CARI BAHAN

Tuesday, February 17, 2026

Kisah Sombolik-Muawiyah desak supaya diserahkan pembunuh Uthman

 Apabila Saidina Uthman mati syahid dibunuh oleh kelompok Khawarij, lalu Saidina Ali dibai'ah sebagai khalifah menggantikannya, Saidina Mu'awiyah menolak untuk melakukan Bai'ah. Bukan kerana Mu'awiah obses nak jadi khalifah. Muawiyah pun tahu keutamaan Ali bin Abi Talib berbanding dirinya. Namun, Mua'wiyah merasa bertanggungjawab menuntut si pembunuh Uthman untuk ditangkap dan dikenakan qisas. Ini kerana Mu'awiyah adalah wali kepada Uthman bin Affan. Wali punya hak menuntut darah. Allah menyebutkan dalam Al-Quran:


وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلاَ يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا

(Surah Al-Isra': 33)

Ada kalangan mufassir kalangan salaf mengaitkan ayat ini dengan apa yang akan terjadi di zaman Uthman dan peristiwa pertikaian antara Ali dan Muawiyah. Walaupun ayat ini turun pada masa hayat Rasululalh SAW, realasinya sangat terkait rapay dengan  apa yang terjadi dalam zaman Ali jadi khalifah.

Pemimpin utama (Saidina Ali) berpendapat menjadi kesetabilan lebih utama. Muawiyah pula kata tangkap pesalah perlu disegerakan! 

Bagi Ali, pesalah memang perlu ditangkap. Ia tidak mudah. Ia seperti mencari jarum dalam jerami. Keperluan semasa tidak memudahkan untuk itu. Negara tengah bergolak dan perlu tancapkan. Para penyebar fitnah sedang menabur racun di sana sini. 

Sejarah ini nampaknya berulang dalam plot yang sama. Cuma watak berbeza. Jika kita cermati, apa yang ebrlaku hari ini mempunyaan bau kesamaan dengan kejadian sejarah. Sejarah itu roda yang sentiasa berputar. Ia dapat dibaca oleh Ulul Albab.

Ambil misal dengan desakan TANGKAP Azam Baki yang dikumandangkan oleh kelompok Rafizi Ramli hari ini. Apakah ia satu keperluan dalam masa dan waktu ini. Tatkala ada keperluan meruntuhkan hagemoni para perasuan besar dan para jerung itu sedang kepanasan, dicetuskan seruan Tangkap Azam Baki, ketua SPRM. 

Ya...Ali memang ada kesalahannya bila biarkan pesalah itu berlindung dalam pasukannya. Namun, seorang pemimpin yang berada di atas ada pertimbangan berbeza dengan  para awam maupun pemimpin bawahan. 

Cuba bandingkan peristiwa besar dalam sejarah Islam dengan sekelumit peristiwa titik bengek dalam politik Malaysia ini. Walaupun kesamaannya tidak tuntas, begitulah pengajarannya. Sejarah berulang dan berulang.Ada perulangan yang jelas dan adapula perulangan yang terselit dalam.


No comments: