Ini bukan prasangka. Ini adalah bak kata pepatah, sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betinanya. Apabila dua orang pegawai dari Kementerian Pelajaran, Puterajaya itu memulakan soal siasat kepadaku, aku sudah dapat memahami punca kenapa soal siasat itu diadakan. Hanya orang bodoh dan tumpul otak sahaja yang tidak dapat memahami punca persoalan jika sudah demikian terang lagi bersuluh.
Ianya mengenai aktiviti kemasyarakatanku di Taman Fajar. Pegawai itu menanyakan mengenai apa yang aku lakukan sehingga ada laporan yang tidak menyenangkan sampai kepada mereka. Aku dikatakan menimbulkan masalah dalam komuniti Taman Fajar. Pengawai itu meminta aku menceritakan latarbelakangnya dan mareka menyatakan bahawa mereka mahu mendengar pandangan dari pihakku. Adalah tidak adil kalau hanya mendengar laporan daripada "sebelah pihak" sahaja.
Aku tidak tahu di mana mahu memulakan kisah. Berfikir sejenak, aku pun memulakannya dari episod khutbah Jumaat yang disampaikan oleh seorang ustaz jemputan dari Semenanjung yang kebetulan pada masa itu berkunjung ke Sandakan. Beliau adalah ust. Wan Tarmizi. Hari itu hari jumuat. Beliau telah diberi peluang untuk menyampaikan khutbah dan aku sebagai Ketua Biro Dakwah masjid pada masa itu bertanggungjawab mengatur penggiliran khatib pada hari Jumaat.
Dalam khutbahnya, Ust Wan Tarmizi telah menyebut satu isu semasa yang sedang hangat dibincangkan dalam media massa dewasa itu. Isu itu adalah isu Bersih 2.0. Secara spontan Ust Wan Tarmizi telah menyampaikan kritikannya terhadap kerajaan yang dikatakannya tidak berlaku adil dalam pilihanraya dan menggunakan polis untuk membelasah rakyat. Isi khutbah itu memanaskan telinga dan hati segelintir kecil individu tertentu. Lalu, selepas selesai solat Jumaat, individu tersebut telah membuat cekcok dan mengugut untuk melaporkan kepada Pejabat Agama. Peristiwa khutbah Jumuat itu sampai kepada seorang pemimpin kecil tempatan. Aku tulis sahaja namanya Mr. Os. Lantas, Mr. Os telah riuh sekampung mencanangkannya sebagai pencerobohan terhadap kesucian masjid. Keluarlah segala ungkitan mengenai sejarah pembinaan masjid dan usaha lampaunya yang dianggap besar dalam pembinaan masjid.
Sudah tentu, aku sebagai pengatur jadual khatib dipertanggungjawabkan. Aku telah berlepas diri dengan menegaskan bahawa aku tidak punya kuasa untuk mengawal isi khutbah khatib jemputan. Alasanku, khatib jemputan bukan dibayar gaji untuk membaca teks khutbah yang disediakan oleh Pejabat Agama. Aku tidak suka menghalang orang untuk menggunakan bakatnya berkhutbah. Memaksa orang membaca teks akan mematikan kebijaksanaan ummat, khasnya para khatib yang seharusnya bertindak sebagai da'ie yang cekap dan prihatin dengan persekitaran.
Mr. Os paling sengit menyalahkanku. Aku sedar hal itu dan pendekatanku adalah tidak mengendahkan. Kepada pegawai penyiasat itu aku terangkan bahawa aku melakukan apa yang diamanahkan kepadaku sebagai Ketua Biro Dakwah di masjid. Soal ketidakpuasan hati Mr Os itu adalah masalah hatinya yang karat pekat dengan semangat kepartian yang melampau. Ramai jemaah lain, mereka berlapang dada dan tidak menimbulkan masalah. Jika ia adalah satu kesalahan, ramai jemaah menganggapnya peristiwa telah berlaku dan tidak ada gunanya diungkitkan. Siapa yang mahu terima hujah khatib, silakan. Siapa yang keberatan, janganlah dipedulikan.
Jika hati sudah berpenyakit, banyaklah angkara akan dibuat. Berikutan itulah, sampai ke pendengaranku dari sumber pelbagai bahawa Mr. Os melebelkan aku dan rakan-rakan ustaz sebagai Khawarij, bahkan murtad. Ada sumber mengatakan kami juga disifatkan sebagai munafiq. Khawarij, murtad dan munafiq adalah lontaran lidah tidak bertulangnya yang punya implikasi besar terhadap agamanya. Apakah dia sendiri memahami erti khawarij, munafiq dan murtad serta sebab-sebab yang membawa kepadanya. Kami cuba mememaafkan dan melupakan kelancangannya kerana kitab rujukannya untuk melebel kami dengan gelaran itu hanyalah dari Utusan Malaysia dan seumpamanya. Jika agama dipelajari dari longgokan sampah maklumat, maka demikianlah jadinya. Amat lucu jika seorang yang Quran pun tidak faham makna , mahu murtadkan kalangan ahli agama. Dunia benar-benar centang peranang jika disyairkan oleh orang-orang jahil.

Tujuh orang ustaz disenaraihitamkan. Tujuh orang itu punya kaitan denganku. Mereka semua sahabatku dan pernah menyumbang aktiviti di Masjid Taman Fajar. Senarai itu dihantar ke Ketua unit PPD dan aku tidak pernah mendengar ada susulan dibuat. Pihak PPD sudah tentu tidak punya masa untuk melayani kemelut orang berpenyakit hati sedemikian. Amanah mentadbir urus pendidikan lebih utama daripada menyapu lelehan air liur yang kemudiannya akan kering sendiri.
Aku cuba mengambil jalan menenangkan keadaan. Sebab itu aku telah berhenti menyusun jadual khatib dan aku sendiri tidak lagi menyampaikan khutbah di masjid Al-Fajr. Aku tidak sunyi kalaupun tidka berkhutbah. Sesekali aku dijemput oleh masjid lain juga. Namun, khutbah bukan medium dakwah yang satu-satunya aku ada. Justeru, aku teruskan program Dauratul Quran dan ia lebih berkesan untuk aku sampaikan pengetahuan agama kepada masyarakat setempat.
Rupanya Mr. Os tidak berhenti sebagaimana aku berhenti. Aku tidak lagi menjemput penceramah luar untuk menyampaikan perkongsian ilmu mereka di masjid. Mr.Os telah memanjangkan laporannya kepada pihak atasan. Banyak saksi yang menyokong kesimpulanku ini. Siasatan pegawai penyiasat mengesahkannya lagi. Masakan mereka datang bertemu denganku untuk hal di kejiranan Fajar kalau tidak ada orang melaporkannya. Siapa lagi di kejiranan Taman Fajar yang panas hati denganku melainkan Mr. Os seorang. Tidak ada melainkan Mr. Os seorang. Kalau pun ada dan aku tidka tahu, galagat mereka tidak seperti Mr. Os.
Mr. Os bukan itik yang sentiasa berenang di permukaan air. Dia juga bukan biduk yang lalu dan kiambang bertaut. Mr. Os laksana ikan kaloi yang bertapa dalam air kali dan kemudian timbul sekali sekala menghembus nafas dan mengocak riak. Sungai berair tenang tapi si ikan kaloi itu cuba membuat riak. Riak tidak menjadi gelombang dengan galak kaloi seekor yang cuba berbuat riak di muka air.

Sesungguhnya makar orang yang dengki tidak akan ke mana. Dunia ini bukan miliknya. Allah sudah menentukan nasib. Kala terbang memipih dada, jangan lupa satu saat akan hinggap di ranting. Ranting mungkin patah dan anda mungkin jatuh tersungkur. Daun dedalu tidak akan menggapai awan kalau pohon tumpangan telah rebah menyembah bumi.
Saya cuba melupakan masalah Mr. Os tetapi Mr. Os mahu berkonfrontasi. Mr. Os tidak puas hati dan terus mengganggu. Mr. Os perlu tahu bahawa roda hidup selalu berputar.
Saya cuba melupakan masalah Mr. Os tetapi Mr. Os mahu berkonfrontasi. Mr. Os tidak puas hati dan terus mengganggu. Mr. Os perlu tahu bahawa roda hidup selalu berputar.
No comments:
Post a Comment