Dr. Hasan Ali tidak habis-habis menekankan bahawa Awar Ibrahim itu mempunyai rekod akhlak yang buruk. Atas sebab itu, dia menyeru Pas agar jangan bersekongkol dengannya. Katanya, kerana itu juga dia disingkirkan daripada Pas. Lantas, dia mengeluarkan ramalan tok nujum pak belalangnya yang mengandaikan Pas akan kalah teruk dalam PRU akan datang.
Rekod akhlak yang buruk sebagaimana Dr. Hasan Ali sifatkan ke tas Anwar Ibrahim itu bukanlah terdapat alam buku sejarah yang sarat engan fakta. Rekod buruk yang dikatakannya itu hanya berdasarkan buku sampah yang berbaur seribu macam fitnah ditulis oleh penulis murahan.
Rekod buruk itu juga berdasarkan pemberitaan media massa yang sememangnya tidak pernah diyakini kebenarannya.
Maka atas dasar apa untuk mengatakannya sebagai rekod?
No comments:
Post a Comment