Ia merupakan projek rintis. Guru-guru tidak perlu bimbang. Demikian kata Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran. Mulai Januari tahun depan, guru-guru di negeri Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak akan bekerja 9 jam sehari. Menurutnya, percubaan tersebut adalah untuk menentukan masa yang paling ideal untuk seseorang guru bekerja.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran tersebut terlalu rapuh untuk dipercayai. Ia tidak lebih salah satu lagi perubahan yang cuba diperkenalkan dalam dunia pendidikan tanpa kajian lengkap. Cadangan sepontan individu tertentu terus diterima tanpa kajian menyeluruh.
Sekiranya ia projek rintis, mengapa dibuat di empat negeri. Ia layak dikatakan projek rintis jika ia dilakukan di beberapa sekolah terpilih. Dalam empat negeri tersebut, terdapat pelbagai sekolah. Bagaimana dengan sekolah dua sessi? Sekolah pendalaman bagaimana pula?
Banyak pihak beranggapan bahawa kerja guru sangat ringan. Masuk jam 7 pagi pulang jam 12 tengahari. Sangat pendek jika dibandingkan dengan pekerja sektor awam yang lain. Mereka tidak sedar bahawa guru terpaksa bekerja di malam hari sewaktu di rumahnya.
No comments:
Post a Comment