CARI BAHAN

Monday, March 31, 2014

Kisah Keretaku Dicuri (8): Bayangkan!

Aku cuba bayangkan beberapa musibah yang mungkin menimpaku. Aku tidak sanggup membayangkannya pun. Entahlah bagaimana kalau merasainya. Syukurlah kerana Allah memberikan musibah yang dapat kutanggung dengan kudrat yang ada. Musibah kehilangan kereta bukanlah berat sangat.

Cuba bayangkan kalau aku mendapat musibah hilangnya anak. Diculik penjahat misalnya. Sedangkan aku bawa berjalan-jalan di taman permainan, anakku ghuyub. Gulp...Itu sangat berat. Aku tidak sanggup bayangkan sekalipun.

Lebih dahsyat dari musibah kehilangan kereta kalau perompak masuk rumahku dan curi semua barang dalam rumahku.

Andaikan kalau salah seorang keluargaku berada dalam MH370 yang lenyap tidak bernesan. Itu juga sangat berat. Tapi keluarga mangsa dapat menanggungnya. Terutama kalangan yang beriman dan mengucapkan istirja'.

Maka, apalah nak dibesarkan sangat dengan kehilangan kereta kesayanganku itu? Aku wajar bersyukur kekrana tidak diberi musibah yang lain yang luar biasa penanggungannya.

Kutulis semua ini buat memujuk hatiku mengenai hakikat satu perkara. Bahawa aku perlu bersabar ketika sedang bergelut perasaan sedih atas kehilangan kereta waja KBU1075 yang menjadi sahabat karibku selama bertahun-tahun.

No comments: