Heboh pasal Amanat Hj. Hadi diperkatakan dalam TV. Sekumpulan manusia berjiwa kerdil tetapi menunjuk pandai berbahas tidak tentu hujung pangkal mengenai amanat Hj. Hadi itu. Ironinya, Hj. hadi tidak dipanggil untuk dibincangkan perkataannya itu. Para mufti, professor dan tokoh agama yang berbincang mengenainya dalam media massa itu adalah manusia tidak punya keyakinan terhadap kemampuan ilmu sendiri untuk berdepan dengan sosok yang diperkatakan.
Lebih menakjubkan, begitu gempita Amanat Hj. Hadi diperkatakan, anehnya Teks Amanat tersebut amat berat untuk dipaparkan di muka depan akhbar atau dipancarkan dalam siaran berita. Hanya ulasan-ulasan yang dilebihkan. Perbuatan membodohkan orang ini sangat melampau sekali.
Apa masalahnya dengan amanat tersebut? Sila renung dan cari kesalahannya dari perspektif Islam.
No comments:
Post a Comment