Ketika habis kerja, barulah ada masa untuk hadir ke program memperkasa perjuangan agama Allah. Ada masa untuk datang usrah. Masa untuk datang mesyuarat menjana aktiviti jama'ah. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Sudah tentu masa tesebut adalah di malam hari atau masa cuti hujung minggu. Sedangkan masa siang pada hari bekerja yang produktif, masanya digunakan untuk memperkasa profesyen dan membina dunia sendiri. Di kala mata sudah mengantuk dan badan telah letih, itulah masa yang dikorbankan untuk jama'ah.
Jama'ah hanya mendapat sisa masa kita! Kita semua berdepan dengan dilema ini. Hanya pada tahap komplikasi mana kita terbelit, itu yang berbeza-beza.
Untung kita kalau masih punya sisa untuk jama'ah. Ada kalangan kita yang sisa pun tiada. Sisanya diberikan pula kepada sosial bersama rakan-rakan di padang tenis, badminton atau bersama anak-anak dan keluarga. Justeru, apa lagi yang ada buat agama Allah?
Jangan disalahkan sesiapa jika pada hari akhirat persoalan tanggungjawab terhadap perjuangan agama Allah ini menjadi persoalan yang tidak terjawab. Dunia telah menjadi ghurur buat diri maka cinta dunia membutakan mata hati untuk sesaat memikirkan kepentingan jihad agama.
No comments:
Post a Comment