Sungguh tidak sedar diri Si Awang Selamat dari Utusan Malaysia yang menggambarkan TG Nik Aziz sebagai tamak untuk berkuasa sekalipun sudah 21 tahun menjadi menteri besar. Sebanarnya, orang yang menjadi tuannyalah yang tamak kerana mahu mengambil alih jawatan menteri besar. Mereka yang menggilai jawatan tersebut adalah kerana menjadikannya jambatan buat mencapai habuan duniawi. Kita boleh menerima dakwaan Si Awang Selamat tersebut jika TG Nik Abd Aziz, sepanjang menjadi Menteri Besar mencapai kemewahan seperti Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir dikritik dulu kerana lama memerintah bukan kerana masalah tempohnya, tetapi adalah kerana masalah membolot harta kekayaan negara buat diri dan kroni. Maka, pemerintahannyanya perlu ditamatkan untuk menyelamatkan harta negara. Sementara, apa harta negara yang dirosakkan oleh TG Nik Abd Aziz?
Pemimpin yang baik, tidak ada masalah. Seperti kata khalifah Uthman bin Affan, dia tidak sekali-kali akan menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan untuknya. Nik Aziz perlu memerintah sehingga ke hari dia menghembuskan nafas terakhirnya. Pedulikan mereka yang dalam hatinya bergerutu dan penyakit itu.

No comments:
Post a Comment