Ketika aku terpinga-pinga keretaku dicuri, tiada kenderaan untuk pulang ke Sandakan serta menguruskan beberapa hal tambahan berkaitan laporan polis, aku sedar aku berada di Kota Kinabalu. Aku tidka kenal sahabat di sana melainkan sahabat-sahabat dalam Dewan Pemuda Pas Sabah. Lantas, aku dail nombor telifon Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu, dan memaklumkan mengenai kecurian keretaku. Dia sedang berada di kampungnya di Beufort. Lalu, dia maklumkan kepada Ust. Zaim Al-Helmi yang merupakan sahabat lain dalam pemuda yang bertugas di SRI Taman Austral.
Lahirul Latigulah yang pertama mewar-warkan kehilangan keretaku dalam laman sosial FB dan Whatsup. Dalam masa singkat, sebelum menjelang subuh, laman FB telah riuh. Ramai yang bersedia tolong cari, walaupun mencari kereta hilang bukan mudah. Namun, sekurang-kurangnya ada usaha.
Kesokkan harinya ada sahabat dari derah Keningau menalifonku dengan girang bahawa keretaku didapati di Ranau. Namun itu khabar yang disalahfahami. Ada pula sahabat dari Keningau memaklumkan keretaku berselisih dengan van jenazah sahabatnya di jalan Papar lama.
Semuanya adalah kisah keperihatinan yang akan menjadi kenangan buatku di bumi Sabah yang bertuah.
No comments:
Post a Comment