CARI BAHAN

Tuesday, May 19, 2026

Bukan senang jadi orang nombor satu.

Kemunculan Parti Baru bernaam Parti Bersama Malaysia (PMB) yang bakal dipimpin Rafizi Ramli akan mernacakkan lagi politik Malaysia. Rafizi yamng sebelum ini Timbalan Presiden PKR  yang tumpas dalam pemilihan dan tersungkur sebelum mencecah jawatan Presiden PKR, kini akan akan bergelar Presiden. Jika sebelum ini dalam PKR dia pemipin nombor dua, selepas ini dia akan jadi pemimpin nombor satu. Dia akan dikenali sebagai Presiden Parti Bersama Malaysia.

Rafizi bersama simpatisannya akan berhempas pulas membangunkan parti mereka itu. Dia akan memikul penat lelah menjadi pemimpin utama. Ia tidak sama dengan menjadi pemimpin yang bernaung di bawah populariti dan kredebiliti pemimpin lain. 

Satu hal yang perlu disedari, menjadi pemimpin teratas adalah tanggungjawab yang sangat berat. Apakah Rafizi akan bahagia dengannya dan sanggup bertahan menempuh tahun-tahun yang penuh cabaran? Rafizi belum pernah teruji dengan beban berat sejauh usia yang dia ada. Apa yang ditempuh sebelum ini hanyalah tempias mehnah yang tidak seberapa. Pemimpin utama perlu tahan asakan dan tidak boleh mudah kewalahan berdepan serangan musuh. 

Bak kata pepatah, patah kaki bertongkat paruh, seorang pemimpin perlu tetap tegak berdiri. Pemipin utama membawa beban para pengikut dibelakangnya.Pemimpin utama perlu bertindak seperti Musa yang mebelah laut di saat para pengikut sudah berputusa asa dan hilang arah. Dia tidak boleh gegabah dan lari dari medan perjuangan.

Beberapa tahun mendatang kita melihat hakikat sebuah kemilau. Apakah ia permata atau hanya fatamorgana.

Saturday, May 16, 2026

Bila Syaitan melempar dalam umniyyah seseorang

Saya menilai jawapan Ust Zawawi dalam video minta maafnya atas isu perkataannya terhadap sahabat besar Nabi SAW Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Hamzah. Berulang kali dia menyebutkan bahawa riwayatnya yang menyebutkan bahawa di masa jahiliyyah, Abu Bakar seorang ceti dan kaya dari  hasil pemerasan dan Umar Al-Khattab hobinya berzina adalah bersumberkan qaul yang lemah. Walaupun dia minta maaf, permintaan maaf itu bukan sebuah pengakuan kesilapan memalsukan cerita. Baginya apa yang disebutkan itu ada dalam kitab , cuma riwayatnya lemah. Video ketiga yang dibuatnya selepas memberi keterangan kepada pihak polis, menasihatkan diri sendiri dan orang ramai agar pilih pendapat yang kuat dan tinggalkan yang pendpaat yang lemah. Dia menyatakan kesilapannya adalah kerana mengambil riwayat yang lemah.

Ini masalahnya. Minta maaf itu bagus. Namun, dalam kepalanya masih beranggapan bahawa ceritanya itu ada dasar. Cuma ia lemah. Para ilmuan yang banyak di Malaysia mempertikaikan keabsahan cerita itu dan menegaskan ketiadaannya dalam mana-mana riwayat kitab sirah Sunni. Riwayat lemah pun tak ada. Sepatutnya mengaku salah dan akur bahawa dia terlanjur lidah. Titik. Habis Cerita. kalau boleh Menangis dan istiharkan taubat kepada Allah. Tak payah berbelit-belit mengatakan bahawa dia silap pilih kata, silap ambil riwayat lemah dan sebagainya. Semua itu tak ada. yang ada adalah kejahilan diri tentang sirah atau mungkin sikap gegabah dalam menukilkan sirah.

Ada kalangan ilmuan yang cari punca yang mungkin diamabil oleh Ust Zawawi. Paling mungkin adalah dia silap faham teks ketika menggambarkan  Abu Bakar sebagai seornag yang melakukan tugasan "Al-Asynaq" yang melibatkan kutipan "Diyyat Wal Magharim". Baca teks dan faham cara sendiri. Magharim diertikan hutang. Malas kaji lebih jauh apakah maksud hutang yang disebutkan dalam teks sesetengah buku sirah, ia diertika hutang amcam hutang yang dikutip ceti. Itu kesalahan dalam memahami teks. Hutang dan diyyat itu berkaitan dalam konteks tugasan "Al-Asynaq" yang dijalankan Abu Bakar. Kabilah berperang dan ada pembunuhan. Bila berdamai cara nak selesaikan kena bayar diyat. Duit itu jadi hutang. Abu Bakar pergi kutip bagi pihak yang menutut. Ini kerana dia dipercayai oleh kedua-dua pihak. 

Namun, kalau nak dikatakan Ust Zawawi salah faham teks tersebut, bagaimana pula dengan pelebelan Umar Al-Khattab sebagai berhobikan sina? Teks mana yang diambil dan disalah fahami? Yang ini payah diklarifikasikan. Apa yang boleh dikatakan, ini cuma rembesan wahyu syaitan yang menerobos "umniyyah" nya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Haj, ayat 52:

إِذَا تَمَنَّىٰ أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ
" Bila dia mahu sesuatu (Yang diinginkan), maka Syaitan mencampakkan sesuatu dalam keinginannya itu"


Ayat di atas menceritakan tentang para Nabi yang dicilok oleh Syaitan dalam penyampaian mereka. Namun, kerana para Nabi itu maksum dalam tabligh mereka, syaitan gagal dalam cilokkannya. Ust Zawawi bukan orang yang terpelihara macam para Nabi. Dalam asyik bercakap itulah Syaitan campakkan dalam bicara dan angan-angannya. Lalu meluncurlah kata-kata tak berasas kepada sahabat Umar Al-Khattab.

Ini lebih dekat kepada punca masalahnya daripada mengaitkan dengan salah faham teks Arab. Ia semakin jelas apabila tuduhan kebejatan Jahiliyyah itu dipukulratakan juga kepada Ali bin Abi Talib yang masih kanak-kanak masa Islamnya dan juga kepada Uthman bin Affan yang kerana sifat malunya, Allah pun malu kepadanya. Tiada teks yang disalahfahami, tiada sama sekali qaul marjuh atau lemah yang didakwa oleh Ust Zawawi itu. 

Saya katakan itu adalah lontaran Syaitan dalam umniyyah-nya yang mana itu memang jadi kebiasaan Syaitan dalam memperdaya orang yang bercakap.  Makin banyak bercakap, makin terbukalah peluang syaitan menyelitkan kata-katanya dalam bicara sang orator. Maka, kerana itu, ada riwayat perkataan Salaf menyebutkan:

مَا أَكْثَرَ أَحَدٌ الْكَلَامَ إِلَّا كَثُرَ سَقَطُهُ

“Tidaklah seseorang banyak bercakap melainkan banyaklah tergelincirnya.”




Wednesday, May 13, 2026

Ana maafkan semua yang menghina saya

 Kita kerap dengar ungkapan ini keluar daripala mulut oorang yang dikenali sebagai ustaz atau tokoh agama. Dengan mengucapkan kata-kata seperti ini, dia meletakkan dirinya sebagai pihak yang memberi, sesuai dengan maksud hadis "tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima". Kalam yang semacam ini , jika diamati, ia mengandungi satu keujuban yang meletakkan diri suci dan bersih. Padahal Allah melaraang orang beriman daripada mensucikan diri. Firman Allah SWT:

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

" maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Allah yang maha tahu siapa kalangan kamu yang paling bertakwa".

Terusterang, sikap suka minta maaf ini payah dilaksanakan, terutama kalangan ustaz dan ahli agama yang merupakan orang yang banyak bercakap dan bersyarah kepada khalayak. Ramai ustaz atau agamawan, kalau salah dalam bercakap, mengambil sikap berdiam diri dan tidak melayan kritikan orang. Ia mahu menjadikan masa yang berlalu selepas ucapannya , orang melupakan kesalahannya. Dia tidak perlu meminta maaf yang pada hematnya akan menjatuhkan harkatnya sebagai ustaz dan ikutan dalam masyarakat.

Berat untuk minta maaf , sesungguhnya adalah satu sifat mazmumah. ia samalah dengan orang yang susah untuk beristigfar memohon ampun kepada Allah. Dalam banyak keadaan, istighfar kepada Allah itu lebih mudah. Namun minta maaf kepada manusia lain, itu amat payah.

Bila diungkapkan kata "saya maaf anda semua!", itu sangat ironik. Bila orang minta maad kepada yang memberi maaf itu. Orang rtk minta, tapi diberikan. Umpamanya beri sedekah kepada oorang yang tak mengharapkan. Boleh jadi orang sudah kaya dan berkecukupan. Maka orang tak meminta-minta lagi. Lalu, apa faedahnya berikan sedekah kepada orang yang sudah berkecukupan dan tak mengharapkan seekah?

Macam beri maaf kepada orang yang tak minta maaf. Apa faedahnya. Bahkan, di mata orang, sang pemberi maaf itulah yang salah Dia paut minta maaf dan orang lain akan mempertimbangkan samada untuk maafkan atau tidak. Biasanya, hati manusia jadi lembut bila orang minta maaf. kemaafan akan diberi. Tapi, kalau tak mahu minta maaf, orang melihat kesombongan dan ujub  yang bersarang.

Dalam pengalaman dan pengamatanku, ada seorang ustaz yang kerap buat khilaf dalam kata-kata. Aku pun tak berkenaan dengan kesalahannya itu. Namun bila ramai orang mengkritiknya dan menyatakan kesalahannya, ditegakkan hujjah buatnya, dia tampil minta maaf. Ini nilai yang sangat bagus. Ini akhlak yang patut diteladani. Ustaz  yang aku maksudkan itu adalah Ust Syeikh Zinul Asri, pengasas DARSA. Dia bagus dalam soal minta maaf. 

Perangai ini payah nak dilihat sekalipun di kalangan ustaz-ustaz yang memperjuangkan sunnah.  Kita patut ambil pelajaran daripada nilai mulia ini. Ingatlah, martabat seorang ustaz tidak jatuh terseungkur dengan unkapan "SAYA MINTA MAAF, SAYA AKUI KESILAPAN SAYA!".


Saturday, April 18, 2026

Jangan hina ayahmu kerana ayahmu pemimpinmu.

 Jangan membudayakan hina pemimpin. Pemimpin adalah sosok yang diberikan Allah kedudukan khusus yang tidak diberikan kepada ramai orang. Jika dia berlaku adil, darjatnya di sisi Alalh akan naik melepasi kedudukan para ulama sekalipun. Dia berada pada nombir wahid dalam senarai orang yang layak dilindungi arasy Allah pada hari mahsyar. Sebaliknya jika dia berlaku zalim, rakyat ada dua jalan. Melawannya atau bersabar. Kedua-dua pendekatan ini ada dalam nas yang boleh difahami. Ia bergantung kepada situasi mana faedah dan mana mudarat yang lebih besar. Tiada jawapan tuntas untuk masalah mendepani pemerintah yang zalim.

Pun begitu, jika pemimpin itu zalim menurut kacamata kita, ia mungkin adil menurut kacamata sebahagian yang lain. Jika melihatnya zalim kerana rasa diri kita teraniaya, barangkali ada sebahagian ornag dapat keadilan daripada keadaan teraniaya kita. Para perasuah yang ditangkap serta konco-konconya akan rasa dizalimi. Tapi dengan tertangkapnya gerombolan perasuah, rakyat terbanyak dapat keadilan. Zalim dan adil dalam banyak situasi adalah berimbang. Dengan kata lain, sini zalim sana adil. Sana zalim, sini pula adil. Kalau demikian situasinya, pemimpin itu belum boleh dikatakan zalim.

Dulu, ada gabenor Bani Ummayh namanya Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, Ramai orang kata dia zalim. Ulama-ulama juga mencatat kezalimannya. Namun, jangan dilupakan bahawa dia hidup zaman sahabat nabi masih ada. Sahabat nabi bukan macam kiat. Mereka adalah manusia yang telah ditarbiah nabi SAW sehingga jadi sebaik-baik ummat. Kita baca sejarah, kalangan sahabat yang utama seperti Ibn Umar, Ibn Abbs dan lain-lain, solat di belakang Hajjaj. Hajjaj zalim? Ya, dia zalim. Tapi kenapa sahabat nabi itu solat di belakangnya? 

Inilah situasi yang bersifat anjal. Orang sekarang sebut pragmatik. Menentang kezaliman bukan dengan satu wajah sahaja. Bukan dengan satu dimensi.

Walaupun Hajjaj dikenali penzalim, namun kehadirannya ke persada kuasa menjadi sebab ketenteraman kerajaan. Negeri Iraq yang terkenal dengan watak pemberontak, rafidhah dan kultusisasi tokoh, akhirnya dapat direndam api makarnya.

Ingatlah satu prinsip. Tiada manusia yang sempurna. Jika pemimpin hari ini dihina, naik pemimpin baru pun juga akan dihina. Jika menghina pemimpin jadi budaya, rosaklah tatanan bernegara. Rapuhlah pembentung dan leperlah bulatan perpaduan.

Jangan mengungkit apa yang pemimpin buat dan kata di masa lalu. Jika mahu diungkit, semua orang berhak diungkit. Para sahabat Nabi kita juga punya masa lalu yang kalau hendak diungkit, banyaklah sisi gelapnya. Masa lalu adalah masa lalu. Kita hidup dengan masa sekarang dan menilai masa sekarang. Orang suka mengungkit masa lalu orang, cuba cermin masa lalu diri sendiri!

Saya selalu memperingatkan diri dan sekali sekali beritahu kawan-kawan. Di sekolah kita ada majikan yang bernama guru besar. Walau kita tidak suka kepadanya kerana perangainya yang bongkak, buat arahan membuta tuli dan bermacam-macam yang mengguriskan hati kita, kita perlu jaga adab orang yang dipimpin bila bersama pemimpin. Andainya kita seorang yang berani bercakap, guru besar bukanlah orang yang boleh kita tegur di depan khalayak. Juga, guru besar bukanlah orang yang boleh kita cemuh dan kecam di belakang. Katakan yang baik atau diam...itulah ajaran Islam.

Demikian hubungan kita dengan pemimpin organiasisi sekolah. Terlebih lagi kalau pemimpin  negara. Macam mana adab kita dengan ayah kita dalam rumah sebagai pemimpin ahlul bait kita, demikianlah adab kita dengan pemimpin negara kita. Bolehkah kita kecam ayah kita yang kita tidak suka. Ayah pemabuk, panas baran dan malas bekerja. Macam mana sepatutnya kita layaninya? MInta renung dan jawab dengan ikhlas...

Kemudian bandingkan sikap kita terhadap pemimpin negara kita...Layaninya macammana kita layani ayah dalam rumah, guru besar di sekolah dan bos dalam organisasi.

Si mulut celupar diangkat sebagai pahlawan?

 Ini Zaman edan. Seorang petualang kekadang dianggap pejuang. Orang yang menabur perseturuan diangkat sebagai pahlawan. Orang yang menzalimi dikatakan sedang dizalimi. Orang yang tidak punya himmah mahu diberikan izzah. Orang yang suka mencela dan berlidah fahish disucikan dan anggap seperti darwis.

Seharusnya para pemain  tiktok maupun media sosial tidak dianggap pahlawan ketika menggempur dengan lidah digital mereka. Apatah lagi jika gempuran itu tidak berada dia atas akhlak dan  tertib seorang yang punya moral yang tinggil. Usah cakap pasal akhlak agama. Cukup nilai dari sudut nilai sejagat. Orang yang gagal dalam aspek itu tidak perlu ditaruh perhatian apatah lagi sanjungan. 

Orang yang hatinya kotor akan menumpahkan kalam yang menyerupai perlimbahan nista. Kerana mulutnya yang tidak dijaga, dia menadapat akibat. Ditangkap, dituduh di bawah undnag-undang, itulah buah aripada kerendahan peribadi dan nilai. Seharusnya orang seperti itu tidak dibela. Orang yang beriman tidak mengangkat orang pencela, bazi dan fahish sebagai ikon dalam masyarakat.

Di mana harga diri kita jika terpesona dengan kata-kata kotor yang dihamburkan. Belum lagi dajal keluar membawa fitnahnya yang hebat, baru seorang pelakun media sosial pun sudah tersungkur! Aduh...gunakan akalmu sebelum imanmu...

* Tulisan ini merujuk kepada pihak yang membela seorang tiktoker perempuan yang bermulut celupar dan jelek ditahan dan ada yang mengangkatnya sebagai pahlawan rakyat.

Saturday, April 04, 2026

Perbelanjaan kematian yang tidak perlu

 Perbelanjaan berhubung kematian hendaklah diminimakan. Jika kelihatan perbelanjaan yang sangat banyak, ketahuilah itu adalah pemborosan. Agama tidak sekali-kali menyuruh ke arah pemborosan.Pemborosan itu adalah alat syaitoniyyah yang terbit daripada soldadu syaitan yang menahan lukah di pergentingan.

Aku tidak pernah senang dengan budaya yang diciptaka di kawasan setempatku dalam hal-hal perbelanjaan berkaitan kematian. Ia membebankan keluarga si mati.

1) Solat jenazah diberi duit. Setiap orang dapat serendah RM5. Harga itu berubah menaik mengikut status si mati. Jika dia orang kaya atau ada anak-anak yang berada, nilainya mungkin mencapai RM10 atau lebih. 

Jika solat diberi duit, ia akan mendidik hati-hati yang hadir solat dengan nawaitu yang salah. Ramai yang tergelicir dan datang solat dengan rasa akan diberi duit. Apa guna ramai solat kalau dalam kepala mereka nampak duit.

2) Rombongan yang datang solat jenazah, jika naik kereta, driver kereta akan diberikan duit tambahan. Yang aku dengar nilainya sekitarRM30. Ini satu lagi bahana yang menghimpit keluarga si mati.

3) Ada juga sampul diedarkan buat sejumlah orang yang diminta untuk solat sunat Hadiah bagi si mati. Solat sunat semacam ini tidak berasas dalam sumber saheh Ahli Sunnah. Kalau ada disebutkan dalam kitab pun, ia terinspirasi dari sumber yang datang dari Syiah. Ini yang aku dapati apabila mencarinya dalam sumber syiah. Mereka menyebutkan sebagai solat Wahsyah! Bayaran yang diberikan sekitar RM30 atau mungkin ada yang mencapai RM50.

5) Ada pula bacaan Talkin yang dikendalikan oleh lebai dan orang agama di kampung. Tok Imam, bilak, siak atau mungkin anak-anak muda yang baru nak up dan suka ikut cara orang kampung. Mereka juga diberikan upah.

6) Ada pula lepas itu orang menawarkan baca Quran atas kubur dengan upah yang besar. Baca Quran atas kubur itu selama 7 hari. Kononnya tempoh masa itu kritikal dan malaikat mungkar nakir akan datang menyoal kalau kubur tiada orang jaga. Dengarnya upah diberikan lebih RM2000.00

7) Ada  pula upah tok guru meratip atau baca Quran. Kalau meratib , jumlahnya 70 laksa bersamaan dengan 70 ribu kali. Kononnya dalam hadis (tentu palsu) siapa yang ada ratib 70 ribu kali, selamat dari azab kubur. Masa hidup si mati tak buat. Lepas mati baru nak cari. Maka mintalah kat tok guru yang banyak stok ratibnya. bawa keluar sikir berikan kepada si mati. Tapi kena bayarlah. Dulu, 2\sekitar 20m tahun yang lalu, aku pernah sekali berdepan dengan kes ini. Keluarga si mati diminta bayar RM150 untuk upah ratib dan jika nak upah bacaan quran khatam nilanya ditambah lagi RM150.

8) Kemudian ada masalah tinggal solat, ada pula cara nak tampung solat yang ditinggalkannya. Dibuat fidyah solat. Boleh pakai beras dan boleh juiga pakai emas. Mentor fidyah dan orang yang menerima fidyah akan berulang-ulang mengucapkan kalimah beri fidyah ganti solat dna dibalikkan semula sebagai hibah sehingga cukup jumlah yang dikehendaki. Biasanya 40 orang. Ini satu lagi rekan yang ditokok dengan innovasi. Aku ada baca dalam beberapam sumber bahawa puak Brelwi di India mengamalkan zakat solat yang persis sama dengan amalan fidyah solat ini. Nilai amalan ini buat keluarga si mati ribu riban juga.

Solat kalau tinggalkan dalam hidup, pergilah bertemu Allah dan menjawabnya di akhirat. Tidak dapat ditolong orang. Camkan baik-baik itu. 

9) Tinggalkan puasa ada fidyah. Ada dalam Quran dan ada dalam hadis. Sah..boleh buat. Kalau sakit tak boleh buasa, gantikamn dengan secupak beras setiap hari yang ditinggalkan. Itulah kaedah hukumnya. Tapi, yang namanya pendeta agama, ada sahaja ideanya. Dibuat modifikasi dan tambahan. Seorang yanng mati, kalau tidak puasa pada tahun semasa dan diketahui jumlahnya, bayar fidyah ikut jumlah harinya. Tapi ada kemungkinan yang dirisaukan. Ada banyak hari puasa yang terlepas. Dihitung sampai umur mula baligh. Anggaran usia 15 tahun.  Kalau jenais tak puasa langsung, darablah dengan jumlah tahun sampai mati dengan 30 hari. Kalau jenis colang caling, tetapkanlah purata hari sahaja. Bahkan, ada yang masa usia tuanya sebelum mati dikenali orang sebagai istiqamah puasa, juga dipalitkan andaian dan sangkaan tak puasa masa muda. Dibuat anggaran.

Aku pernah berdepan kes ini dan si mati diandaiakn meninggalkan puasa mulai usia 15 tahun hingga matinya pada usia 71 tahun. Ada yang beri fatwa (fatwa karut) , si mati perlu bayar fidyah puasa yang nilai ringgitnya mencapai RM20, 000.00.Apa? Itu hanya kerana sangkaan. Orang yang dikelai berpuasa tapi dirusaukan masa mudanya. Masya Allah...

10) Ada lagi perbelanjaan lain yang ditokok tambah. Hias kubur dengan batui nisan yang cantik. Buat simen dan marmar atas kubur. Ada pekej dan usaha yang dijana ornag tertentu untuk raih keuntungan.

Pendeknya, lama-kelamaan umat Islam akan terikut dengan kaum kafir yang bila matinya lebih teruk daripada msa hidup. Lebih banyak duit kena keluar dari belanja masa hidup. Macam kaum Cina dengan agama budha dan puja nenek moyang amalan mereka. Lihat sahaja nilai satu jirat Cina. 

Apakah agama Islam yang benar nak dijadikan budak dagangan seperti agama lain yang tersesat? Waspadalah dengan para penunggang agama yang menjelir meraih keuntungan maddiyyah!

Catatan: Belasungkawa atas keluarga Pakteh Mad (mat Kato) yang kehilangan tiang keluarga kelmarin( Jumaat 3 April 2026)


Saturday, March 14, 2026

Wahai pendakwah...berpadalah!

Kita diajar agar jangan taksub kepada seseorang. Kalau mahu taksub juga, biarlah hanya kepada yang maksum. Tentunya manusia yang maksum itu hanyalah para Nabi. Taksublah kepada Nabi semahumu kerana ia membawa maksud taksub kepada Tuhan, kepada Allah SWT. Para Nabi itu ialah utusan Allah dan mereka tidak bertindak serta berbicara melainkan menurut wahyu Allah SWT.

Aku telah menyaksikan ramai orang yang mulanya nampak baik, jernih dan ikhlas, kemudian pecah tembelang. Ternyata, apa yang dilihat sebelumnya tidak menggambarkan hakikat sebenar. Rupanya ada udang di sebalik batu, telunjuk lurus kelingking berkait. Para pendokong orang itu, jika taksub, payahlah untuk nampak kepincangan yang berlaku. Jika tidak taksub, dengan mudah boleh menarik diri daripada mendokong dan memberi sokongan.

Dewasa ini kita perlu berhati-hati. Musim hujan menyebabkan bermunculan pelbagai macam kulat. Rumput dan lalang juga mencuat berlumba-lumba ke atas. Semak dan samun segera menguasai ruang.

Kebebasan dalam media sosial, ditambah pula dengan kelonggaran dalam penguatkuasaan berikutan sedikit reformasi yang dilaksanakan pemerintah, menyebabkan bermunculan para pendekar yang menunjukkan pencak mereka dalam agama, bangsa dan negara. Tidak ada lagi ISA yang menghantui. Akta Hasutan pula tidak cukup ampuh untuk mengekang. Justeru, banyaklah yang melempar batu sembunyi tangan. Banyaklah yang merobos dan menyerbu hal-hal yang mengundang efek kekacauan serta membakar api emosi, termasuk antara kaum dan agama.

Ini menarik para pentaksub yang menggenggam penumbuk ke udara sebagai tanda sokongan. Para penggalak semangat pula menyeringai atas keberhasilan menjadi pendekar massa. Selain jasadnya berligar di medan, jemarinya juga lincah mengetuk papan kekunci. Dia mengumpan dan membakar emosi.

Ingatlah… Nabi kita berpesan:

“فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ”

“Katakan yang baik-baik atau diam sahaja.”

Orang yang diam itu lebih baik daripada berbuih mulut berceramah tanpa tapisan. Kalau tidak dapat mengawal diri, ambillah kertas dan tulislah dalam buku sahaja. Bina manuskrip yang kelak boleh menjadi buku. Manuskrip akan disimpan dan mencapai kematangan seiring peredaran masa. Jika nantinya manuskrip itu mengandungi isi yang salah, ia masih boleh diubah, dipadam dan dibetulkan.

Menulis atau bercakap di media sosial — sekali terluah, tidak dapat ditarik balik.

Friday, March 13, 2026

Kafir mana yang jelas?

 Antara Rom dan Parsi, orang-orang yang beriman dari kalangan sahabat Nabi lebih merasa cenderung kepada Rom. Alasannya adalah kerana ada sedikit persamaan dalam iman. Orang Rom masih percaya Allah sebagai Tuhan walaupun mereka mensyirikkannya. Mereka masih mendakwa pengikut seorang nabi dan mempercaya kita Injil sebagai wahyu Allah SWT. Sementara orang Parsi, mereka telah jauh tergelincir. Agama mereka adalah Majusi yang menjadikan api sebagai sembahan. Walaupun mereka masih percaya kepada Tuhan yang agung diberi nama Ahura Mazda, tetapi kessatan mereka telah jauh. 

Allah menyatakan orang beriman bergembira pada hari di mana Rom memenangi peperangan semula dengan Parsi setelah dikalahkan sebelumnya. 

Inti dari kisah kegembiraan orang beriman dengan kemenangan Rom atas Parsi ialah sesiapa yang lebih dekat keimanan dengan kamu, kamu patut bergembira dengannya. Iran hari ini diperintah oleh kelompok Syiah yang masih mengakui sebagai muslim. Masih berkiblatkan Kaabah. Mereka mengakui kerasulan Nabi Muhammad. Mereka masih menuturkan dua syahadah walaupun ada tambahan. Mereka menjalankan ibadah teras yang diamalkan oleh ummat Islam secara umum seperti solat, puasa, zakat dan haji. Mereka juga beriman dengan hari akhirat dan mereka juga mengambil Al-Quran sebagai kitab suci walaupun ada dakwaan ada Quran lain yang mereka sedang tunggu kemunculannya.

Persamaan antara Syiah dengan kaum Muslimin Ahlu Sunnah banyak sekali.

Kekafiran mereka jadi perdebatan kalangan sarjana Islam. Ada beberapa sebab yang samar bagi sesetengah pihak  untuk dihukumkan kekafiran mereka.

Namun, kekafiran Yahudi Zionis dan Amarika Syarikat itu jelas sebegaimana jelasnya matahari di siang hari. Siapa yang tidak kafirkan Yahudi dan Amerika, maka boleh dikatakan dia turut kafir.

Namun, siapa yang tidak kafirkan Syiah, belum boleh dihukumkan keengganan itu sebagai kekafiran! 

Saturday, March 07, 2026

Amerika, Israil dan Iran-di mana anda?

 Ramai orang keliru dalam krisis di Timur Tengah. Amerika bersama Israil berganding bahu membantai Iran. Negara-negara lain tidak berani campur. Mungkin juga kerana mengambil langkah cermat. Memikirkan untung rugi buat wilayah sendiri. Sementara ummat Islam terperosok antara benci kepada Amerika dan Israil dan mendokong Irah yang punya sejarah hitam dengan dunia Islam Sunni. 

Para pembela Iran cuba merasionalisasi penglibatan Iran dalkam beberapa dekad terakhir berhubung krisis di Irak, Syaria dan Yaman. Mereka juga cuba mengharmonikan ketegangan aliran, antara Syiah dan Ahli Sunnah. 

Aku perlu sedikit masa untuk bertafakur sambil memerhati. Naluriku yang terdalam cenderung kepada Iran yang dilihat sedang dibuli. Padangan sebatas permukaan isu membuatkan aku ingin melihat Iran menang dan menjuarai peperangan. Sebagai muslim, alangkah jeleknya dan terkutuknya aku kalau mahu melihat Amerika dan Israil menjulang kebangaan mereka dan melaungkan kemenangan mereka.

Sensitiviti nuslim wajib ada. Masalahnya cerita tentang penyelewengan ajaran Syiah yang mendominasi Iran itu sangat jelas dan meluas. Dalam hadis akhior zaman, cerita tentang peristiwa Malhamah Al-Kubra, tatkala seornag tebntera bersekutu Rom melaungkan" Menanglah Salib!", maka, ia dibanteras olegh seorang muslim dengan membunuhnya dan mengatakan "Menanglah Islam!". Peristiwa itulah membawa kepada Malhamah Al-Kubra.

Iran Syiah. Amerika itu Aties. Nak kata mewakili Kristien, tidaklah. Israil itu pula Chauvinis Nasionalis. Bukan juga mewakili Judaisme. Kedua-kedua pihak ada masalah dengan fondasi agama masing-masing. Tapi, Iran adalah tanah orang Islam. Apapun dikata, Iran lebih dekat di hati kaum muslimin berbanding Amerika dan Israil.

Dalam situasi inimanakah satuy mudarat yang ringan? Bela Amerika dan pro Israil atau bela Iran? Siapa sanggup pro Israil? Wal Iyazubullah. Belum pernah dalam sejarah keimanan, muslim pro kepada Israil. Yahudi dan ISrail adalah musuh bebuyutan.

Aku agak terhenyak melihat ada kelompok salafi yang sangat anti Iran tapi mereka menafikan sokongan kepada Amerika dan Israil. Seolah-olah sekarang ini, pendirian bukan seharusnya hitam dan putih sahaja. Tidak sokong Iran bukan bermakna sokong Amerika dan Israil. Sikap begini payah untuk difahami, apa lagi dipraktiskan. Ini masa kritikal dan bukan masa untuk cerita konsep atau falsafah. Aku juga bimbang melihat hamasah melangit kepada Iran sehingga menimbulkan "syiqaq" di kalangan muslim sunni dari jalan sunninya.

Mari kita bersederhana. Kita sokong Iran macam kita sokong Korea Utara yang asyik dibuli Amerika. Kita sokong Venuzuela yang diinjak maruah dan kedaulatannya oleh Amerika. Kita sokong Denmark dalam perebutannya dengan Amerika terhadap Greensland. Kita boleh sokong negara kafir, mengapa kita tak mahu sokong Iran atas alasan Syiah? Oh...mungkin alasan kezaliman dan bantuan kerajaan Iran terhadap Bashar Asad , Houthi dan Hezbullah. Itu hal yang ghumudh. Saya selalu menyikapi bahawa pemerintah punya pembaris yang berbeza daripada yang bukan pemerintah.

Tiada hidup yang sempurna

 Ada sang ayah, di luar rumahnya dia memimpin dan ditaati oleh ramai orang. Katanya adalah kota. Dia disegani, dihormati dan diangungkan oleh para pengikutnya. Namun, lain pula hanya tatkala dalam rumah. Ddalam kalangan ahli rumahnya, isteri dan anak-anaknya dia tidak ada apa-apa. Dia laksana  singa tidak bertaring dan tidak punya cakar. Katanya dipandang sepi. Dia tidak dipatuhi, malah dibangkang. Isterinya maupun anaknya bukanlah seperti pengikutnya di luar yang sentiasa sami'na wa ato'na. 

Dialah lelaki bernama suami atau ayah yang sukar mentadbir rumahnya miski di luar sana dia pentadbir yang berjaya. 

Ironinya pula, ada pula lelaki yang hebat dalam mentadbir rumahnya. Di laur sana dia bukanlah sesiapa. Dia adalah seorang pengikut yang diarahkan itu dan ini. Dia bukan ada kuasa mengarahkan, malah dia yang diarahkan. Dia tidak dihormati, malah selalu diperlecehkan. Dia sabar menanggung semua itu dan sedar siapa dirinya. Namun, tatkala di rumah, dia ada isteri yang sangat patuh kepadanya. Taat dan mencari syurga dalam kebaktian buat sang suami. Anak-anaknya pula sentiasa akur dan tidak berani angkat kepala di depannya. Apa lagi mengangkat suara. Dia seorang suami dan ayah yang hebat.

Begitulah kehidupan ini. Di sana naik di sini turun. Di sana mulia di sini hina. Di sana gagah perkasa, di sini lemah longlai. Seorang insan tidak memiliki semua dimensi dalam hidupnya. Hidup seseorang sentiasa dibayangi kekurangan dan kelemahan.

Yang sempurna dan lengkap itu hanya Allah SWT.....

Tuesday, February 17, 2026

Kisah Sombolik-Muawiyah desak supaya diserahkan pembunuh Uthman

 Apabila Saidina Uthman mati syahid dibunuh oleh kelompok Khawarij, lalu Saidina Ali dibai'ah sebagai khalifah menggantikannya, Saidina Mu'awiyah menolak untuk melakukan Bai'ah. Bukan kerana Mu'awiah obses nak jadi khalifah. Muawiyah pun tahu keutamaan Ali bin Abi Talib berbanding dirinya. Namun, Mua'wiyah merasa bertanggungjawab menuntut si pembunuh Uthman untuk ditangkap dan dikenakan qisas. Ini kerana Mu'awiyah adalah wali kepada Uthman bin Affan. Wali punya hak menuntut darah. Allah menyebutkan dalam Al-Quran:


وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلاَ يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

(Surah Al-Isra': 33)

Ada kalangan mufassir kalangan salaf mengaitkan ayat ini dengan apa yang akan terjadi di zaman Uthman dan peristiwa pertikaian antara Ali dan Muawiyah. Walaupun ayat ini turun pada masa hayat Rasululalh SAW, realasinya sangat terkait rapay dengan  apa yang terjadi dalam zaman Ali jadi khalifah.

Pemimpin utama (Saidina Ali) berpendapat menjadi kesetabilan lebih utama. Muawiyah pula kata tangkap pesalah perlu disegerakan! 

Bagi Ali, pesalah memang perlu ditangkap. Ia tidak mudah. Ia seperti mencari jarum dalam jerami. Keperluan semasa tidak memudahkan untuk itu. Negara tengah bergolak dan perlu tancapkan. Para penyebar fitnah sedang menabur racun di sana sini. 

Sejarah ini nampaknya berulang dalam plot yang sama. Cuma watak berbeza. Jika kita cermati, apa yang ebrlaku hari ini mempunyaan bau kesamaan dengan kejadian sejarah. Sejarah itu roda yang sentiasa berputar. Ia dapat dibaca oleh Ulul Albab.

Ambil misal dengan desakan TANGKAP Azam Baki yang dikumandangkan oleh kelompok Rafizi Ramli hari ini. Apakah ia satu keperluan dalam masa dan waktu ini. Tatkala ada keperluan meruntuhkan hagemoni para perasuan besar dan para jerung itu sedang kepanasan, dicetuskan seruan Tangkap Azam Baki, ketua SPRM. 

Ya...Ali memang ada kesalahannya bila biarkan pesalah itu berlindung dalam pasukannya. Namun, seorang pemimpin yang berada di atas ada pertimbangan berbeza dengan  para awam maupun pemimpin bawahan. 

Cuba bandingkan peristiwa besar dalam sejarah Islam dengan sekelumit peristiwa titik bengek dalam politik Malaysia ini. Walaupun kesamaannya tidak tuntas, begitulah pengajarannya. Sejarah berulang dan berulang.Ada perulangan yang jelas dan adapula perulangan yang terselit dalam.


Saturday, February 07, 2026

Mempertahankan agama atau menyempitkan agama?

 Kalau tiada rahmat daripada Allah SWT, tiadalah kita menjadi orang beriman. Dahulu, pada zaman bahari, leluhur kita bukannya kalangan beriman. Kemudian melahirkan keturunan yang kelaknya menurunkan kita yang menjadi ornag beriman. Itu adalah pilihan Allah buat kita. Kita hendaklah meninsafi dan mensyukuri nikmat tersebut. Dalam kita sudah beriman kepada Allah dan juga rasulnya, ada saudara-saudara kita dalam kemanusiaan yang berlum diberikan hidayah keimanan. Kita perlulah melihat mereka denagn rasa kasih sayang kemanusiaan dan mendoakan serta mencari jalan sepenuhn ya agar hidayah keimanan terbantang luas buatnya.

Pentas parlimen dihebohkan baru-baru ini apabila seorang ahli parlimen muslim menegur seorang ahli parlimen bukan Islam yang menggunakan kkalimah-kalimah berkaitan keimanan orang Islam dalam ucapannya. Ahli parlimen bukan Islam itu menyebutkan kalimah Alhamdulillah, sujud syukur dan ucapan tersebut menjadi identiti orang Islam yang beriman. Ucapan itu dilihat oleh sang MP muslim itu sebagai tak wajar kerana MP yang berucap itu bukan orang Islam.

Ini adalah deretan stigma terdahulku yang membabitkan kalimah Allah SWT. Orang bukan ISlam tidak boleh menyebut tuhan denagn nama Allah. Itu isu dahulu. Isu yang berlaku hari ini juga bertitik tolak daripada konteks yang sama. Penggunaan istilah yang khusus untuk orang Islam tidak boleh bagi ornag bukan Islam.

Inilah stigma yang dibina. Apakah ia benar ? Apakah ia memperkaya dan memperteguhkan agama Islam? Yang penting, apakah Allah dan rasulnya redha sikap mengeksklusif istilah itu hanya buat orang Islam?

Sebahagian orang Islam merasakan dirinya menjadi benteng hadapan membela Islam. Dia rasa dirinya kota yang menjaga keselematan Islam. Sedangkan dia berada dalam kota yang telah teguh berdiri sejak berzaman dan dia terpelihara dengan kota itu. Islam telah terbina kukuh sejak berabad-abad dan manusia, baik yang Islam atau yang kafir adalah semut-semut kerdil yang menumpang rahmat Islam. Ada yang masuk dalam kota dan ada yang berkeliaran di luar.

Orang kafir yang mahu meneguk rahmat Islam, maka tidak sesiapa yang berhakl menghalang. Tidak seorang pemimpin kaum muslimin sekalipun. Islam bukan haknya. Islam hak Allah SWT. Allah boleh memilih sesiapa sahaja untuk mengucapkan kalimatnya.Orang muslim, walau sejengkal lagi nak mati sebagai muslim dan menjadi ahli syurga kerana. belum tentu dia akan mati sebagai muslim. Muslim di sisi manusia dan di sisi Allah SWT terlebih masyghul. Demikian sebaliknya. Seorang kafir itu, sejengkal lagi nak mati sebagai kafir dan akan ke neraka kerananya. Ia belum tentu. Di hujung riwayat, Allah boleh menukarkannya. Menjadi muslim di sisi manusia dan kita menghukum berdasarkan itu. Boleh jadi muslim di sisi Allah dan kita tidak tahu dalam hayat dunia ini melainkan hanya tahu di hari kiamat nanti.

Episod hidup bertukar sentiasa. Jangan syok sendiri. Banyak risau dan bersyukur. Tanamkan rasa rahmat dalam diri buat orang yang meraba-raba mencari jalan terang. Bimbing mereka dengan lembut dan raikan keinginan mereka. Jangan membina blockade yang tidak menyuntik untung sekelumit buat agama ini.

Saturday, January 31, 2026

Hidup menempuh kematangan

 Ini tahun 2025. Usiaku sudah mengjangkau 53 tahun. Banyak yang sudah berubah tentang diriku.Aku diubah oleh keadaan. Cara berfikir juga mengubahku. Ini adalah lumrah dalam kehidupan. Tiada manusia yang statik. 

Dari sudut keupayaan dan kesenangan hidup, aku boleh dikatakan berada dalam zon complasent sekarang ini. Ada keluarga , rumah, tanah dan wang simpanan. Ada juga saham-saham yang walaupun kuntungannya dormant, masih boleh diharapkan modal bila dijual.

Dari sudut fikrah agama, aku cenderung kepada manhaj salafi. Orang banyak tuduh itu sebagai wahabi. Aku tidak peduli. Aku lebih suka beragama tanpa taksub dan menapis ketat amalan yang datang tanpa hujjah dalil. Aku tidak senang dengan bid'ah yang dihisai dengan amalan tok guru atau wali Allah. Aku juga tidak beriktikad bahawa wali Allah itu dilantik dan berkerajaan ghaib!

Aku tidak peduli pasal asya'irah , maturidiyyah atau siapa sahaja. Kiblatku dalam agama tidak bersuluh kepad tokoh. Aku cuma katakan samai'na wa ato'na kepada Rasulullah SAW.Tidak jadi dosa kalau tak kenal Ash'ari, maturidi, Ibn Taimiyyah  atau bagainya. Cuma dosanya kalau aku buat "agah" dengan Nabi Muhammad.

Dari sudut politik, aku pernah bergelut dalam politik PAS. Aku pernah menjabat posisi pimpinan dalam pemuda dan menjadi naqib usrah dan penyampai ucapan dasar pemuda. Namun, pendek cerita, selepas kemelut melanda PAS, aku mengundurkan diri. Aku melihat PAS terolang oleng tak menentu dan mengikut gaya pemimpin yang bersilih ganti. Dari zaman Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera,  MN dan PN , aku menyaksikan sebuah episod yang cepat berubah-ubah. Lalu aku tarik diri dan tidak lagi mempercayai akidah perjuangan dalam politik. Politik adalah mainan manusia dan akidah adalah wahyu Tuhan.Biarkan orang politik bersayembara merebut kuasa. Aku tidak mahu lagi ditunggangi.

Islam telah menempuh sejarah panjang dan ia tetap lestari dalam ri'ayah Allah.

Lelaki suka cakap nak kawin dua, tiga dan empat. Aku cukup dengan seorang. Keinginan kepada perempuan lain, Alhamdulillah, tidak menghantuiku. Aku tida nafsu menggebu-gebu dengan wanita sana sini. Cukup dengan isteri. Aku sedar hidup yang semementara meniti garis masa menuju mati. Dalam syurga ada tawaran bidadari. Aku harap aku ahlinya.Maka, aku selesa denagn monogami walaupun poligami itu pilihan sebahagian lelaki. Aku anggap mereka memerlukan.

Aku sudah lama hidup di rantau orang. Aku pernah menempuh hidup perkotaan yang sibuk. Pernah hidup di rantau yang terasing. Di pulau tanpa elektrik dan bekalan air. Di taman-taman perumahan separa bandar. Kini aku balik kampung. Hidup di kampung memang akhir sebuah perjalanan yang aku suka.


Friday, January 23, 2026

ISU 6 TAHUN MASUK TAHUN 1 PADA 2027

 Isu kemasukan murid ke tahun 1 pada usia 6 tahun memancing reaksi pelbagai apabila perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidik. Ada yang memandang sinis dan menyifatkannya tidak wajar dilaksanakan. Ada pula yang melihatnya secara positif. 

Sejauh pengamatanku beberapa tahun ke belakangan ini, isu-isu berkaitan pendidikan dan dasar-dasar pendidikan menarik perhatian ramai dan seringkali jadi isu panas bak goreng pisang. Apa sahaja perkara baru yang diumumkan oleh Kementerian pendidikan akan memercikan reaksi marak kalangan massa, terutama para netizen. Dunia medsos kini sangat rencam dan kejam. Tapi , di sinilah juga ornag bijak dan bodoh mengangkat suaranya.

Sebagai seorang guru yang melihat kemasukan murid ke tahun 1 saban tahun dan melihat perkembangan dan kemampuan mereka yang pelbagai dan tidak sekata, saya punya sikap yang positif terhadap dasar baru Kementerian Pendidikan itu. Saya beranggapan bahawa dunia hari ini perlu bersedia menghadapi aneka perubahan yang bergerak sesuai dengan zaman. Sudah berdekad-dekad kita disogokkan denga logik bahawa hanya umur 7 tahun barulah layak masuk tahun 1. Itu hanya satu bentuk mindset. Tidak semestinya mindset kekal paa satu tahap. Mindset perlu berubah dan memang ia bersifat berubah. Kalau ada  kemahuan, perubahan boleh dibuat sekarang.

Lambat laun, akan sampai juga masanya. Hari ini orang bantah, 10 tahun lagi orang akan puji dan sokong.

Generasi hari ini bukan macam dahulu lagi. Seawal umur 2 tahun pun anak-anak sudah pandai bermain  gajet. Tiga pula tahun lalu, umur 5 atau 6 tahun , anak-anak tak masuk pra sekolah. Anak-anak mengisi masa main guli dan lain-lain aktiviti permainan tanpa belajar secara formal. Hanya segelintir ibu bapa yang hantar anak-anak ke tadika yang belum banyak. Pra sekolah belum ada pada masa itu. Ramai yang tidak menempuh pendidikan awal.

Kemudian, wujud prasekolah dan ibu bapa pun sudah biasa dan terbentuk mindset mereka, pada usia 5 tahun atau 6 tahun anak-anak mereka sudah dihantar ke sekolah pra, Pasti, Taski atau Tadika Swasta yang beraneka. Jarang lagi ada anak-anak usia 5 dan 6 tahun yang menganggur. Bahkan kini , seusia 4 tahun pun sudah ada yang menjalani proses pendidikan formal.

Jadi, apa nak diherankan kalau tahun 6 masuk tahun 1. Lagi pula kementerian mahu melaksanakannya secara pilihan. Ini adalah langkah beransur-ansur untuk ubah mindset rakyat. Menjelang beberapa tahun ke depan, semua anak-anak kana memulakan persekolahan tahun 1 pada usia 6 tahun

Alasan bahawa wujud diskrimasi antara anak-anak yang masuk umur 7 tahun dan 6 tahun tidak boleh diterima. Kononya anak 7 tahun yang masuk tahun 1 dizalimi kerana dia terlewat setahun. Vuba kita fikir sebaliknya pula. Amnak yang umur 6 tahun dizalimi kerana dia terhalang memulakan tahun 1 sedangkan tahap kognitifhnya telah berkembang pesat. 

Murid-murid tak sama tahapnya. Jika ada anak berusia 6 tahun yang bijak, pandai membaca dan petah bercakap biarkanlah dia mulakan persekolahan lebih awal. Jangan korbankan masa depannya demi nak sama rata dengan anak-anak lain yang tidak berkebolehan. Generasi ke depan perlu dibenarkan mencapai apa yang layak berdasarkan meritnya. 

Kita sudah saksikan ghuyubnya beberapa nama murid pintar yang jadi terkenal. Wadah pendidikan Malaysia tidak menyokong mereka. Mereka kena mengikut sistem standard yang tidak sesuai dengan mereka. Cuma...lewat terakhir ini pihak kementerian telah sedar dan wujudkan sistem yang meraikan murid-murid genius ini seperti Permata Pintar dan seumpamanya. Dulu mana ada? 

Mereka yang membantah perlu berfikir ke depan. Umur 6 tahun adalah sasaran jangka pendek pendidikan anak-anak. Elok sekali kita meneroka satu starting baru bagi anak-anak ke alam persekolahan. Percayalah, kalau dunia masih begini, 100 tahun ke depan, oramng mula memikirkan untuk memulakan tahun 1 pada usia 5 tahun pula!

Dunia berubah. Kita berlapang dada dengan perubahan itu. Jangan bina blok dalam minda.Luaskan dan berfikir positif.

Wednesday, January 07, 2026

Nikmat yang tidak disyukuri akan hilang

 Tajuk ini adalah berfokus kepada isu politik. Walau tidak suka kepada rencah politik hari ini, aku tidak dapat lari daripada melirik mata kepadanya. Mutakhir ini adalah isu UMNO keluar daripada kerajaan dan beraksi sebagai pembangkang. Ia bermula bila KP UMNO, Dr. Akmal Saleh membuat gesaan tersebut dalam Konvensyen Pemuda UMNO yang diadakan. Tanpa basa basi, Dr Akmal mendangkan UMNO bergabung dengan PAS untuk membina front pembela Melayu yang tangguh dalam menghadapi ancaman masa kini. 

Lontaran cadangan dan gesaan Akmal itu menarik reaksi pelbagai. 

Sekarang ini UMNO tengah bersedap-sedap di atas kerusi empuk kekuasaan biarpun  tidak sebagai zaman pemerintahannya dulu selama 6 tahun. UMNO terpaksa berbagi kuasa dengan Pakatan Harapan yang dilihat dalamnya ada DAP yang mengancam survival perjuagan Melayu dan asobiyyahnya.

Tarik diri keluar daripada kerajaan ini bermakna UMNO hilang semuanya nikmat kuasa. Hanya kerana ingin jadi bermaruah, mencari maruah yang penuh kejantanan, UMNO perlu rela hilang kuasa. Ini satu dilema yang perlu difikir masak-masak oleh para mala-ul a'la dalam UMNO.Bukan sahaja 8 menteri dan juga beberapa timbalan menteri akan tergelungsur turun daripada kerusi kuasanya, tetapi beberapa negeri juga akan rebah dan UMNO hilang kepimpinannya. Itu belum lagi dilihat peringkat grassroot seperti Ahli Mahlis, JKK dan Ketua kampung. Semua itu akan lenyap dalam tempoh berbaki tak sampai 2 tahun lagi sebelum PRU ke16.

Di tambah pula dengan kesukaran menyelesaikan isu peranan dan pembahagian kerusi antara PAS dengan Bersatu, maka UMNO akan termanggu jauh sebelum keputusan muktamad berani dibuat untuk keluar daripada kerajaan Madani.

Ditelan mati ibu diluah mati bini dikemam mati ayah. Oh...memang sukar. Tapi, politikus sejati ada seribu helah. Yang tidak makan makanan politik memang sukar nak baca riak dan angin. Macam aku dan macam juga Dr. Akmal yang masih mentah. Umur pun belum 40 tahun. Dia tak faham sepak terajang politik lagi. Aku juga tak percaya dengan ulasan para profesor politk yang membebel dari kamar pejabatnya di universiti. Yang benar-benar ahli dalam hal politik adalah para politikus, terlebih lagi yang otai dan telah lama berkecimpung.

Sekadar mencongak, aku mengjangkakan bahawa nikmat yang UMNO sedang nikmati ini akan lenyap ghuyub kalau ia buat keputusan ikut gegabah Dr. Akmal.Hannya didorong emosi yangada masa naik dan ada masa turun, UMNO akan menuai hasil padi yang hampa.

Kata bijak pandai, nikmat yang tidak disyukuri akan menatijahkan hilang dari mata. Apa guna kalau dengar guruh berdetum di langit, air di temapayan dicurahkan. Saf pembangkang dan Saf kerajaan adalah dua barisan soldadu yang siap berperang dan sibuk mengatur strategi siang dan malam. Masing-masing mahu satu tempat yang namanya KUASA.  Pembangkang hari ini juga pernah diberikan Allah kuasa. Allah SWT yang menjadi pemilik kuasa yang tunggal membolak balikkan kuasa di tangan manusia agar kita dapat menilai dan melihat apa yang dilakukan semasa berkuasa. 

Idealisma, ghayah bahkan prinsip dan dasar bukan laksanan gunung everest yang tidak pernah berubah tempatnya sejak jutaan tahun. Manusia sifatnya berubah dan demikian apa yang dijunjung manusia daripada idealisma, ghayah dan prinsip juga boleh berubah. Idealisma reformasi juga ada yang kendur. Ghayah negara Islam dan menegakkan syariat Islam juga bukan simpul mati. Dasar yang berpijak atas Quran dan Sunnah pun tidak kekal di tangan manusia yang berjuang untuknya. Ia bergantung pada naluri dan emosi manusia yang sifatnya bertaqallub sentiasa. 

Maka, saya tidak terpesona dengan seruan apa yang akan dilakukan, tetapi saya mahu lihat dan hanya akan lihat apa yang sedang kau lakukan. 

Andaikan, UMNO berani keluar kerajaan , siapa boleh jamin PAS dan Bersatu akan menanti digerbang perlepasan dengan mendepangkan tangan menyambut kedatangan UMNO. Boleh jadi waktu itu datang hasutan lain. Ada bilik kosang dalam istana kekuasaan. Maka, dari pintu dapur mereka masuk mengisi kekosongan itu. Berdepan denngan kuasaan, ramai yang tersungkur. Kawan setia hanya di bibir. Peluang dan kuasa boleh mengubah persahabatan.

Apakah ini sikap negatif dan penuh syak wasangka? Bukan! Ini adalah pengallaman dan pemerhatian. Ini adalah tafakkur. Ini adalah kefahaman tentang falsafah hidup di dunia. Ini adalah hakikat bahawa dunia bukan syurga. Ulama sehabat Bal'am bin  Ba'ura lagikan terpeleset, apalah sangat dengan orang yang hidup di abad 21 ini. Abad kilauan kebendaan yang menyilau mata.

Perhatikanlah dan hubaya-hubaya. Yang selamat hanya yang diberi rahmat. Allahummarhamna!

Saturday, December 20, 2025

Kalau jadi menteri

Siapa yang pernah jadi menteri patut merasa syukur kerana dapat peluang. Peluang mempelajari dan mendalami satu dunia pentadbiran yang bukan semua orang dapat. Jadi menteri bukan tanda orang itu hebat.Kalau dia tidak jadi menteri, ramai lagi yang mampu menajdi menteri. Mungkin sesetengah menteri itu ada bakat sebelum jadi menteri.Menjadinya dia menteri memberi nilai tambah kepada jawatan itu, bukan sahaja nilai tambah kepada diri sendiri.

Ada orang jadi pernah jadi menteri, bila dia tak lagi jadi menteri dia merajuk. Baginya dia sahaja yang mampu menjulang peranan kementerian ke kemuncak. Tak ada orang mampu lakukan sepertinya. Mungkin pada rasanya kalau dia tiada, kementerian yang pernah dia pegang akan merudum dan tidak menyengat lagi. Namun, realitimnya manusia bersilih ganti dan dunia tidka pernah gersang orang yang berkebolehan. Kerana itu jangan merasa syok sendiri.

Anggap sahaja peluang jadi menteri itu belas ehsan dari pemimpin utama yang memilihnya. Dia berpeluang mengalami satu pengalaman baru yang tidak pernah didapatkannya. Bila sudah habis tempoh, jadikanlah pengalaman itu sebagai kenangan hidup atau perkongsian di belakang hari.

Itu sahaja !


Thursday, December 18, 2025

Melantik pemimpin Juhala

Ada orang selalu mengungkit tentang bidang pengajian semasa di universiti. Seorang mufti diungkit mengenai bidang pengajian yang tidak seharusnya melayakkannya di kerusi mufti. Mufti belajar bahasa masa di univesiti, mana layak jadi mufti!. Kata mereka. Seorang ustaz mengaji di universiti tetapi tak sempat dapat ijazah, sedangkan ustaz itu telah terkenal menajdi penceramah  dan pendakwah. Seorang Perdana Menteri yang sudah menjangkau usia 70 tahun dan ada sejarah pengajian Bahasa Melayu masa umur 21 tahun, selalui diungkit aliran pengajiannya yang dikatakan layak jadi seorang penyair atau ahli bahasa.Tidak layak jadi pemimpin.

Inilah cara berfikir sesetengah orang. Apa yang dia belajar, itulah bidang yang seharusnya dia bekerja. kalau belajar agama, kena jadi ustaz! Kalau belajar medic, jadi doktor. kalau belajar bahasa jadilah semacam ahli bahasa. 

Aliran masa lalu tidak seharusnya mengikat kita. Kita sendiri yang akan memilih untuk mencorak hidup kita. Inilah lambang kehidupan seorang manusia yang Allah ciptakan dengan akal. Dalam dunia ini, ada berbilion manusia dengan perbezaan yang pasti.

Maka berfikir bahawa seorang yang melalui satu aliran pengajian hendaklah bekerja dan bertindak mengikut aliran itu adalah satu pemikiran tempang yang tidak berpijak pada realiti. Ia didorong oleh hasad, apathy dan kalah dalam persaingan.

Kebijakan  seseorang tidak ditentukan dengan sekeping kertas ijazah yang diaperolehi pada usia muda. Berapa ramai yang cemerlang masa di universiti, meniti hidupnya dia tiada apa-apa. Tidak menjadi berkesan dalam masayarakat. Tidak berbakti dan tidak menyumbang. Tenggelam dan ghuyub dalam hidupnya sendiri bersama keluarga dan kehidupannya. Ada orang masa di univeriti tidak dikenali, selepas terjun ke dunia massa dia menjadi terkenal dan dikenali.

Apa nak heran?

Para profesor yang bijak-bijak di universiti itu bukanb bijak semuanya. Bukan bermakna mereka layak jadi pemimpin. Bila nabi kalau tanda akhir zaman adalah melantik pemimpin juhala bukan maksudnya pemimpin yang mengaji tak lulus. Tak ada ijazah dan sebagainya. Kalau dilantik profesor pun jadi pemimpin, kalau dia tak reti tadbir negara, dia juhala. kalau dilantik ulama jaid pemimpin, tapi dia naif dalam politik, pentadbiran dan cara menguruskan negara, dia tetap juhala. Jangan faham juhala itu dari sudut bahasanya sahaja. Fahamilah dari sudut intinya!

Orang yang selalu mengungkit masa lalu seseorang, orang itu tidak boleh move on dengan masa kini. Kalau nak kira masa lalu, suluhlah diri sendiri wahai setiap orang yang berfikir. Masa lalumu dulu apa? Masa lalumu dulu adalah setitik nutfah yang hina. Atau kenang juga masa lalumu dulu kau di sekolah rendah atau Pra yang tak kenal ABC. Toleh masa lalu sampai ke sana kalau mahu hitung masa lalu. Kerana itu masa lalu biarkan. Kita kira masa sekarang. Kepakaran masa sekarang bergerak seiring dengan umur dan pengalaman. Ia tidak cukup digambarkan dengan sekeping kertas sijil atau ijazah. Itu cuma keseronakan zaman belajar. Ada kepingan sijil atau ijazah bukan jawapan  kepada penguasaan kemahiran.


Sunday, December 14, 2025

La-in Syakartum

 Berapa kali dalam sehari kita mengingati nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita lalu kita membisikkan syukur dengan sepenuh hati? Kita ucapkan Alhamdulillah atas segala nikmat. Lalu kita memperbetulkan langkah hidup agar berada atas garisan ilahiyyah sebagai manifestasi rasa syukur itu?

Ketahuilah, jika anda menelaah seharian anda, anda akan menemui 5 nikmat yang akan anda sesalkan jika hilang daripada anda.

Pertamanya nikmat hidup itu sendiri. Terlebih aula hidup sebagai muslim yang dijanjikan dalam akidah sebagai syarat ke syurga di akhirat. Terutama pula mendapat keimanan dan lebih berhargalah jika iman itu m akin mantap dan sempurna. Itu nikmat terbesar yang tiada galang gantinya. Tiada tandingan dengan nikmat apapun! Apakah anda dapat rasakan besarnya nikmat Islam dan iman itu

Yang kedua adalah nikmat sihat. Hidup sihat dan tiada sakit. Kalau sudah sakit baru tahu alangkah besarnya nikmat sihat. Waktu sihat memang tak terasa. Terlantar dan keluar masuk hospital...bayangkan. Waktu itu sangguplah habis duit banyak manapun asalkan sihat.

Yang ketiga nikmat masa muda. Orang yang sudah tua selalu terkenang masa mudanya yang kuat , lawa dan bertenaga. Energatik dan penuh stamina. Nikmat ini hanya sekali lalu sahaja. Pada tahap umur mana yang paling kita bertenaga? In i satu nikmat yang tak akan berulang. Nikmat muda. Bayangkan kalau muda, sihat dan ada pula nikmat keempat dan kelima!

Nikmat keempat adalah kaya dan yang kelima ada masa lapang. 

Bukan semua orang kaya. Tak kaya raya pun tak apa. Ada duit dan harta sudah cukup rasa enaknya hidup, Menjadi kaya dalam keadaan hidup muda dan sihat....nikmat mana l;agi yang mahu kau dustakan???

Sunday, November 23, 2025

Ahli politik bukan untuk diimami

Sekarang musim PRN Sabah. Orang mainkan pelbagai isu. Masing-masing pendokong parti politik cuba memainkan isu yang akan memberi keuntungan kepada partinya. Aku sudah malas mengambil posisi. Aku juga tidak mahu terpancing dengan isu yang diangkat. Isu roti gardina cumanipulasi habis-habis oleh lawan PN. Musuh Parti Warisan pula mainkan isu kenyataan ketua pemudanya mengenai sifat mabuk KDM. Aku cuma mengambil tahu sekilas sahaja dan tak mahu larut.

Pada hematku, itulah hukum politik. Orang lain salah dan yang betul hanya kita. Untuk pamrih politik, sifat insaf tidak sesuai diangkat. Insaf ertinya mengakui kelebihan lawan, memujinya pada tempat yang parut dan mengkritiknya pada tempat yang wajar.  Sejauh yang kau saksikan, bila sesorang terjun ke dalam politik, musuh politiknya akan jadi taik. Angkatannya akan sentiasa tayyib!

Jika demikian, jalan yang suci dalam hidup tidak akan diperolehi denagn wadah politik. 

Tersentak seketika...aku merasakan wadah dalam badan dakwah juga menghadapi cabaran yang sama. Pertubuhan dakwah saling bercakaran. Kelainan aliran juga memancing sengketa. Di bawah rendang pohon mana lagi kita dapat mencari damai?

Satu yang aku pasti...dalam dunia ini memang begitu. Tanpa menyalahkan orang yang memilih wadah politik masing-masing atau berdiri di atas aliran yang dipilih dalam agama dan dakwah, aku akan memuji mereka sebagai orang yang berusaha melakukan sesuatu. Insya Allah...jika nawaitu bersih dan ikhlas, Allah akan menghitungkan pahala buatnya.

Pada zaman sahabat, tatkala berlaku fitnah dahsyat sesama mereka yang berlanjut hingga ke medan perang yang berdarah, ada juga yang menyisih ke tepi dan tidak memihak. Pengamat sejarah Islam yang INSAF akan merumuskan bahawa mereka semua adalah benar atas ijtihad masing-masing. Kenyataan para sahabat yang terlibat, mereka tidak saling menyalahkan. Maka, kita cuba ambil pendekatan mereka untuk diterapkan dalam situasi kita hari ini!

Insya Allah ia lebih mensejahterakan jiwa dan mendamaikan lidah!

Saturday, August 16, 2025

Bagaimana menjadi politikus yang memimpin?

 Ahli politik bergantung kepada keupayaannya menjadikan diri relevan.

Ahli politik perlu berpaut kepada isu. Jika isu itu besar dan gempita, peranannya akan menentukan duduk berdirinya dia dalam politik.

Ahli politik tidak boleh berpeluk tubuh atau mengambil sikap "aku berkecuali". Jika demikian, dia akan tersingkir daripada frontliner politik. Lambat laun akan hilang pengaruh dan ditendang oleh massa.

Begitulah hukum politik.

Maka kita lihat ramai ahli politik mengikut rentak massa dan isu apa yang massa sedang cicipi.

Ini jenis pemimpin yang mengikut kehendak rakyat dan bukan memipin rakyat mengikut kehendaknya. 

Mana satu jenis pemimpin  yang hebat dan berkesan?