Pada malam itu, diadakan mesyuarat kenduri kerja kawin. Begitulah rutinnya di kampung Bulan Mengambang. Kerana adat bergotong royong masih jadi amalan, kenduri kawin yang hendak diadakan dalam kampung itu akan dimesyuaratkan. Dalam mesyuarat itulah akan dilantik ketua kenduri, penyambut tetamu, ketua penyanga, ketua bahagian bancuh air, ketua basuh pinggan, ketua balai menghidang dan juga ketua genohok.
Biasanya malam mesyuarat kerja kenduri tak ramai yang datang. Hanya orang yang biasa jadi ketua bahagian kerja kenduri sahaja yang datang. Mereka itulah yang akan dengar hasil mesyuarat dna kemudian akan panjangkan kepada anak buah masing-masing. Pada hari kenduri semuanya sudah faham tugas masing-masing mengikut arahan ketua yang dilantik.
Tapi, pada malam mesyuarat kerja kenduri kali ini, ramai pula orang datang. Tok Imam dan Tok Bilal juga datang. Padahal, kebiasaannya Tok Imam dan Tok Bilal Haji Saamah tak datang. Dengar khabar latihan berzanji di masjid malam itu dibatalkan kerana mereka hendak hadir ke msyuarat kerja kenduri. Mereka telah pun maklumkan pembatalah latihan marhaban berzanji itu sejak Jumaat yang lalu lagi. Hari Jumaat, sebelum Tok Imam naik membar baca khutbah, telah dimaklumkan bahawa latihan marhaban dan berzanji minggu itu dibatalkan.
Oleh itu, semua ahli kumpulan berzanji dan marhaban kampung Bulan Mengambang ada dan hadir bersama mesyuarat kerja kenduri. Lebih mengujakan lagi, Mat Fitan dan kawan-kawannya pun turut hadir pada malam itu. Kebiasaan lepak sambil minum air daun ketum di gerai Lebai Sudin tidak mereka lakukan pada malam itu. Kerusi-kerusi yang diletakkan bawah khemah yang didirikan tidak cukup untuk semua ahli mesyuarat yang datang. Maka, ada yang sanggup duduk atas rumput di antara kerusi-kerusi yang telah diduduki oleh orang yang hadir.
Mesyuarat pada malam itu dipengerusikan oleh Cikgu Halim. Biasanya kalau mesyuarat kerja kenduri, Cikgu Hamid yang akan bertindak sebagai pengerusi. Cikgu Hamid orang lama. Umurnya pun sudah hampir 60 tahun. Lagipun dia guru besar di sekolah Kebangsaan Bulan Mengambang. Kepercayaan penduduk kampung Bulan Mengambang terhadapnya sangat tinggi. Cikgu Halim pula masih muda. Baru 45 tahun umurnya. Dia juga bertugas di Sekolah Kebangsaan Bulan Mengambang sebagai guru disiplin.
Cikgu Hamid tidak hadir. Khabarnya dia terseliuh di buku lali. Waktu dia atas motosikal bersedia hendak ke kedai dengan cucunya, cucunya telah memulas pedal minyak. Cucunya itu baru umur 2 tahun dan dia duduk di depan dalam raga motosikal. Dalam keandaan tidak dijangka itulah dia memulas pedal minyak motosikal dan akibatnya motosikal cikgu Hamid meluncur tak terkawal. Mereka tersumbat ke celah perdu pokok pisang berdekatan. Cikgu Hamid terseliuh tetapi cucunya tidak apa-apa. Kerana itu, mesyuarat kerja kenduri di rumah Tok Pengulu dikendalikan oleh cikgu Halim.
"Assalamu'alaikum.warahmatullahi wabarakatuh....terima kasih kepada semua yang hadir untuk mensyuarat kerja kenduri pada malam ini....tujuan kita bermesyuarat pada malam ini adalah untuk melantik petugas-petugas ...", cikgu Halim memulakan dengan aluan dan menceritakan tujuan-tujuan mesyuarat pada malam itu.
"Saya cadangkan tugas-tugas selain ketua genohok kekal. Kali ini ketua genohok kita bagi kat orang lain", Mat Fitan tiba-tiba mencelah. Dia mahu mesyuarat malam itu cepat tamat dan tidak suka mendengar celoteh panjang lebar cikgu Halim.
"Setujuu!", cadangan Mat Fitam disokong oleh kumpulan anak muda yang bersamanya.
Tok Gero yang duduk di sebelah Tok Imam diam melihat gelagat Mat Fitan dan kawan-kawannya. Dia nampak benar Mat Fitan tidak suka kepadanya. Sebelum malam ini pun dia telah sering dengar Mat Fitan menghsut agar orang-orang membencinya. Apa yang sampai kpada Tok Gero, Mat Fitanlah yang mula mencetuskan tuduhan bahawa Tok Gero amalkan sihir dalam memasak dan masukkan bahan tak halal dalam makanan.
"Kita telah banyak dengar To Gero buat tak betul masa memasak. Kita kena jaga makanan kita kerana makananlah yang akan menentukan Allah redha kepada kita atau tidak. Jika kita makan makanan yang tidak halal, doa kita tidak diterima Allah", Mat Fitan berhujah seperti seorang penceramah program forum Perdana hal ehwal Islam. Seketika, dia terlupa bahawa dia saban hari meneguk air daun ketum di gerai Lebai Sudin .
Malam itu, suara yang menyokong penyingkiran Tok Gero jadi majoriti. Tidak sampai sepertiga yang menyokongnya. Lebih dua pertiga yang hadir malam itu mahu Tok Gero ditamatkan khidmatnya sebagai ketua genohok yang telah dipegang olehnya lebih daripada dua dekad. Mereka sudah hilang keyakinan terhadap Tok Gero dan sebagai gantinya mereka mahukan Tok Bilal Haji Saamah bertindak sebagai ketua genohok yang baru
Tok Bilal Haji Saamah pada mulanya terkejut apabila namanya dicadangkan Dia tidak mahu jadi ketua genohok kerana kepakarannya bukan di genohok tetapi di atas balai. kalau pasal marhaban dan berzanji, dia memang tidak ragu-ragu kebolehannya. tetapi kalau pasal genohok, dia tidak tahu macam mana. Tetapi, Tok Imam mencuitnya dan bisikan bahawa dia sendiri akan bantu Tok Bilal Hj. Saamah dalam menguruskan kerja-kerja genohok. Ada petugas baru yang bersedia berganding bahu bersamanya.
Akhirnya Tok Bilal Haji Saamah bersetuju dengan lantikan sebagai ketua genohok itu. Mat Fitan dan kawan-kawan girang dan mereka melaungkan nama Tok Bilal Hj. Samah. Mesyuarat selesai malam itu dengan kejayaan misi penyingkiran Tok Gero. Bermula kenduri rumah Tok Penghulu dan kenduri-kenduri seterunya, Tok Gero tidak akan jaga genohok lagi. Tok Bilal Hj. Samah akan ambil alih.
" Demi kesejahteraan makanan tetamu yang hadir", Tok Gero terngiang-ngiang perkataan Tok Bilal Hj. Saamah ketika berucap ringkas menerima lantikan baru itu. Pada Tok Gero, dia tidak kisah kalau khidmatnya sebagai ketua genohok diambil alih orang lain. Itu biasa dan dia pun sudah lama dan penat berlapok di genohok saban kenduri. Tetapi, kalau dia disingkir sebagai ketua genohok dengan tuduhan memasukkan bahan tidak halal dalam makanan, dia sangat terluka.
" Serasakan bagai disimbah cuka getah!", keluh Tok Gero kepada Mat Penyanga sewaktu mereka meninggalkan rumah Tok Penghulu seusai mensyuarat pada malam itu. Setakat ini, kesetiaan Mat Penyanga masih melekat kepadanya. Mat Penyanga masih terpilih sebagai ketua bentara (penyanga), tetapi dia berkira-kira untuk menolak lantikan itu. Tetapi, dalam mesyuarat tadi dia belum terdaya mengucapkan penolakannya. Dia akan maklumkan kemudian kepada cikgu Halim kelak.
(Akan bersambung)

No comments:
Post a Comment