25 Mac, kira-kira jam 10.30 pagi, aku bertolak dari Sandakan menuju Kota Kinabalu dengan menaiki kereta wajaku. Cuti sekolah satu minggu, aku dan keluargaku berhasrat melancong ke Labuan. Dalam perjalanan, sahabat sekampung, Affan Aziz menalifonku mengatakan beliau juga dalam perjalanannya dari Kudat menuju Kota Kinabalu. Kami berjanji temu di sana. Singgah makan di Kundasang dan Jamak taqdim Zohor dan Asar di masjid Jamek Kundasang. Masjid tersebut dalam proses pembaikan sekarang.
Perjalanan kami tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 6.00 petang. Singgah di hotel Tang Dnasty untuk bertanyakan penginapa, tetapi ia dalam keadaan "fully booked". lantas ke hotel Yahoo. Pun sama. Lalu, aku mengambil keputusan untuk menginap di Aristo Hotel, Putatan. Affan juga sama dan aku 'book' untuknya sebilik. Sebelum maghrib, dia pun tiba ke Aristo Hotel.
Malam, selepas solat magrib, kami bersama-sama keluar ke bandar Kota Kinabalu. Affan bawakan kami ke kolan pancutan air berwarna-warni di jalan Tanjung Aru. Selepas itu kami pergi makan malam di restoran D'Lengkuas. Sebuah restoran masakan ala-Kelantan yang dikunjungi ramai.
Kemudian, kami balik dan tidur sehingga esok pagi. Esok pagi, saya akan ke Labuan. Demikianlah rancangan.
No comments:
Post a Comment