Hasan!
Setelah kamu disingkirkan dari jemaah, aku tiada lagi ismah buatmu. Kalau dulu, aku benci bersangka buruk kepadamu, setelah kamu bukan ahli jemaah, kau tiada lagi pendinding dari prasangka burukku. Yang dipecat dari jemaah lalu menentang jemaah, adalah penderhaka. Penderhaka tidak akan menemui kebahagiaan dalam hidupnya di dunia. Di akhirat, allahu 'alam.
Hasan!
Kalau kau hebat, setelah kamau dipecat, jelajahlah serata negara seperti dibuat Anwar setelah dia dipecat.Bertuahnya kalau ada seratus manusia mengerumunimu kalau kamu singgah di setiap negeri.
Hasan!
Sebenarnya aku masih ingat kenapa kamu masuk Pas dulu. Kamu masuk Pas bukan kerana perjuangan Pas. Kamu masuk Pas kerana terdorong oleh isu Anwar. Kalau kerana perjuangan Islam, tentu kamu dah masuk sebelum tahun 1999. Kamu bukan orang lama dalam Pas. Aku memang tak ingat bila Mat Sabu berkecipung dalam pas sebab bila aku mula mengingati perkara, aku sudah dengar Mat Sabu dan Pas bagai seganding. Tapi, kamu...aku ingat bila kamu masuk Pas. Aku tahu sebab apa kamu masuk Pas.
Hasan!
Katamu kamu orang sekular, perlu bimbingan ulama. Ulama mana? Bila kamu sanggup menentang TG Mursyidul Am dan TG Presiden, ertinya kamu memang bukan pencinta ulama. Kamu hanya pencinta Melayu walau pun kamu mendakwa memperjuangkan Islam nombor satu. Tiga rangkai perjuanganmu itu pun bid'ah yang sengaja kau ada-adakan.
Takkan ke mana perjuanganmu. Perjuanganmu kerdil sekerdil jiwamu.
No comments:
Post a Comment