Kata DS Najib, BN tidak peduli mengenai had umur calon-calon yang bakal diletakkan dalam PRU akan datang. Apa yang penting, calon tersebut boleh menang. Ini kerana PRU akan datang dilihat amat sengit. DS Najib bakal diuji buat pertama kalinya dalam gelanggang terbuka. Ssudah tentu ahli UMNO secara khusus sedang menunggu untuk menilai pengaruh DS Najib berbanding pendahulunya yang telah disingkir daripada jawatan Presiden UMNO sekaligus Perdana Menteri atas tuduhan menyebabkan kemerosotan pengaruh UMNO.
Calon boleh menang adalah satu persoalan yang subjektif. Ini kerana tidak ada siapa boleh menentukan kemenangan seseorang. Kita hanya boleh mengagak-agak potensi seseorang calon. Kemenangan yang pasti hanya akan diketahui setelah pilihanraya.
Ada pendapat mengandaikan bahawa jika DS Najib menjadikan "boleh menang" sebagai kriteria pemilihan calon, ia sebenarnya mengundang cantas mencantas dalam parti di peringkat bawahan. "Calon Boleh Menang" menurut kaca mata pemimpin tertinggi belum tentu boleh diterima di peringkat bawahan. Mereka yang kecewa akan mengadakan sabotaj dan ini akan menyebabkan "calon boleh menang" itu menjadi boleh kalah.
Sama-samalah kita saksikan makar Allah SWT ke atas UMNO-BN yang sedang di"tamhil"kan. Hari-hari akhirnya sedang menginsut ke ajal penamat!
No comments:
Post a Comment