zaman edan. Seorang petualang kekadang dianggap pejuang. Orang yang menabur perseturuan diangkat sebagai pahlawan. Orang yang menzalimi dikatakan sedang dizalimi. Orang yang tidak punya himmah mahu diberikan izzah. Orang yang suka mencela dan berlidah fahish disucikan dan anggap seperti darwis.
Seharusnya para pemain tiktok maupun media sosial tidak dianggap pahlawan ketika menggempur dengan lidah digital mereka. Apatah lagi jika gempuran itu tidak berada dia atas akhlak dan tertib seorang yang punya moral yang tinggil. Usah cakap pasal akhlak agama. Cukup nilai dari sudut nilai sejagat. Orang yang gagal dalam aspek itu tidak perlu ditaruh perhatian apatah lagi sanjungan.
Orang yang hatinya kotor akan menumpahkan kalam yang menyerupai perlimbahan nista. Kerana mulutnya yang tidak dijaga, dia menadapat akibat. Ditangkap, dituduh di bawah undnag-undang, itulah buah aripada kerendahan peribadi dan nilai. Seharusnya orang seperti itu tidak dibela. Orang yang beriman tidak mengangkat orang pencela, bazi dan fahish sebagai ikon dalam masyarakat.
Di mana harga diri kita jika terpesona dengan kata-kata kotor yang dihamburkan. Belum lagi dajal keluar membawa fitnahnya yang hebat, baru seorang pelakun media sosial pun sudah tersungkur! Aduh...gunakan akalmu sebelum imanmu...
* Tulisan ini merujuk kepada pihak yang membela seorang tiktoker perempuan yang bermulut celupar dan jelek ditahan dan ada yang mengangkatnya sebagai pahlawan rakyat.
No comments:
Post a Comment