Isu kemasukan murid ke tahun 1 pada usia 6 tahun memancing reaksi pelbagai apabila perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidik. Ada yang memandang sinis dan menyifatkannya tidak wajar dilaksanakan. Ada pula yang melihatnya secara positif.
Sejauh pengamatanku beberapa tahun ke belakangan ini, isu-isu berkaitan pendidikan dan dasar-dasar pendidikan menarik perhatian ramai dan seringkali jadi isu panas bak goreng pisang. Apa sahaja perkara baru yang diumumkan oleh Kementerian pendidikan akan memercikan reaksi marak kalangan massa, terutama para netizen. Dunia medsos kini sangat rencam dan kejam. Tapi , di sinilah juga ornag bijak dan bodoh mengangkat suaranya.
Sebagai seorang guru yang melihat kemasukan murid ke tahun 1 saban tahun dan melihat perkembangan dan kemampuan mereka yang pelbagai dan tidak sekata, saya punya sikap yang positif terhadap dasar baru Kementerian Pendidikan itu. Saya beranggapan bahawa dunia hari ini perlu bersedia menghadapi aneka perubahan yang bergerak sesuai dengan zaman. Sudah berdekad-dekad kita disogokkan denga logik bahawa hanya umur 7 tahun barulah layak masuk tahun 1. Itu hanya satu bentuk mindset. Tidak semestinya mindset kekal paa satu tahap. Mindset perlu berubah dan memang ia bersifat berubah. Kalau ada kemahuan, perubahan boleh dibuat sekarang.
Lambat laun, akan sampai juga masanya. Hari ini orang bantah, 10 tahun lagi orang akan puji dan sokong.
Generasi hari ini bukan macam dahulu lagi. Seawal umur 2 tahun pun anak-anak sudah pandai bermain gajet. Tiga pula tahun lalu, umur 5 atau 6 tahun , anak-anak tak masuk pra sekolah. Anak-anak mengisi masa main guli dan lain-lain aktiviti permainan tanpa belajar secara formal. Hanya segelintir ibu bapa yang hantar anak-anak ke tadika yang belum banyak. Pra sekolah belum ada pada masa itu. Ramai yang tidak menempuh pendidikan awal.
Kemudian, wujud prasekolah dan ibu bapa pun sudah biasa dan terbentuk mindset mereka, pada usia 5 tahun atau 6 tahun anak-anak mereka sudah dihantar ke sekolah pra, Pasti, Taski atau Tadika Swasta yang beraneka. Jarang lagi ada anak-anak usia 5 dan 6 tahun yang menganggur. Bahkan kini , seusia 4 tahun pun sudah ada yang menjalani proses pendidikan formal.
Jadi, apa nak diherankan kalau tahun 6 masuk tahun 1. Lagi pula kementerian mahu melaksanakannya secara pilihan. Ini adalah langkah beransur-ansur untuk ubah mindset rakyat. Menjelang beberapa tahun ke depan, semua anak-anak kana memulakan persekolahan tahun 1 pada usia 6 tahun
Alasan bahawa wujud diskrimasi antara anak-anak yang masuk umur 7 tahun dan 6 tahun tidak boleh diterima. Kononya anak 7 tahun yang masuk tahun 1 dizalimi kerana dia terlewat setahun. Vuba kita fikir sebaliknya pula. Amnak yang umur 6 tahun dizalimi kerana dia terhalang memulakan tahun 1 sedangkan tahap kognitifhnya telah berkembang pesat.
Murid-murid tak sama tahapnya. Jika ada anak berusia 6 tahun yang bijak, pandai membaca dan petah bercakap biarkanlah dia mulakan persekolahan lebih awal. Jangan korbankan masa depannya demi nak sama rata dengan anak-anak lain yang tidak berkebolehan. Generasi ke depan perlu dibenarkan mencapai apa yang layak berdasarkan meritnya.
Kita sudah saksikan ghuyubnya beberapa nama murid pintar yang jadi terkenal. Wadah pendidikan Malaysia tidak menyokong mereka. Mereka kena mengikut sistem standard yang tidak sesuai dengan mereka. Cuma...lewat terakhir ini pihak kementerian telah sedar dan wujudkan sistem yang meraikan murid-murid genius ini seperti Permata Pintar dan seumpamanya. Dulu mana ada?
Mereka yang membantah perlu berfikir ke depan. Umur 6 tahun adalah sasaran jangka pendek pendidikan anak-anak. Elok sekali kita meneroka satu starting baru bagi anak-anak ke alam persekolahan. Percayalah, kalau dunia masih begini, 100 tahun ke depan, oramng mula memikirkan untuk memulakan tahun 1 pada usia 5 tahun pula!
Dunia berubah. Kita berlapang dada dengan perubahan itu. Jangan bina blok dalam minda.Luaskan dan berfikir positif.
No comments:
Post a Comment