Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN mencadangkan agar pinjaman kepada pelajar hanya untuk yuran pengajian sahaja. Pinjaman untuk perbelanjaan diberhentikan menjelang tahun 2013. Setelah mencadangkan cadangan tersebut, dikatakan pula ia hanya sebuah cadangan dan belum lagi diputuskan. Mungkin mereka takut rakyat marah.
Cadangan sahaja pun sebenarnya telah mennyulap keberangan ramai orang. Ia menampakkan betapa hapraknya PTPTN. Kerajaan telah membebankan rakyat dengan banyak kenaikan harga barangan harian. Rakyat boleh terima apabila biasiswa ditukarkan kepada pinjaman biarpun dalam rugutan. Kini, pinjaman dikecilkan skopnya untuk yuran pengajian sahaja. Ini benar-beenar perangai haprak.
Bagiku, kaslau dah tak mampu menguruskan pinjaman untuk para pelajar kita, bubar sahaja PTPTN. Jangan menghabiskan wang negara untuk pentadbiran badan yang tidak menguntungkan rakyat!
No comments:
Post a Comment