Ada program yang dinamakan Seksualiti Merdeka sedang dirancang untuk diadakan. Promosi mengenainya sedang berlangsung di lama web rasminya http://www.seksualitimerdeka.org/. Dewan Pemuda Pas telah menyatakan bantahannya. Program tersebut, sebagaimana tergambar pada namanya adalah mendakyahkan kebebasan sesksual sebagai salah satu daripada hak asasi manusia yang perlu diperjuangkan. Ia mengajak untuk masyarakat menerima budaya gay dan lesbian sebagai satu gaya hidup positif atas nama kemerdekaan dan hak asasi.
Namapaknya Pemuda Pas jadi Taliban lagi. Aku mahu dengar Dr. Asri memperingatkan hal itu kepada Pemuda Pas sebagaimana beberapa hari sebelumnya kerana membantah konsert Elton John. Tapi, setakat ini belum lagi aku dengar peringatan itu disebutkannya.
Di samping Pemuda Pas, ada lagi beberapa NGO Islam yang juga turut membantah. Kalau nak kata Taliban, kata semuanya Taliban. Apa bezanya membantah konsert Elton John dengan program Seksualiti Merdeka?
No comments:
Post a Comment