Perjalanan ke Felcra Pertama Sukau begitu jauh dan meletihkan. Bukan letih sebab jalan kaki. Kami naik kereta 4-wheel tetapi kerana jalan grabble kawasan ladang kelapa sawit, kami dipenatkan dengan henyakan depan belakang dan kiri kanan. Dari jalan utama Bukit Garam-Sukau, kami masuk melalui gerbang Malangking Palm Oil Estate. Dari situ kami masuk melaui 4 pagar ladang. Agaknya sejauh 30km jalan berbatu kasar.
Ia merupakan Felcra pertama. Kalau tak silap aku, kami berurusan mengenai lembu korban itu di Blok C, bawah kelolaan Encik Masran Upot.
Kami datang kerana mewakili peserta ibadah korban yang menyerahkan wang masing-masing untuk dibeli lembu korban. Khabarnya banyak lembu dipelihara. Kami akan mengangkut 16 ekor lembu. Sampai kira-kira jam 10 pagi, kami menunggu lori dna menjalankan kerja-kerja menimbang lembu. Sekilogram lembu dijual dengan harga 9. Purata seekor lembu adalah berada pada keberatan sekitar 150-190 kg. Itu sahaja yang telah ditangkap dan ditambat untuk kami.
Ingat mahu yang besar lagi. Tapi apakan daya, dah tak ada. Pekerja-pekerja di sana malas menagkap yang lain dan menyatakan alasan bahawa lembu sudah terlepas.
No comments:
Post a Comment