Bagiku, Tuan Mufti negeri Perak itu menjadi mufti pada zaman orang Melayu belum ramai cerdik pandai agama. Bak kata pepatah Melayu, Tiada Rotan, Akar Pun Berguna. Kerana sudah menjadi satu keperluan setiap negeri perlu ada mufti, maka Sultan negeri Perak waktu itu pilihlah Harussani sebagai mufti. Dia menjadi mufti bukan bermakna dialah yang paling alim di antara semua rakyat jajahan negeri Perak. Hanya kerana Sultan berkenan dengannya.
Sebab itu, mufti Harussani pada hari ini merupakan mufti yang menjadi pembela tangguh kepada sultan. Apabila sang penderhaka jema'ah, Hasan Ali mengungkapkan mimpi senjanya mengenai tiga jalur perjuangan, Islam, Melayu dan Raja, mufti itu merasakan perjuangan itu sangat cocok sekali dengannya. Ketika berucap merasmikan pelancaran firqah Hasan Ali itu, mufti Harussani mengatakan bahawa perjuangan Melayu dan Raja adalah perjuangan nabi Muhammad SAW.
Ungkapan mufti Harussani itu jika diungkap 30 tahun yang lalu, mungkin ramai yang menggangguk-angguk kepala setuju macam poka. Tapi, pada masa ini sudah ramai orang yang lebih cerdik daripadanya. Dalam agama juga sudah ramai yang lebih faqih daripadanya. Kelebihannya hanya sebab dia mufti paling lama berkhidmat. Dia mungkin mahir selok belok peraturan dunia mufti, tetapi selok belok ilmu Islam, dia bukan ke mana.
Secara peribadi, aku melihat ilmunya lebih rendah berbanding bekas mufti Perlis yang jauh lebih muda daripadanya. Mufti-mufti lain aku tidak pasti kerana mereka lebih suka mengambil jalan tidak bertentangan pandangan dengan mufti Harussani.
Terbaru, sekali lagi mufti Harussani mempamerkan kejahilannya mengenai konsep bai'ah yang diamalkan dalam Pas. Dia menyifatkan bai'ah dalam Pas lebih kepada ugutan kepada pengikut agar ta'asub kepada pemimpin. Datuk Nik Aziz telah pun jawab telahan cetek mufti Harussani itu dengan mengatakan bai'ah dalam Pas adalah bai'ah kepada Allah dan RasulNYa. Ia punya latar belakang sejarah Islam dan kehidupan berjema'ah.
Rasanya, mufti Harussani bukanlah orang hidup berjuang dalam jemaah. Sebab itu dia tidak tahu adab berjemaah.
Semoga mufti Harussani tidak khatamkan hidupnya sebagai mufti. Dengan itu dapat digunakan sisa umurnya buat perjuangan Islam dengan penuh keinsafan.
No comments:
Post a Comment