Pulang dari solat insya di masjid, aku berbaring di depan TV sambil menonton berita jam 8 malam. Aku tidak pasti jam berapa aku tertidur. Seharian ini sungguh memenatkan. Kemas rumah dan buat persiapan untuk pulang ke kampung. Tambahan pula, aku mengalami semula ketidakselesaan mata akibat bengkak kecil di sudut mata. Ada bisul lada pula di dada.
Sedar dari lena, jam telah menunjukkan pukul 12.tengah malam. Aku bangun meneruskan agenda mempersiapkan pulang ke kampung. Penerbanganku adalah dengan MAS jam 8.30 pagi esok. Aku sorong motor scooter passionku ke dalam rumah. Basuh motosikal scooter elegen. Bawa masuk bsikal anakku. Kemudian kemaskan kain baju ke dalam beg kecil yang bakal aku bawa pulang.
Perjalanan pulang kali ini tidak cukup selesa. Selepas sampai di KL, aku dan anak isteri akan melilau di KL. Entah di mana akan kami tinggal. Aku belum tahu.
No comments:
Post a Comment